Khamis, Oktober 16, 2008

Raya oh raya....

Raya oh raya...
Tahun ni aku beraya di Johor je, tak balik kampung pun macam kebiasaan. Beberapa tahun ni opah-opah kami meninggal dan bila balik kampung pun kadang-kadang tak meriah. Mungkin kami adik-beradik ni ramai so bila kami tak balik kampung habis semua sedara-mara, sepupu-sepupu semua tak balik kampung jugak...

Sehari sebelum raya tak seperti selalu kecoh membakar lemang, merebus ketupat, mengemas rumah, kadang tu ikut mama, abah pergi shopping di pekan parit dan tak lupa ziarah kubur atuk dan opah. Walaupun begitu sehari sebelum raya tu masih juga ada sesi masak-memasak di dapur.

Malam raya biasanya kami di kampung akan buat tahlil dan berkumpul ramai-ramai, best sebab biasanya family lain akan bersalaman di pagi raya tapi kami satu family buat malam raya. Pernah juga buat ala-ala KBM siap buat video khas atuk dan opah, syahdu betul...

Tapi tahun ni.....kami buat tahlil di rumah je cuma sebelum bermula tahlil tu boleh plak ter'online' dengan dek ya atau bazilah, our cousin di Gombak, pergh kecoh, habis semua berbual, paling syok siap request duit raya dipos lagi, hu,hu,hu, almaklum tahun ni tak jumpa pakcik, makcik so takde la duit raya macam raya-raya sebelum ni.


Di pagi raya...here you are...bergambar sana sini. Lepas solat raya, sementara tunggu pak long dan keluarga datang ke rumah, kami bergambar sakan...dari dalam rumah sampai ke luar rumah...tapi memang kami belum berpeluang nak bergambar satu family sebab masing-masing dah tinggal di asrama so kadang-kadang sorang balik rumah, sorang nak balik ke asrama semula, boleh kata susah jugak la nak jumpa serentak semua sekali. Kalau bagi aku dapat berkumpul bersama untuk tahhun ni cuma waktu 31 Ogos dan raya ni je la...

Lepas beberapa snap satu family, ni the guys only...Ehsan di Kolej Tinggi Kemahiran Mara, BP, Umair di Kolej Komuniti, PG, Amin yang unknown the status, dan Munzir masih form 3 di SMIH. Abah...no need to introduce, lots of people know him...duh...

Bila ada guys, girls pun mestilah ada kan...Nadiah masih form 5 di SMIH, hafizah ni...Hajar di UiTM, Segamat, Ida masih form 2 di SMIH dan Kautsar darjah 6 di SRIH. Aku plak...hmm...nak rahsia ke nak cerita ek??? nantilah story dalam thread lain.


Abah dengan mama pun nak jugak tu...tapi gambarnya memang best. Bila lagi nak bergambar dengan baju melayu siap samping dan songkok kan...

Tunggu punya tunggu, akhirny Pak Long dan family sampai...Pak Long dan Mak Long dengan dua puterinya, Asma Amanina dan Asma Khairina. Family Pak Long ni walaupun bukan sedara sedarah sedaging tapi dah macam family sendiri jugak la. Dari aku kecik sampai la dah besar, siap jadi AJK sama-sama dalam satu medan dakwah lagi sekarang ni...woah...lama jugak family kami dan Pak Long bersama.

Teringat lagi waktu mama dan abah pergi haji, Ya Allah, Tuhan je la yang tahu betapa susahnya kalau mama dan abah tak ada dan Pak Long tempat kami bergantung dan mengadu setiap hal dan masalah, boleh kata setiap hari dia check kami adik-beradik. Pak Long always Pak Long to us forever...

Raya pertama tu selesai Pak Long balik, kami ke rumah Cik Nah, makcik paling dekat dengan kami, dia yang jaga kami adik-beradik dari lahir sampai la dia kahwin...lepas tu beraya balik umah Pak Long tapi bukanla rumah dia, rumah mak ayah dia.

Raya kedua ni ibarat raya bersama kawan plak...sebab rancangnya nak ke rumah Makcik Yong tapi takde plak...so kami ke rumah kawan Hajar, Rahmah di Bukit Rinting, mak ooii, orang keturunan Arab ni memang lawa-lawa belaka...comel-comel plak tu...kemudian bila malam kami ke rumah kawan kami zaman kecik-kecik dulu...

Ridwan, Rashidah, Radhi, Roqayyah, Razif, Ruzaini. Diaorang ni kawan kami zaman kecik-kecik waktu kami tinggal di Kampung Kastam. Sekolah sama-sama, main sama-sama, buat nakal sama-sama tapi bila aku masuk darjah 5 kami satu family pindah dan sejak itu kami tak jumpa lagi cuma bila dah tejumpa Rashidah dalam friendster tu yang terasa why not jumpa di hari raya ni. Masing-masing dah besar, nak borak-borak pun segan tapi aku buat selamba jugak la kalau tak memang tak berbual la nampaknya...

Hari seterusnya kami beraya ke rumah Pak Uteh...mak ai, ni la pizza buatan Mak Uteh, sedappp...Pak Uteh ni bak kembar Pak Long, memang best jugak dengan Pak Uteh.

Cerita aku beraya rumah orang sudah...bagi yang datang beraya tu entah tak ingat bila tapi aku masih ingat yang dah sampai ke rumah aku adalah Pak Long, Cik Nah, Makcik Yong, Hafiz Bai, kanak-kanak di taman ni termasuk anak-anak cina tau!

Raya tahun ni bukan sekadar beraya bersama keluarga sendiri tapi bersama dengan keluarga kedua aku, keluarga KRJJ plak...round-round JB ziarah raya plak...