Sabtu, Jun 11, 2011

back to the routine

Alhamdulillah, selesai lepak-lepak di johor walaupun kadang terasa macam takde benda pun buat kat sini tapi benda yang takde benda tu la yang bakal terasa kehilangan bila balik KL.

Hari Rabu lepak-lepak je di rumah, Hari Khamis pergi joging lepas tu sempat main bowling di Daiman dengan abah, ehsan, munzir, hajar dan ida. Malamnya kami buat bbq di rumah, alhamdulillah semua ada termasuk ummi, zafrul dan zafran. Nadiah je takde, xpelah, next time. Hari Jumaat sempat lunch dengan Nazifah, singgah di UniKL MITEC, cantik kot...biasa la tempat baru. Hari ni pulak bawak adik-adik shopping barang-barang kemudian ke walimah Ubaidah. Wah, sorang-sorang bertukar status baik yang lelaki mahupun perempuan. Tak kurang hebat juga yang dapat anak...mabruk Sakinah dan Salman bersama pasangan masing-masing yang baru dapat cahaya mata pertama. Aku sempat jumpa Hana Syifa' je, Naufal tak sempat la nak menyinggah. Baru kejap tadi pi dinner kat De Bamboo kemudian reload minyak dan TnG untuk perjalanan esok ke KL.

Ku seru SEMANGAT untuk memulakan kembali enjin kerja, insyaAllah, akan ku kuatkan semangat untuk terus bertahan dan berbakti buat semua anak muridku.

Walaupun tekanan demi tekanan, kesibukan demi kesibukan yang datang menerpa aku perlu teruskan langkah walaupun terpaksa melangkah dengan perlahan asalkan tak berhenti.

Aku mohon dari Allah agar semangat ini tidak luntur, masaku sentiasa cukup untuk kusempurnakan tugasan, minda ku dilapangkan agar aku mampu berfikir dengan baik merencana jalan hidupku ke arah yang terbaik.

Aku juga mohon agar hati ini sentiasa kuat, terus mujahadah, tak menyerah kalah, dan...agar Allah sentiasa menyayangi, mencintai hambaMu yang lemah dan hina ini. Aku juga mohon agar hati yang berbolak-balik ini sentiasa dipelihara agar dapat mencintai insan yang juga mencintai Allah, amin...

Tiada ulasan: