Rabu, Jun 01, 2011

Lughah Arabiyah...



Kalau orang tengok tulisan berjela-jela ni mesti ramai yang tak faham tapi hakikatnya inilah bahasa Al-Quran yamg digalakkan umat islam mempelajarainya. Pendedahan bahasa arab di sekolah rendah pun dah ada dan aku salah seorang tenaga pengajar bahasa arab di sekolah rendah. Susah??? takdela...tapi bukan la nak kata petik jari je. Setiap perkara tu mesti ada cabarannya dan mengajar bahasa arab untuk kanak-kanak ni memang mencabar kesabaran. Bahasa Arab bukan bahasa kebiasaan bagi kanak-kanak ini jadi manakan mampu mereka mengingat perkataan-perkataan yang diajar sekelip mata walaupun bagi orang dewasa ia sangat mudah.

Teringat ketika aku menghadiri Bengkel e-laporan j-QAF di PPD tempoh hari. Na'am, memang semua orang berharap agar bahasa arab ini turut dipelajari oleh orang bukan Islam tetapi bukan mudah mengubah persepsi manusia kerana pada pandangan golongan bukan Islam ini, bahasa arab hanya untuk orang Islam. Oleh itu timbulah satu idea mengantarabangsakan bahasa arab ataupun bahasa mudahnya meletakkan persepsi masyarakat yang bahasa arab adalah bahasa kebangsaan. Wow, besar harapan, kan?

Kalau tengok gambar di atas tu...waduh, pening jugak kepala melihat teks bacaan dalam bahasa arab tapi...alah bisa tegal biasa, kalau bukan aku siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Memang la bila orang sebut saraf, nahu, wazan, boleh termuntah dibuatnya nak belajar tapi itu semua bergantung pada individu. Bilamana minda meletakkan bahasa arab sebagai susah, maka susahlah jadinya. Jadilah insan positif, barulah semua perkara yang dibuat menjadi. Awalnya memang tak boleh tahan la nak menghafal saraf tu semua tapi bila hati ini meredhai dan menikmati perjalanan kelas tersebut, alhamdulillah...seronok pulak jadinya. Hmm, esok kelas akhir untuk subjek Bahasa arab...so, teruslah berfikiran positif, insyaAllah, tak mustahil Al-lughatil arabiyah lughahtul 'alamiyah, insyaAllah...

Tiada ulasan: