Ahad, Oktober 10, 2010

aku hilang sesuatu

Dalam hidup ni bila kita hilang arah tujuan mesti tak tentu arah hidup. Memang matlamat tu kita yang tentukan tapi kadang-kadang kita sengaja letak ditepi atau kadang-kadang sengaja tidak diendahkan. Ada juga matlamat tu sengaja menjauh, mungkin ingin menguji sejauh mana disiplin kita terhadap matlamat tersebut.

Ada yang tersedar akan berpatah balik. Ada yang sedar tapi sengaja buat-buat tak sedar dan mungkin ada juga yang sedar tapi menyedari diri sudah terikat dengan komitmen lain, terus-terusan matlamat di'KIV'kan. Lebih malang...ada yang terus tidak sedar!

Aku rasa aku sudah hanyut...cepat-cepat sedar! Aku tak mahu terus jauh, aku rindukan DUNIA TARBIYAH!

Ya Allah, beri aku kekuatan untuk terus bersama teman-teman seperjuangan dalam menegakkan agamaMu. Aku juga mohon agar imanku sentiasa teguh dalam mengharung arus duniawi yang semakin membawaku pergi jauh meninggalkan Mu. Aku rindukan belaian kasihMu, aku rindukan redup cahayaMu, aku rindukan indah cintaMu, aku rindukan saat bersamaMu...