Selasa, Julai 29, 2008

Jalan-jalan cari pahala (^_^)

Kumulakan bicara sepi ini dengan kalimah bismillahhir rahmanir rahim... (eh, macam pernah dibaca jer ayat ni...)

Macam mana la tak pernah baca...skrip slot Meniti Angin Malam (MAM)...

Am i ready for this? tepuk dada tanya iman...

Perjalanan ke bintulu, sarawak baru-baru ini bukan hanya perjalanan biasa. Satu perjalanan yang penuh dengan misi dan tanggungjawab. Kalau refleksi diri semula memang terasa tak layak sungguh diri ini memikul tanggungjawab yang cukup besar tetapi jazakallahu khairan kathira atas kepercayaan yang diberi oleh JKPRB terutama abah selaku pengerusi JKPRB.

Persediaan ke sana mungkin tidak 100% bersedia tetapi alhamdulillah pengalaman banyak membantu memudahkan tanggungjawab dilaksanakan...

Kenangan bersama team JIM Bintulu memang sungguh manis dan seronok. Sempat juga bermuayasyah dengan semua walaupun hanya dengan pertemuan yang cukup singkat. Begitulah ukhwah yang terjalin kerana Allah...kita punya matlamat yang satu sebagai 'KHALIFAH ALLAH" dan kerana itulah ukhwah ini pasti kan terus berkekalan...

Buat adik-adik kasih dan sayang SMK Baru, Bintulu, Sarawak...sememangnya saya sayang pada semua dan kehadiran akak di sana hanya sekadar ingin membantu dan memberi sedikit rasa kasih dan sayang buat semua. Mungkin pertemuan kita hanya sekadar di dalam program tetapi andai hijrah yang dicatat dilaksanakan dan perubahan demi perubahan terus dikekalkan, insyaAllah andai tidak di dunia pasti di akhirat kita bertemu semula...teruskan ber'hijrah'!!!

Buat diriku yang masih belum cukup iman dan amal...terima kasih diriku kerana membenarkan diri ini terus berada di jalan Allah...

Aku tahu aku tidaklah sebaik yang sering diperkatakan orang...malah banyak dosa yang menyelubungi diri...aku juga manusia biasa, sering alpa dan lalai dengan perintah Allah, terkadang aku selalu mengambil mudah perintah-perintah Allah...astaghfirullah...

Terima kasih diriku...mungkin insan sekeliling boleh membantu tetapi andai tidak bermula dari diri sendiri, tak mungkin diri ini mampu ber'hijrah'

Firman Allah SWT:
"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri meeka sendiri..."
[Al-Ra'd ; 11]

3 ulasan:

Unknown berkata...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

there's sayings :

"A friend of God must be generous like a river. We all get water from the river to quench our thirst. It does not discriminate whether we are good or bad or whether we are a relation or a stranger.
{Khwaja Mu’inuddin Chishti]

"وما لكم لا تقاتلون في سبيل الله والمستضعفين من الرجال والنساء والولدان الذين يقولون ربنا اخرجنا من هذه القرية الظالم اهلها واجعل لنا من لدنك وليا واجعل لنا من لدنك نصيرا"

How should ye not fight for the cause of Allah and of the feeble among men and of the women and the children who are crying: Our Lord! Bring us forth from out this town of which the people are oppressors! Oh, give us from thy presence some protecting friend! Oh, give us from Thy presence some defender! 4:75

Allahumma ameen :)

salam sayang dari Kak Zaiti Bintulu :D

Insyirah Mokri berkata...

Jzkk for ur sweet comment!!!

QaRiEsA QaNiEsA berkata...

SALAM.....akak im...
Akak apa kabor???alah anis windoo sgt kat akak n abg bai(plkon plg hbt)heq3...akak anis nak luahkan isi hati anis kat akak n hrp akak dapat tlg anis n bg cp nChat kt anis keyh??
Akak,sebenarnya anis dh lma simpan p`kra ini kat dlm hati dan tak tau nak luahkan camna...n anis tlh b`fkiq pjg utk luahkan kat akak...sbnrnya anis cuma anggap mak n ayh anis sbgai org biasa je dn bkan sapa2...semua tu terjadi stlah anis ditgglkan b`sma datuk n nenek bg anis glran mak ayh itu layk d`bgkan kat datk n nenek anis je...dan kalo dikira2 anis cma tggal b`sma dgn mak slma 6 thn...n semestinya rasa jaggal nak salam n cium tgn mak itu mmg ada dr dlu sampai skang...anis t`lampau mrh n b`dndm dkt ibu bpa kdg anis sbb t`gamak mrka tggalkan anis sewaktu tadika lg...dan bukan itu shja mrka juga slu endah tak endah kt anis ampai kekdg tu nggs sendrian utk mluahkn prasaan...dr k`sedihan itu anis tlh ambik kptusan nak pg b`hibur with kekawan...mla ting.1 anis dh mla b`jinak2 dgn rokok n pil palang...oastu masa f2 anis dah mula minum arak then kluar rmh dgn alasan camping,sdgkan anis pg pub dgn kengkawan...anis juga mgaku yg anis tidak m`jaga adb p`gaulan lgsg sbb amasa d`rmh pengakap tu anis tidur sblik dgn budak laki yg pd masa itu girl cuma 2 org n boy 8 org...anis b`syukur sbb msh ada lagi daranya..(0_0)...anis dh suba byk p`kra dah nak ubah sikap anis masa f4 tapi gagal coz waktu tu anis msh lagi mrokok n minum arak...anis dh tak tau dh nak buat apa...tp masa f5 nie anis btl2 b`tkad nak brbah n alhadulillah nasib baik anis t`buka hati nak join kem kbj ritu n disanalah anis dah tanamkan dalam hati anis untuk mendekatkan diri dgn org2 yg beriman...tapi anis rasa prsaan anis kat mak msh mcm biasa wlaupun masa last day tu anis pluk n cium tgnnya...anis tak tau dj nak wat camna....hurm pd pendapat akak apa yg ptt anis wat lg n doakan anis untk sntiasa berada ddlam golongan yg b`iman n jauhi kejahatan....
ok assalamualaikum.....