Ahad, Disember 18, 2011

Aku dan dia [di jalan dakwah ini...]

Alhamdulillah, rasa seronok dan hati tersenyum gembira. Kenapa?

Inilah kali pertama kami bersama dalam satu program yang sama sebagai suami isteri. Kalau diimbas kembali kenangan lalu di medan dakwah ini terutama di medan remaja, memang selalu je kami bersama-sama kendalikan program cuma belum tiba detik hati kami bertemu (^_^)

Memang seronok bila bersama-sama disisi dia dalam program yang sama, bukan kerana dapat melihat dia setiap masa, bukan kerana dapat tahu apa kerjaan dia tiap masa tapi bila medan ini, jalan dakwah ini kami jadikan medium kebersamaan kami. Terasa semangat dan jiwa ini kembali terbakar untuk terus istiqamah di jalan dakwah ini.

Memang kebelakangan ini aktiviti dakwahku tak serancak dan selaju dahulu, malah usrahku bukan lagi usrah yang semanis dan seindah dulu....tapi aku sentiasa positif dan redha.

Alhamdulillah, terubat sedikit hati yang lesu dari aktiviti dakwah ini dengan kebersamaan kami di jalan dakwah ini. Terima kasih buat yang tersayang, moga kita tetap istiqamah di jalan dakwah ini dan sama-sama saling berganding bahu menyokong satu sama lain...aminn...

Tiada ulasan: