Selasa, Disember 27, 2011

Rutin kerja kembali...

Well, sape yang nak penatkan diri bekerja kan? tapi kalau tak kerja mana nak dapat rezeki kan?

Pagi tadi dah mula meeting kat sekolah, alhamdulillah, ada cikgu-cikgu baru termasuk cikgu j-QAF, yeay!

Esok dan esok dan esok dan esok bakal kesibukan dengan persediaan praktikum dan kerjaku melayan anak murid, harapnya lebih baik dari sebelum ni.

Aku teringat kata-kata GB tadi, " ada setengah cikgu yang dah ada momentum tapi speednya tak jugak so next year i want speed, ok!" hmm, aku la salah sorang tu sebab awal masuk sekolah dulu giler punya rajin n baik tapi bila dah tau perangai cikgu2 lain aku pun terpaksalah slow down n ikut rentak diaorg dan aku pun terus down, down, down...huhu...jangan buat gitu yer wahai diri, tahun depan penentu sama ada dapat terus berkhidmat atau tak yer so do your best Insyirah!

Doakan saya yang bakal praktikum dari 30 Jan 2012 hingga 27 April 2012 pastu bakal menghadap kertas peperiksaan akhir plak pastu kalau ada rezeki diinterview SPA dan kalau ada lagi rezeki dapat surat posting terus dapat berkhidmat dengan jawatan tetap...aminnn...

Selangkah Merubah Dunia

Thanks for considering my suggestion...ha ha...the person might not read this but i do thank her for taking one of my suggestion at least you use it at the right place, just love it!

May the programme become awesome programme!

Selangkah Merubah Dunia!!!

Jumaat, Disember 23, 2011

Jurnal Of Love (JoLOVE)


dah lama cari sketch book dan akhirnya jumpa yang sesuai...
akhirnya ada jugak tempat alternatif untuk aku ekspresikan luahan hati yang terpendam ni selain melalui facebook dan blog tapi yang ni lebih private yang aku dan Allah je tau...
so far dah 11 m/s terconteng dengan macam-macam grafik dan seni tulisan

dimana JoLOVE? aku je yang tau...
bila aku ngadap JoLOVE? bila-bila yang aku terasa nak conteng dia
berkesan ke JoLOVE? so far, not bad...bila minda terfokus buat sesuatu hilang semua stress dan tekanan dan aku...kembali tersenyum dengan hasil kreatif tangan sendiri....

Insyirah, be strong ye!
Jauh lagi perjalananmu...
kalau tak kuat macam mana nak jadi khalifah
kan,kan,kan...

(^_^) senyumlah walau hati pedih...
Allah bersamaku...

T_T

T_T

sekejap je kan Allah bagi senyuman pada aku...lepas tu Allah uji aku balik, tak tahan pedih mata nak nangis, sakit kepala tahan nangis, sesak dada tahan sakit...

Alah nak kuatkan hati saya ye? terima kasih

I Love U Allah...

isk..isk..isk..isk

T_________________T

Isnin, Disember 19, 2011

Allah dah bagi jawapan...be strong!!!

KENAPA AKU DIUJI ??
Qs. Al-Ankabut : 2-3

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
Qs. Al-Baqarah : 216

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST???
Qs. Al-Imran : 139

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

titipan buat hati


Keluhan demi keluhan
Rintihan demi rintihan
Luahan demi luahan
Tangisan demi tangisan

Entah bila kan reda, entah bila kan henti
Masih teringat lagi pesanan seorang teman..."dakwah itu tetap terus berjalan tanpamu, kalau kau pergi kau akan rugi tetapi jalan dakwah ini akan tetap terus berjalan..."

Sedih rasa diri ini tak pernah mahu istiqamah, tak pernah mahu kentalkan jiwa untuk terus berjuang, tak pernah mahu kuatkan semangat...
selalu putus asa, selalu mengeluh, selalu bersikap 'tak kisah', selalu 'buat bodoh'

Inikah aku???

Berat sungguh ujianMu Ya Allah....
Kadang kering air mata menangisi segala ujianMu
Kadang lemah seluruh tubuh menahan ujianMu
Kadang terasa luruh hati ini menahan perit dan pedih ujianMu

Ya Allah
Aku tahu Kau sentiasa disisiku walau kadang aku cuba menghindar dariMu

Kuatkan jiwaku, mantapkan imanku, semarakkan semangatku, istiqamahkan hatiku
Untuk terus di jalanMu
agar aku mampu mengajak yang lain turut bersamaku
agar aku mampu menjadi pembakar semangat buat teman-teman seperjuangan yang lain
agar aku mampu membahagiakan ibu dan ayah yang turut sama di jalanMu
agar aku mampu berganding bahu bersama suamiku di jalanMu

kerna hati bicara...


Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara

Terkadang tak perlu terucap kata-kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bagian hidupku
Karena hati bicara

Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

Terkadang tak perlu terucap kata-kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bagian hidupku
Karena hati bicara

Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

Ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

"OST Dalam Mihrab Cinta"

Ahad, Disember 18, 2011

Aku dan dia [di jalan dakwah ini...]

Alhamdulillah, rasa seronok dan hati tersenyum gembira. Kenapa?

Inilah kali pertama kami bersama dalam satu program yang sama sebagai suami isteri. Kalau diimbas kembali kenangan lalu di medan dakwah ini terutama di medan remaja, memang selalu je kami bersama-sama kendalikan program cuma belum tiba detik hati kami bertemu (^_^)

Memang seronok bila bersama-sama disisi dia dalam program yang sama, bukan kerana dapat melihat dia setiap masa, bukan kerana dapat tahu apa kerjaan dia tiap masa tapi bila medan ini, jalan dakwah ini kami jadikan medium kebersamaan kami. Terasa semangat dan jiwa ini kembali terbakar untuk terus istiqamah di jalan dakwah ini.

Memang kebelakangan ini aktiviti dakwahku tak serancak dan selaju dahulu, malah usrahku bukan lagi usrah yang semanis dan seindah dulu....tapi aku sentiasa positif dan redha.

Alhamdulillah, terubat sedikit hati yang lesu dari aktiviti dakwah ini dengan kebersamaan kami di jalan dakwah ini. Terima kasih buat yang tersayang, moga kita tetap istiqamah di jalan dakwah ini dan sama-sama saling berganding bahu menyokong satu sama lain...aminn...

Rabu, Disember 07, 2011

Punca Sebenar Revolusi Syria ---> JOM BACA!

Copy paste dari seorang juniorku...Irfan Masiri, thanks dik!

Alhamdulillah hari ini 05/12/11, saya(irfan masiri) diberi kesempatan untuk mendengar tentang bagaimana revelosi Syria berlaku dan apakah kekejaman yang telah dilakukan oleh kerajaan Syria ini.

Yang beri talk pasal revolusi Syria ini ialah Syeikh Hassan Al-Hindawi. Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria.

Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?

1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oeh media2. So, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.
2) Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah putarbelitkan fakta.
3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di paper bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4) Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5) Kita banyak tak tahu ttg isu syria selama ni sebab media telah dikawal oleh pihak rejim.. manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki syria utk membuat liputan.. segala gambar dan video yg menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman drpd para demonstran yang btekad utk merakam sndr kezaliman tsebut dan kbykn drpd mrk telah menemui syahid.. sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim basyar asad dgn harga 100 dolar.. syeikh dr khaled hasan al hindawi merupakan delegasi khas syeikh dr yusuf al qardhawi ke asia tenggara utk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar..

Punca Revolusi.

puncanya bila ada sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu didinding sekolah mereka.apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.slogan ini telah dilaungkan dinegara2 yg berrevolusi.bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini.mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka.salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan.kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.lantas berlakulah revolusi di Syria.

Rakyat Marah.

1) kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.
2) Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum.itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.

Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)

1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.ini serius kejam.
2) 39000 orang telah cedera.mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Bunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka.sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni.beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.tetapi beliau melawan.lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
8) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
10) Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni.. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri drpd 3 keluarga besar, 6% drpd posisi tersebut pula drpd kaum ajam dan 10% lagi drpd golongan kuffar.. tiada posisi bg ahli sunnah wal jamaah.. kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi israel.. rakyat2 sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang israel pun tidak ditumpahkan darah.. hasbunallahu wa neemal wakeel.

Berita Baik.

1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo. mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan2 arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. tapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedimikian kerana Pemimpin Sryria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
4) 95% ulama' Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

ini sahaja yang mampu saya beritahu perihal apakah sebenarnya yang berlaku di Syria sana.

semoga kalian dapat menyebarkan ia kerana ia merupakan perkara benar dan manusia2 diluar sana harus tahu tentang ini.

semoga Allah redha akan usaha kita.

syukron.terima kasih.thank you.

p/s: tulisan senget itu saya tambah setelah ambil dari mereka2 yang ikut sekali dalam talk mengenai Syria ini.

Selasa, Disember 06, 2011

diri ini selalu macam ni...kadang tak terluah apa yang diri ini harapkan tapi semua orang suruh cakap jugak...slow talk, huh, tak mampu, tak kuat... ='(

Ya Qalb, limaza??? be strong, Allah knows what inside you and ask Allah whatever you want instead asking from others...Allah will always give His love, His care, His everything!

sapu habuk n sawang

Masya Allah sibuk yang amat!
Terima kasih Allah atas kurniaan masa yang cukup padat dengan macam-macam aktiviti....dari urusan nikah, walimah, kehidupan sebagai isteri, kalut dengan xtvt sekolah, kursus dalm cuti dan hinggalah hari ini...
Malam ni agak buntu nak siapkan 'se' lagi assignment...esok pun ada exam bahasa inggeris tapi rilek bagai la aku ni...
Teringin Allah beri sedikit kekuatan, sedikit kebijaksanaan, sedikit penerang minda, sedikit penenang hati...

"will try to activate back my blog activities soon"

Rabu, Ogos 03, 2011

Ramadhan kali ini...

Dah 2 malam bertarawih di Seri Kembangan, daerah yang kuhuni sejak Februari 2011. Kini dah hampir 6 bulan aku disini dan ini kali pertama aku menyambut Ramadhan disini. Rasa sunyi beb! sebab?

Tiada lagi ketukan pintu bilik oleh mama mengejutkan kami adik-beradik bersahur,
tiada lagi juadah enak-enak air tangan mama,
tiada lagi suasana berebut sejadah kecik dengan adik untuk pergi tarawih,
tiada lagi suasana berlumba tadarus di rumah,
tiada lagi bertarawih bersama famili,
tiada kesibukan mengendalikan program Ramadhan bersama team di Johor,
tiada lagi semua keseronokan itu.....rindu sangat, yang amat sangat!!!

Lebih terasa semakin jauh bila inilah Ramadhan akhir aku mungkin merasa menyambut Ramadhan sama ada seorang diri atau bersama keluarga tercinta. Selepas ini Ramadhanku bersama dengan insan yang bergelar 'suami' pula.

Sejujurnya 2 malam tarawih ini hati ini sebak, air mata sentiasa bergenang, satu per satu wajah mama, abah, adik-adik yang lain terbayang di minda. Hati ini tertanya-tanya, "bersediakah aku?" "mampukah aku?", sungguh aku rindukan mereka terutama mama. Sudah tak lama aku bisa bersama mereka, tak sabar rasanya menanti akhir Ramadhan untuk pulang ke rumah menghabiskan saat-saat akhir bersama mereka. Jzkk mama, abah atas kasih dan cinta. Moga kasih dan cinta itu terus kekal hingga ke syurga, amin.

Begitulah masa yang berlalu....sungguh tersentuh hati mengenang diri melalui semua fasa kehidupan ini, alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat usia dan kehidupan ini. Ku harap Ramadhan kali ini akan membantu mempersiapkan diri ini melangkah ke fasa hidup seterusnya yang aku sendiri belum pasti bagaimana rentaknya.

Kau tenangkan jiwaku, lapangkan mindaku, teguhkan imanku, tinggikan kesabaranku, lembutkan hatiku, didiklah diri ini...peluang Ramadhan ini penuh dengan keberkatan, tabahkan hatiku menempuh hari-hari RamadhanMu. Andai tangisan kan mereda gelisah hati dan rinduku, benarkan air mata itu mengalir. Kau saja yang mengetahui hatiku dan Kau jualah yang bisa menetapkan takdirku. Benarkan aku menikmati Ramadhan ini dengan segala ganjaran yang Kau sediakan dan sampaikan aku ke Ramadhan seterusnya Ya Allah....


Selasa, Julai 26, 2011

almost lost my pearl earring...phew!

this tiny little pearl earring almost lost just now...huh! nakal la benda ni suka tercabut...

cincin dan gelang tu saje je capture skali, macam cantik plak bila bergandingan sekali dalam satu gambar.

yes, aku memang tak suka sangat barang kemas tapi suka mutiara dan berlian, hahaha! tapi still...tak suka jugak pakai selalu, rimas! on certain occasion je baru rajin nak pakai.

dalam seumur hidup ni pun tak pernah sekali pun beli original cincin, rantai, gelang dsb...semuanya yang murah-murah asalkan comel, cantik, simple. ala, pakai untuk diri sendiri je kot dan kalau ada event je pakai, biasala...orang lasak memang buat naya je pakai benda-benda cantik ni, hancusss dibuatnya...asalkan simple, selesa dipakai sudaaa...kan?

Isnin, Julai 25, 2011

what's going on with me...

Sejak akhir-akhir ni asyik hilang fokus dan tumpuan...entah kenapa...mungkin banyak sangat kerja, banyak sangat pikir, banyak sangat benda nak buat, BANYAKKKKK SANGATTTTT!!!!

Ya Allah, kalau ini ujian tanda cintaMu aku terima tetapi berikan ku sedikit ruang untuk diri sendiri melepaskan lelah buat seketika dan berikan aku kekuatan untuk menyelesaikan setiap tanggungjawab dan amanah dengan baik.

Kadang-kadang jeles tengok kawan-kawan seperjuangan di jalan dakwah masih mampu bertahan dan bergerak aktif dengan program-program dakwah tapi aku dah tak mampu berlari mengejar keretapi yang berlalu laju....akankah aku terus begini??? melangkah longlai ditinggalkan keretapi dakwah??? Adakah kerana sibuknya aku dengan tugas duniawi??? tapi bukankah tugas aku sebagai guru juga sudah cukup menambah saham akhirat? Ya Allah, ini jalan yang ku pilih, ini jalan yang Kau takdirkan untukku....sering kupersoalkan adakah ini yang terbaik atau ini hanya jalanMu untuk mengujiku?

Aku tak macam dulu...
Balik rumah lewat sebab sibuk dengan meeting program
Setiap hujung minggu pasti tak lekat di rumah sebab kendalikan program
Planner penuh dengan agenda program dakwah
Laptop penuh dengan bahan-bahan dakwah
Sms sana sini mengingatkan sahabat tentang tugas-tugas dakwah
Bersengkang mata untuk melengkapkan modul program
Itu dulu...suatu ketika dulu...sekarang semuanya kontra....
sedih sangat.....yang amat sangat....

Percaya tak aku macam ni sekarang...
cari alasan taknak g usrah...
pilih-pilih program mana nak pergi
memilih untuk tidak aktif lagi dengan ITeens
mengelak dari menjadi AJK mana-mana medan
menjadi daei pasif
masaku hanya untuk kerjaku sahaja
'ignore' mesej tentang program
Teruk kan? insyaAllah itu hanya lintasan hati...w/pun kadang-kadang terbuat jugak, hehe...

W/pun begitu pernah juga kucuba aktif semula tapi ternyata tak seindah yang kuharapkan....
kehadiranku bagai tak berguna, tak bermakna....
'mereka-mereka' pun dah cukup gah dan hebat jadi aku lebih sudi mengundurkan diri
aku tak sehebat mereka, tak se'gah' mereka....
insan kerdil dan lemah ini belum layak duduk setaraf mereka.

Aku cuma berharap agar apa sahaja yang kulakukan kini mendapat redhaNya walaupun ia hanya usaha kerdil dan tak diketahui oleh sesiapa, berikan aku ruang memuhasabah diri agar aku dapat kembali bangkit suatu hari nanti walau di medan mana pun, insyaAllah...

Moga Ramadhan kali ini....

Jumaat, Julai 22, 2011

day of love

Keserabutan melanda menjelang tarikh itu...orang tengok aku rilek je, macam takde masalah tapi dalam hati, dalam kepala Tuhan je la yang tau.

Kad masih belum siap cetak, baju pun belum habis touch up. Katering dah booking, dewan dah book jugak. Door gift pun sama...yang tinggal kini cuma hantaran dok beli lagi...ah, bila la nk jalan-jalan perabih duit ni...susah jugak nak kahwin ni yer...

Banyak lagi urusan lain yang masih dalam proses dan sedang diusahakan. Kadang memang terasa serabut dan mengharap tak perlu berpenat-penat memikirkannya tapi itulah hakikatnya. Nak taknak, suka tak suka, kena telan je semua dan senyum.

Membina baitul muslim bukan mudah tetapi terbinanya baitul muslim ini cukup banyak berkatnya dan insyaAllah menyempurnakan separuh dari agama. Hari-hari menanti tarikh itu memang terasa semakin dekat dan semakin jugalah kepala ni berserabut dan hati gelisah. Di saat-saat ini memang Allah sahaja tempat mengadu, melepaskan segala kelelahan, keserabutan, kegelisahan. Allah jua lah tempat menenangkan jiwa.

Terina kasih buat yang selalu bertanya dan membantu. Buat mama dan umi, thank you so much for all the help. Sape kata poligami tak bagus...ada dua mak untuk tolong itu ini dah cukup baik doh...cuma aku belum mampu sampai tahap setabah, sehebat mama. Mama, u'r the best, luv u!

Hujung minggu ni balik JB so we'll see what else need to do lagipun last la ni sebelum balik cuti raya n terus walimah. InsyaAllah by 1 Ramadhan penyimpan mohor besar akan hebahkan.

Jangan ditanya siapa orangnya, macam mana kami bertemu, serasi ke tidak, biodata ke apa. Hati ini sudah cukup bersyukur dengan jodoh yang Allah kurniakan. Atas jalan dakwah ini, aku letakkan seluruh kepercayaan kepada dia, insyaAllah aku yakin dengan percaturan Allah. Tolak tepi segala persepsi orang-orang biasa yang belum kenal erti jalan juang daei seperti kami. InsyaAllah yang ku harap hanya redha Allah dan doa dari semua.

p/s: baju raya tahun ni baju pengantin je yer...raya tahun ni kat JB je la ye...dan Ramadhan kali ini Ramadhan akhir aku berstatus 'single' dan rasa sedikit terkilan kerana saat dengan mama, abah dan adik-beradik lain hanya bersisa sedikit cuma dan diri in jauh dari mereka...

badminton

Dah lama rasanya tak pegang raket dan bulu tangkis weh! Entah mimpi apa la GPK Koku aku ni sibuk ajak main badminton plak.

Kat sekolah ni memang takde dah cikgu perempuan bujang selain aku, kak N, Am, Dayah dan Huda. Kami je la dipulun buat itu ini, kena plak 'wanita' ni terlebih rajin, huh!

Peatng semalam berdua je dengan kak N gi main badminton di dewan sekolah menengah. Ah, tak kisah la yang lain tu cikgu lelaki pun, yang penting ada geng dengan kak N.

Habis berpeluh satu badan tapi macam tak best plak sebab game aku macam hampeh almaklum dah lama sangat tak main badminton ni sampai nk smash pun tak kena shuttle, ceh!

InsyaAllah, ada masa, ada peluang nak main lagi, best keluarkan peluh! Next week turn bowling plak sebelum melangkah ke bulan Ramadhan yang mulia, countdown till Ramadhan!

SUKAN

 Seminggu berhempas pulas di padang, terasa letih, bukan letih bersukan tapi letih jaga budak...serius, kerja cikgu ni bukan mudah yer!

Apa pun seronok tengok budak-budak seronok bersukan, bersaing sesama mereka. Sempat la aku ajar lagu-lagu sorak yang best-best buat suka suki memeriahkan suasana sukan.

Seminggu tu jugak ada la beberapa hari stayback di sekolah sebab menyiapkan bendera, sepanduk, bahan-bahan hiasan untuk perbarisan dan khemah, fuh, giler tak giler jugak la dibuatnya. Mana tak giler sebab dalam masa yang sama fail-fail perlu dilengkapkan dek kerana nazir nak datang sekolah lepas habis sukan, adeh! Sekejap mengecat, sekejap menaip, sekejap mengunting, sekejap mencetak data, fuh, habis laptop ni berserabai terpalit cat.

Alhamdulillah dapat tempat kedua, ok la ek, rumah hijau nombor dua. Apa pun best sangat sebab kemeriahannya terasa dengan PIBG pun sporting habis membantu guru-guru dipadang mengawal budak, mekacih!

Budak-budak plak terasa makin dekat dengan kita sebab hubungan tu dah makin terasa rapat tapi ada batas yer my dear student...

Syabas buat semua yang menjayakan sukan sekolah pertama kalinya ni walaupun kekadang nak handle tu macam-macam cabaran melanda dengan pelbagai karenah manusia yang punya sejuta perangai berbeza. Perbezaan mematangkan diri, mendidik diri supaya sentiasa positif dan rasional.

minggu-minggu aktiviti fizikal

Alhamdulillah atas kurniaan masa dan kesihatan. Selepas offline seminggu kembali semula ke sekolah. Hmm, dek kerana suara tersimpan untuk seminggu, tak menjerit-jerit dengan budak tetiba bila masuk kelas isnin pagi tu waduh terus serak suara dan sakit tekak setelah suara digunakan semaksimum mungkin.

Alhamdulillah, BIG berjalan lancar, sangat banyak aktiviti fizikal dan harapnya orang lain jangan terkejut andai melihat diriku rilek je dengan semua aktiviti fizikal tu semua. Aku memang lasak, sedari kecil memang sentiasa disajikan dengan aktiviti lasak sampai memang suka aktiviti lasak. Bagi la panjat gunung ke, berlari ke, main air ke, angkat barang ke, aku balun je semua. Lagi satu mungkin diri ini sentiasa dilatih berdikari jadi bagi la apa saja cabaran pun, aku akan cabar diri sendiri untuk buat juga sama ada reti ke tidak. Seronok sangat sepanjang trekking walaupun perjalanan jauh, turun naik curam tapi 'the adventure was damn thrill'. Banyak jgk pacat tapi satu pun aku tak kena, mekacih pacat kerana tak pilih aku jadi mangsa ko. Bab tolong orang sakit bagi je la kat aku, muka orang jalan belakang je aku ni tapi seriously memang perjalanan tu sangat menguji bagi orang-orang yang tak kuat fizikal so tak heran la kalau ada yang sakit sepanjang jalan. Tang main air pun syok habis, mana tidaknya, dok berendam dalam air dari awal sampai la jurulatih panggil naik. Tasik tu memang dalam habis! merasa la berendam buat balas dendam tak merasa mandi sungai hari sebelumnya. Kayak pun syok jugak tapi tang pertandingan la best, ha, baru terserlah ke'tidak terer'an budak lelaki main kayak, hahaha! Opps, ada juga yang hebat, siap naik 2 round, mekacih...jangan jeles buat peminat 'Alim AQ sebab aku naik kayak dengan ustaz ni, hehehe, dok terer mana tapi bolehla buat lawan pedang atas kayak [kelentang-kelentung pedal dibuatnya], jzkk 'alim. Memang terasa teruji fizikal sebab dah lama tak ber'camping' ni.

Balik je sekolah sambung plak berjemur di padang tiap-tiap hari dengan sukantara dan latihan rumah sukan. mmm, cukupla sekilo berat turun untuk dua minggu.

Seronok sebenarnya keluarkan peluh ni, bagi aku mandi peluh tiap-tiap hari pun xpe. Rindu nak berjoging sebenarnya, kalau kat johor dapatla berjoging pagi-pagi weekend kat tasik, mmm, susah nak buat kt sini sebab takde kawan, nk g sorang tak berani sangat, almaklum tak biasa dengan suasana kat KL ni.

Sape kata perempuan ni tercipta untuk menjadi lemah lembut saja? takde makne nyer...dah kalau lelaki zaman sekarang lebih banyak hampeh, baik orang perempuan jadi 'independant', tak perlu nak mengharap sangat. Nak kata tak mengharap sangat tak boleh jugak, lelaki tetap lelaki, tercipta sebagai pelindung wanita. Cumanya wanita perlu ada sedikit kekuatan fizikal supaya tak mudah ditindas orang lain dan tidak dipandang rendah. Lagi satu aku nak menafikan persepsi orang yang sentiasa melihat insan bergelar 'ustazah' ni tempatnya di dewan kuliah dan kelas sahaja. Kami tetap manusia biasa dan berhak memilih cara hidup kami asalkan tidak menyalahi syara'.

Aktiviti fizikal ni bukan hanya untuk lelaki saja, wanita pun perlu disamping untuk tujuan kesihatan. Berpeluh tu kan satu proses membuang toksin dalam badan so tak salah dilasakkan badan kurniaan Allah ni. Semoga aku terus istiqamah menjaga kesihatan tubuh badan anugerah Allah ini, Terima kasih Allah!

Isnin, Julai 04, 2011

o f f l i n e . m i n g g u . i n i

Hari ni menghabiskan sisa-sisa waktu sebelum bertolak ke Terengganu untuk Kem Bina Insan Guru malam ni. Beg belum sempat kemas lagi tapi bilik dah clear, sempat la susun atur semula bilik untuk dapatkan mood baru untuk beberapa bulan sebelum meninggalkan rumah sewa tu.

Kerja memang takkan pernah habis. Minggu lepas je boleh katakan tak menang tangan mengurus itu dan ini. Kena pulak PK Ko-ku ni dah tau my magic hand jadi bab grafik je dia humban kat aku, adeh....Sekarang ni pun sibuk dengan sukan, nasib balik aku ada BIG so terlepas la sikit beban menguruskan sukan w/pun hakikatnya memang muka aku dan cikgu-cikgu bujang yang lain jadi target untuk buat itu dan ini. Urusan j-QAF terserah la pada kawan-kawan j-QAF lain, aku nk lepas tangan kejap je...seminggu je....

Soal urusan walimah, harap bersabar buat yang sibuk bertanya. Jangan desak saya dengan macam-macam persoalan. Kalau nak tolong silakan tapi jangan desak saya untuk buat apa-apa kalau saya tak boleh buat lagi. Banyak kekangan lagi nak buat persiapan jadi let it go slow and steady, tawakal dan usaha semampu yang boleh, insyaAllah, tak perlu dirisaukan sangat, Allah punya jalan untuk mudahkan urusanku, i believe! Kalau susah biarlah saya dan keluarga sahaja yang susah, tak perlu orang lain susah, insyaAllah kami mampu menguruskannya lagipun majlis simple dan ringkas, usah dirumitkan. Yang saya mohon adalah doa dan restu semua, insyaAllah sampai masa saya maklumkan tarikh dan masa untuk anda semua hadir.

Lastly...selamat menyepi wahai blog, facebook, ym buat seminggu ini....saya nak tadah telinga dengar ceramah, berLDK, beraktiviti lasak kejap....insyaAllah mau enjoy buat seminggu ni...w/pun jauh di terengganu tapi saya selalu set dalam minda yang saya hanya pergi bercuti bila balik terengganu...ok, ilalliqa wa ma'assalamah....adios!

Jumaat, Julai 01, 2011

R A P U H


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepada-Mu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah pada-Mu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai-Mu
dalam dada ku harap hanya
diri-Mu yang bertakhta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir pada-Mu


هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ فِى قُلُوبِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ لِيَزۡدَادُوٓاْ إِيمَـٰنً۬ا مَّعَ إِيمَـٰنِہِمۡ‌ۗ
  “Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu’min supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)….”
[Surah Al-Fath ; ayat 4]


 إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ
 “…dab jika dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya)….”
[Surah Al-Anfal ; ayat 2]


وَإِذَا مَآ أُنزِلَتۡ سُورَةٌ۬ فَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ أَيُّڪُمۡ زَادَتۡهُ هَـٰذِهِۦۤ إِيمَـٰنً۬ا‌ۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَزَادَتۡهُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَهُمۡ يَسۡتَبۡشِرُونَ
“Dan bila diturunkan suatu surat, maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata: “Siapa di antara kalian yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini?” Adapun orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira.”
[Surah At-Taubah ; ayat 124]

Ya Allah, hati ini rapuh, Kau tetapkan hati ini agar sentiasa setia padaMu, irhamna Ya Allah...

Khamis, Jun 30, 2011

maaf andai aku...

Maaf buat sesiapa yang mengharap pada diriku. Maaf jua pada yang sering bertanya itu dan ini. Maaf juga pada si pemberi amanah.

Aku manusia biasa yang selalu punya kelemahan. Aku memang tak bisa memenuhi semua harapan, semua amanah, semua persoalan dan kemusykilan...

Aku punya sekeping hati untuk dijaga, aku tak mampu menjaga hati-hati yang lain sebaiknya tapi aku cuba yang terbaik. Salahkah aku mendera diri sendiri dan memendamnya sendiri dan tidak mendera hati dan perasaan orang lain? Jangan susahkan diri kalian keranaku, aku tahu sejauh mana kemampuan dan kekuatanku untuk menanggung sendiri segala bebanan ini.

Aku dah terbiasa menangis sendirian, aku dah biasa mengadu saja pada Allah...

Apa pun terima kasih sebesar-besarnya buat kalian yang mengambil berat tentang diriku. Doaku buat kalian, insyaAllah...

Ahad, Jun 26, 2011

d a k w a h i n i

Dakwah ini penuh duri
Dakwah ini penuh liku
Dakwah ini penuh cabaran
Dakwah ini penuh ranjau
Ingat mudah?

Hati perlu cekal
Hati perlu tabah
Hati perlu kuat
Hati perlu kental
Ingat mudah?
Inilah jalan menuju Allah
Inilah destinasi yang perlu dituju
Inilah redha milikNya
Inilah pilihanku...

Ingat mudah? ingat mudah? ingat mudah?
Tak mudah...aku tak kuat...kuperlukanMu Ya Allah...


Suatu saat iman ini tinggi menggunung dengan semangat kental ingin berjuang tetapi setelah langkah kuatur...kadang medannya membantutkan semangat itu, pejuang-pejuangnya tidak sesemangat aku, aku buntu...

Suatu saat tatkala iman ini jatuh merudum, titis air mata ini sahaja buat penghibur lara di hati, Allah peneman dihati, solat menjadi penguat diri, doa tempat kuhambur segala isi hati, Al-Quran penyejuk hati.

Sungguh dakwah ini menyeksakan diri ini namun ini jalan yang kupilih. Seksa di dunia buat bahagia di akhirat, insyaAllah.

[boleh tak, nak attend usrah sahaja? tawar hati nak pergi mana-mana program...takde semangat, takde kawan, bosan...langsung tak menaikkan iman]
T______T

Sabtu, Jun 25, 2011

tak suka tinggal kat KL!!!

Seriously, tak tahu kenapa hati ini bagai membenci kehidupan di KL. Penuh sesak dengan pelbagai karenah manusia yang tak terlayan setiap satunya. Aku juga tidak nampak dimana haluan sinar nur yang harus kutuju untuk terus di jalan dakwah ini...hati ini ingin futhur kah???

Ya Allah, bantulah hambaMu ini...aku ingin terus di jalanMu tetapi langkah manakah yang harus kutuju? kurasakan langkah-langkahku selepas hijrah ini bagai serba tidak kena, serba tidak serasi dengan hati ini. Mungkin aku gembira dengan dunia baru ini tetapi di hati siapa yang tahu? aku tahu jalan hidupku sebelum ini pasti tidak terpadam selamanya tetapi untuk mencipta memori dakwah yang manis seperti itu, ahh, bagai mustahil...

Aku tak ingin jauh dariMu, aku perlukan segala kekuatan dariMu, aku dahagakan cinta dan sayangMu tapi ternyata hati ini tidak kuat, hati ini lemah, hati ini jahat, hati ini jahil, hati ini ingin lari!!!

Boleh tak aku hanya sekadar ikut usrah tapi program aku taknak pergi? boleh tak??? boleh tak???
T____T

Isnin, Jun 20, 2011

r i n d u


Allah kurniakan rindu buat hambanya agar dunia ini indah dengan cinta dan kasih sesama makhlukNya. Terima kasih Allah atas rasa rindu ini...

Almawlid ; irama yang indah dari beberapa artis yang cukup kupuja sehingga kini. melodi acapellanya sangat merdu. keep up the effort, moga-moga usaha antum terus kekal untuk ummah, aminn...

mmm, rindu juga buat seseorang (^_^), boleh, kan?

رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا
"...Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa. Aminnn..."
[Al-Furqan ; 74]

h i j r a h s e j u t a h i k m a h


Alhamdulillah wa syukurillah...hati yang kosong terubat sedikit dengan program KBM di SKM St John bersama team KBM KL. Jazakallah atas peluang yang diberi.

Semenjak berhijrah ke Selangor ni...hati ini selalu kosong, tak sama seperti di Johor...rindu sangat dengan suasana yang sibuk dengan kerja dakwah. Mungkin Allah nak beri kerehatan minda dan tenaga sedikit dan berikan peluang kepada diri ini untuk buat sesuatu untuk diri sendiri agaknya...mmm, memang pun diri ini sedang sibuk mengurus diri untuk kehidupan yang lebih baik di masa depan [belajar, kerjaya dan keluarga]. Sungguh, Allah jua sebaik pemberi hikmah dan pengatur hidup hambaNya.

Walaupun program kali ini tak berkesempatan nak berjumpa dengan akhawat lain tapi manisnya ukhuwah dan kerinduan pada kemanisan iman itu terasa cukup indah. Kadang-kadang selalu berKBM buat hatiku kering dan sukar menitiskan airmata walau hati ini tersentuh dengan setiap cetusan-cetusan hidayah. Bilamana Allah mengatur diri ini meniggalkan sementara KBM dan kerja dakwah yang lain, dengan mudah airmata dan hati ini tersentuh begitu dalam bila 'disentuh' cinta Ilahi, MasyaAllah, sangat kusyukuri!!!


Allah memang sebaik-baik dan sehebat-hebat pengatur kehidupan terbaik manusia. Kadang kelihatan aturan Allah itu tidak sepertimana yang kita ingini dan kadang terasa sukar untuk kita terima dan serasikan dalam diri tetapi hanya insan yang mampu berfikir dan bersikap rasional sahaja yang mampu menterjemahkan takdir Allah kepada kehidupan yang lebih baik. Percayalah, fikiran yang positif, bersangka baik dengan Allah bisa menenangkan hati yang gelisah dan gundah gulana.


Bait ayat cinta Allah dari Surah Al-Baqarah ayat 216 ini sentiasa mendidik hatiku...

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Masih kuingat saat sebulan dua mula berhijrah disini. Hati ini sentiasa menangis, merindu...jeritan dihati tiada siapa yang bisa mendengar. Diri ini sentiasa rasa dihukum oleh Allah oleh takdirNya, "kenapa, kenapa, kenapa" sering bermain diminda. Jzkk buat insan-insan yang menjadi pendengar dan penasihat setia. Satu sms yang paling kuingat..."jgn sedih2, x best la..." buat aku tersenyum selalu atas sikap pedulinya, jzkk! Tak lupa email yang cukup menyentuh hati, penuh dengan nasihat, kata-kata sokongan...masyaAllah, bila kubaca lagi air mata ini tetap ingin menitis, jzkk juga buat pengirimnya.

Alhamdulillah, kini aku seronok dengan aturan hidup Allah ini. Walaupun letih dan penat bermusafir ke Terengganu berkali-kali untuk kursus tetapi indahnya Islam itu sentiasa dirasai tidak kira sama ada ketika bersama kawan-kawan sekuliah mahupun bersama keluarga IKRAM di Terengganu. Walaupun jauh dari teman-teman seperjuangan di Johor...indahnya berkerja dalam dakwah dapat juga kukecapi bersama keluarga KBM KL dan IKRAM Sepang disini. Walaupun jauh dari keluarga tersayang, aku masih bisa mencari sekelumit kasih keluarga dari saudara mara disini, malah mungkin Allah aturkan diri ini untuk menyesuaikan diri dahulu sebelum membina keluarga sendiri disini? mungkin...

Terima kasih Allah atas segalanya! keampunan kupohon dari hamba yang lemah ini, hamba yang sering mengeluh dengan kurniaanNya, yang acapkali lari menjauh dariMu...Ya Allah, kekalkan aku dibawah naungan cinta dan kasihMu, istiqamahkan hati ini untuk terus berjuang di jalanMu, jangan kau pesongkan hati ini walau sedikit pun dari landasanMu, kurniakan aku hati yang cekal dan tabah, minda yang positif, jasad yang sihat, masa yang bermanfaat. Moga-moga kehidupanku lebih baik dengan cinta luar biasaMu Ya Allah...

Moga hati ini terisi dengan cinta dan kasihMu, ku tak ingin sendiri lagi...

Jumaat, Jun 17, 2011

kenapakah perasaan ini?

Bila bercakap sola hati dan perasaan entah kenapa sejak akhir-akhir ni hati aku terasa kosong, macam takde perasaan, selalu termenung dan mengelamun sorang-sorang. Fikir apa pun tak tahu...banyak sebenarnya tapi semuanya hanya datang dan pergi tanpa apa-apa penyelesaian. The question mark is hanging over my mind.

Ya Allah, kenapa la macam ni...ada je rasa gelisah, tak tenang, tidur malam pun tak lena, makan pun tak selera kecuali masa lapor giler la kan...tak suka betul bila jadi macam ni. Tempat favourite untuk mengelamun adalah dalam kereta sewaktu tengah drive dan dalam bilik sorang-sorang. Pernah aku dok dalam bilik sorang-sorang sampai sejam tapi tak buat apa-apa, sama jugak dengan drive keta...macam melayang di awangan je, ish, bahaya betul la perangai macam ni.

Allah dimana dihatiku??? jangan hilang, terus disisi agar hati ini terus tenteram dibawah naungan cintaMu. Kau anugerahkan cinta dari seorang insan yang belum pasti aku miliki tetapi kukuhkan cintaku padaMu dahulu agar diri ini sentiasa redha dengan nikmat dan anugerahMu Ya Allah...

Sabtu, Jun 11, 2011

back to the routine

Alhamdulillah, selesai lepak-lepak di johor walaupun kadang terasa macam takde benda pun buat kat sini tapi benda yang takde benda tu la yang bakal terasa kehilangan bila balik KL.

Hari Rabu lepak-lepak je di rumah, Hari Khamis pergi joging lepas tu sempat main bowling di Daiman dengan abah, ehsan, munzir, hajar dan ida. Malamnya kami buat bbq di rumah, alhamdulillah semua ada termasuk ummi, zafrul dan zafran. Nadiah je takde, xpelah, next time. Hari Jumaat sempat lunch dengan Nazifah, singgah di UniKL MITEC, cantik kot...biasa la tempat baru. Hari ni pulak bawak adik-adik shopping barang-barang kemudian ke walimah Ubaidah. Wah, sorang-sorang bertukar status baik yang lelaki mahupun perempuan. Tak kurang hebat juga yang dapat anak...mabruk Sakinah dan Salman bersama pasangan masing-masing yang baru dapat cahaya mata pertama. Aku sempat jumpa Hana Syifa' je, Naufal tak sempat la nak menyinggah. Baru kejap tadi pi dinner kat De Bamboo kemudian reload minyak dan TnG untuk perjalanan esok ke KL.

Ku seru SEMANGAT untuk memulakan kembali enjin kerja, insyaAllah, akan ku kuatkan semangat untuk terus bertahan dan berbakti buat semua anak muridku.

Walaupun tekanan demi tekanan, kesibukan demi kesibukan yang datang menerpa aku perlu teruskan langkah walaupun terpaksa melangkah dengan perlahan asalkan tak berhenti.

Aku mohon dari Allah agar semangat ini tidak luntur, masaku sentiasa cukup untuk kusempurnakan tugasan, minda ku dilapangkan agar aku mampu berfikir dengan baik merencana jalan hidupku ke arah yang terbaik.

Aku juga mohon agar hati ini sentiasa kuat, terus mujahadah, tak menyerah kalah, dan...agar Allah sentiasa menyayangi, mencintai hambaMu yang lemah dan hina ini. Aku juga mohon agar hati yang berbolak-balik ini sentiasa dipelihara agar dapat mencintai insan yang juga mencintai Allah, amin...

Rabu, Jun 08, 2011

empty

apa perasaan kalau kita beriye balik rumah tapi bila sampai takde orang pun di rumah. ikut hati lagi baik tak balik, siapkan kerja di KL, tak perlu pening-pening pikir kerja yang bertangguh, masa dan duit.

takpela...mungkin hidup aku yang dah terbiasa sendiri, terlebih berdikari kot...i take it seriuosly in my heart tapi alhamdulillah, ada la perasaan 'tak kisah la...'

dok je la rumah, selesaikan kerja sendiri...

Journey with love (^_^)

Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah sewa di seri kembangan...wah, jenuh jugak nak menanti saat ketibaan ke rumah, mata ni terasa bengkak dan pedih je menahan ngantuk. Berat nak tinggalkan Terengganu...kenapa yer? alhamdulillah, Allah kurniakan sebuah lagi nikmat ukhuwah bersama kawan-kawan sekelas. Jzkk kawan-kawan PAI 1 yang banyak menghiburkan hati ini tak lupa buat roomate yang sudi jadi pendengar setia dengan semua ceritera tak berkesudahan. InsyaAllah aku akan ingat semua kawan-kawan, kak nabilah, kak meriam, fauziah, fizah, najah, kak ja, ti, fadhilah, yanti, faisal, kak na, mastura, mizah, kak sakinah, asmah. Para ustaz plak...fadzli, fauzi, azli, 'alim, khairi, fahmi, din, karim, abdillah. best kot interaksi kali ni dengan semua aktiviti, insyaAllah looking forward for BIG bulan Julai nanti, mesti lagi best sebab semua aktiviti kita akan buat bersama, best, best! Terima kasih sekali lagi atas ukhuwah yang indah ini...sampai hati ni berat nak tinggalkan terengganu. Bittaufiq wannajah untuk antum semua di medan masing-masing, jadilah asatizah yang mumtaz, insyaAllah.

 dengan Fizah, roomate uuntuk interaksi kali ni...

 depan, Najah, Kak Yam, Fauziah, Kak Nabilah, Kak Ja, Fadhilah, Ti
belakang, aku, Fizah, Yanti, Kak Sakinah, Asmah,
belakang sekali, Mastura, Mizah
tiada dalam gambar, Kak Na, Faisal


 bersama En Zaharim, last moment bersama kawan-kawan, baru lepas main bola tampar, best!

 sempat kutatap pantai batu rakit...insyaAllah kan ku jejaki kembali

 nice shoot, thanks Lah fro the shoot

tak lupa si kecik 'aifa, tomei nyer...mama 'aifa tak tomei, suka gelak guling-guling

Now, looking forward for more assignment and balik JB. Alhamdulillah juga sebab permohonan diluluskan.
 tak larat tengok senarai assignment ni...nak termuntah, wek..
.
Alhamdulillah, permohonan diluluskan!

Ok, off to JB, pack barang semula, isi tank minyak, me and jeremy bertolak ke Johor pulak...

Sabtu, Jun 04, 2011

cuti-cuti free

Tak pasal je kan dapat cuti-cuti free. Untung betul kena balik IPG di terengganu musim-musim cuti sekolah ni. Bila hujung minggu je takde kelas boleh la merayap tapi tak best la jalan sorang-sorang, kan...so....kebetulan ada program LEADERS so ada la geng2 pengiring buat peneman jalan-jalan round terengganu.

Destinasi? takdela mana-mana pun...pasar payang-batu rakit-masjid kristal...okla buat orang-orang yang baru nak merasa jalan-jalan kat terengganu kan...pastu lepak-lepak di tepi pantai Rantau Abang...

Anyway, tq pada adik-adikku, Hajar, Koda, Alia, Aisyah yang nak pergi jalan-jalan tu dan tq pada team terengganu sebab bagi saya datang LEADERS walaupun tak tolong apa-apa tapi sekurang-kurangnya saya sempat lepak-lepak tepi pantai yang cun tu! Oh ya, tak lupa saat melepaskan anak penyu ke laut, wooo, best sangat saat-saat pelepasan tu...dah macam lumba penyu plak, siap dah letak nama...insyaAllah Alex, Budin tu selamat dah berjuang di lautan lepas sana tu...here are some shoot taken during our trip!

 di Masjid Kristal

 fav shoot, cantik kan?
 makan kepok lekor tepi pantai...allahhumma bariklana...

 Pantai Rantau Abang at De Tearatai Beach Resort [resort kitaorg: kredit to Alif]

buh bye penyu-penyu sekalian...

Sekarang dah mula semula ngadap laptop dan modul-modul...esok pagi ada kelas yer...buh bye jugak adik-adik LEADERS, semoga selamat sampai ke rumah masing-masing dan qada' tido korang [macam tau-tau je akak ni kan...hahaha]

Khamis, Jun 02, 2011

kembali fokus!

Kalau orang boleh tengok apa yang ada dalam kepala saya ni mesti berserabut, huh!

1. assignment yang masih terbengkalai...~arrggghhhh~
2. duit yang tak pernahnya cukup...T____T
3. pengurusan j-qaf di sekolah; pentadbir ni tak paham-paham la konsep kerja kitaorg ni...
4. ada tiga bundle kertas peksa jawi dalam kereta yang masih belum ditanda.
5. buku rekod PnP...kes bertangguh kerja la ni...
6. minit curai bengkel e-laporan
7. kertas kerja, surat dan bahan KBS, naik sekolah kena SUBMIT YE!!!
8. tiba-tiba dapat assignment mengejut, kena buat Program Lestari Jawi....aiyoo...
9. permohonan izin berkahwin dari IPG......in progress
10. download e-laporan j-qaf
11. baju tak berbasuh lagi
12, kereta selekeh, berhabuk dan ntah mcm2 benda terlekat sepanjang jalan KL-t'ganu...bila la nak basuh....
13. BIG plak lagi...baik aku lari dulu dari jadi ajk, xmo nyusahkan diri.
14. persediaan hari sukan skolah
15. program2 sekolah di bulan ramadhan
16. KBM belia...
17. dan urursan kahwin....

banyak lagi ni tapi tak tersenarai rasanya semua sekali....be positive, keep my focus, arrange my time wisely and seek help from Allah.

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain); dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap [Al-insyirah] ~mujahadah to the maxx!!!

Rabu, Jun 01, 2011

assignment paling mencabar!

Akhirnya, siap jugak! Opps, ni bukan kad betul,kad olok-olok jer, buat syarat nak melengkapkan proses permohonan je. Pening jugak pikir nak buat cemana sebab aku memang tak buat apa-apa untuk urusan kad undangan ni, dalam kepala pikir lambat lagi, rilek laa...hehehe.

Seksa jugak bila dah terikat dengan kerajaan terutama bila kaki terikat dengan kontrak KPLI ni. Nak berkahwin pun susah sampai berjela-jela borang nak kena isi dan tanda tangan. Nak kad plak lagi...tu belum nak kena pengesahan segala. Once dah submit kena tunggu plak giliran jumpa kaunselor...~phew~

Memang assignment paling mencabar giler!!!

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan permohonan ini supaya majlis nanti dapat berjalan dengan baik dan.....perkahwinan yang terbina sentiasa dalam sakinah, rahmah wa mawaddah, aminn...

Lughah Arabiyah...



Kalau orang tengok tulisan berjela-jela ni mesti ramai yang tak faham tapi hakikatnya inilah bahasa Al-Quran yamg digalakkan umat islam mempelajarainya. Pendedahan bahasa arab di sekolah rendah pun dah ada dan aku salah seorang tenaga pengajar bahasa arab di sekolah rendah. Susah??? takdela...tapi bukan la nak kata petik jari je. Setiap perkara tu mesti ada cabarannya dan mengajar bahasa arab untuk kanak-kanak ni memang mencabar kesabaran. Bahasa Arab bukan bahasa kebiasaan bagi kanak-kanak ini jadi manakan mampu mereka mengingat perkataan-perkataan yang diajar sekelip mata walaupun bagi orang dewasa ia sangat mudah.

Teringat ketika aku menghadiri Bengkel e-laporan j-QAF di PPD tempoh hari. Na'am, memang semua orang berharap agar bahasa arab ini turut dipelajari oleh orang bukan Islam tetapi bukan mudah mengubah persepsi manusia kerana pada pandangan golongan bukan Islam ini, bahasa arab hanya untuk orang Islam. Oleh itu timbulah satu idea mengantarabangsakan bahasa arab ataupun bahasa mudahnya meletakkan persepsi masyarakat yang bahasa arab adalah bahasa kebangsaan. Wow, besar harapan, kan?

Kalau tengok gambar di atas tu...waduh, pening jugak kepala melihat teks bacaan dalam bahasa arab tapi...alah bisa tegal biasa, kalau bukan aku siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Memang la bila orang sebut saraf, nahu, wazan, boleh termuntah dibuatnya nak belajar tapi itu semua bergantung pada individu. Bilamana minda meletakkan bahasa arab sebagai susah, maka susahlah jadinya. Jadilah insan positif, barulah semua perkara yang dibuat menjadi. Awalnya memang tak boleh tahan la nak menghafal saraf tu semua tapi bila hati ini meredhai dan menikmati perjalanan kelas tersebut, alhamdulillah...seronok pulak jadinya. Hmm, esok kelas akhir untuk subjek Bahasa arab...so, teruslah berfikiran positif, insyaAllah, tak mustahil Al-lughatil arabiyah lughahtul 'alamiyah, insyaAllah...

Selasa, Mei 17, 2011

Ketika Allah Memilihmu Untukku

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku...
Ingin ku beri tahu padamu...
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia...
Orang tua yang begitu sempurna...
Dengan cinta yang begitu membuncah...
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga...
Maka, padamu ku katakan...
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku...
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah...
 
Padamu yang Allah pilihkan untukku...
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,

Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan...
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.
Dan aku tahu, kaupun bukanlah lelaki yang sempurna...
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu...
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yang Allah pilihkan untukku...
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya...
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya...
Maka ganding tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita...

Itulah visi pernikahan kita.. Ibadah pada-Nya ta'ala...

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku...
Ingatlah...
Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok...
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah...
Maka, ketahuilah...
Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan...
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah...
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah...
Namun tatap mataku, tersenyumlah...
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu...
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah...
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu...
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku...
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan...
Maka dimataku kau adalah yang terindah..
Kata-katamu adalah titah untukku, Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu...
Maka kalau kau berkenan ku meminta...
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya...


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita...
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga...
Yang di pundaknya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah...
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad...
Yang darahnya mengalir darah syuhada...
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkah, kau mampu membentuk mereka...
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka...
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu...


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu...
Redhalah padaku, Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi...
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya...
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku...

[Dedikasi buat bakal suami, insyaAllah, counting the days...moga Allah kekalkan jodoh kita, amin...]

H.A.R.I G.U.R.U

16 Mei setiap tahun pasti insan bernama guru dirai buat penghargaan sejuta pengorbanan mendidik anak bangsa. Alhamdulillah, atas izin Allah tahun ini aku bergelar guru walaupun sebelum ini pernah juga menyandang gelaran itu pada tahun 2009 dan 2010 sebagai guru gstt dan guru ganti.

Tawaran KPLI j-QAF yang diterima pada Januari 2011 itu kuterima dengan hati yang separuh terpaksa dan separuh rela. Hati ini tertanya betul ke nak jadi cikgu ni??? atau hanya sekadar menurut nasihat mama dan abah??? Sepanjang proses permohonan memang di hati ini hanya sekadar ingin mencuba nasib namun satu persatu panggilan ku terima bermla dengan ujian Mtest dan kemudian panggilan temuduga. Selepas sesi temuduga hampir separuh harapan hilang dek kerana gagal menjawab soalan dalam bahasa arab almaklum dah beberapa tahun meninggalkan bahasa Al-Quran itu walaupun setiap hari kubaca Al-Quran itu (nampak sangat tak hayati maksud bacaan Al-Quran...huh!)


Banyak juga pertimbangan yang dibuat tetapi apa salahnya kalau diteruskan saja niat murni menjadi guru, insyaAllah, ada hikmahnya lebih-lebih lagi bila keputusan itu mendapat restu dan sokongan mama dan abah. Namun begitu payah juga terasa bila aku diminta melapor diri di IPG KDRI, Batu Rakit, Terengganu, ahh, belasah la...nasib diri la bila mahu terikat dengan kerajaan.

Alhamdulillah selesai saja orientasi, pening juga terpaksa mengulang JB-Terengganu untuk beberapa kali dek kerana cuti dan penempatan sekolah yang belum ditetapkan. Dalam kekalutan menanti dan ketidakpastian penempatan itu aku tersenyum gembira bila penempatan sekolahku di Selangor. Abah kata tak sangka pula dapat disitu...aku pula kata, i'm expected walaupun tak mohon tapi dah rezeki...thank you Allah.

SK Taman Desaminium. Ya, itulah nama sekolah tempat aku berkhidmat hiingga kini walaupun hanya sekadar guru pelatih lagi. InsyaAllah seusai tamat latihan KPLI ini dalam Jun/Julai 2012, aku bakal dilantik menjadi guru berbekalkan segulung diploma perguruan, doakan yang terbaik, amin...

Karenah dan telatah anak murid memang pelbagai, ada yang membuatku tersenyum, ada yang membuatku naik angin tapi itulah medan perjuangan seorang guru. Marahnya seorang guru itu marah yang sayang akan muridnya agar tidak melakukan kesilapan, senyumnya seorang guru itu bukan memilih kasih hanya pada seorang murid tapi senyumnya memikat hati semua murid agar lebih bersemangat untuk belajar dan belajar. Mungkin usia murid sekolah rendah tidak begitu terkesan untuk memahami pengorbanan seorang guru namun cukuplah dengan kejayaan, kefahaman, penghayatan dan amalan dari ilmu yang dipelajari, itu sudah memadai buat penawar lelah dan keringat guru.

Tidak dinafikan memang besar cabaran guru masa kini. Kadang diugut bukan hanya dari murid malah dari ibu dan ayah, ada juga yang menjadi mangsa futnah, tak kurang juga yang dibelasah mahupun dihina pelajar. Belum cukup dengan karenah murid, karenah pentadbiran sekolah dan sistem pendidikan kini sememangnya menuntut komitmen yang begitu tinggi. Tercabar juga diri ini, mampukah aku mengharung cabaran era globalisasi ini? mampukah aku mendidik anak murid ku sehingga menjadi insan berguna?

Ya Allah, andai Kau takdirkan aku di medan ini sebagai seorang guru, jadikan aku seorang guru yang tabah, sabar dan cekal. Berikan aku kekuatan agar mampu berdepan dengan dunia perguruan yang mencabar ini. Berikan ketenangan dalam jiwa agar mudah aku mendidik anak muridku. Lancarkan tuturku, elokkan langkahku, lapangkan mindaku, ilhamkan yang terbaik dalam fikiranku agar aku menjadi guru, cikgu, pendidik, ustazah, mu'allimah, murabbi yang cemerlang dunia dan akhirat, aminnn...

Buat semua para guru....Nahnu Du'at Qabla Kullu Syai'in

berhabuk!!!

Ya Allah, penuh sawang dan berhabuk sungguh blog ni. Kesibukan dan kemalasan yang melanda bagai tsunami untuk aku terus-terusan meninggalkan blog ini tapi sayang juga nk tutup so terasa nk buat come back dan conteng la sikit-sikit asal berisi...