Jumaat, Julai 18, 2008

Tugasan di SMKS

Selesai bertugas di Pangkor, tiba masa berkhidmat untuk KRJ semula. Kesian gak tengok AJK KRJ ni tiap2 minggu berprogram...so kali ni kak muss serah kuasa 'kak laptop' pada aku. Aduh, boleh ke???

Blur2 jugak bila takder guide ni tapi alhamdulillah, lama2 biasa gak, kena rajin sket explore laptop tu baru jumpa bahan2.

Sekian kali aku bagi ingatan dalam email ttg attitude fasilitator tapi it seem susah gak nak disiplin yer...Alhamdulillah Pak IM sentiasa bagi reminder pada fasi2. Nak jugak aku brainwash budak2 fasi ni lagipun ada fasi2 baru tapi dah jadi kak laptop ni mmg susah sket nak cabut2 dok dgn fasi2, sempat bisik2 je dgn kak yati, 'abyd dan fasi2 lain. My new usrah mate, syuhada pun tak sempat aku layan...sori maa...tapi insyaAllah, aku yakin dia boleh adapt dgn prgm sbb dia pun fasi KBM di Melaka suatu masa dulu. lepas ni rajin2 la join yer syu.

Nak kata fasi teruk tak la...semuanya ok cuma kadang2 kena juga di remind selalu, kalau tak mmg leka, buat hal sendiri, pening pengendali tengok fasi2 ni.

Aku ni baru je dapat pengalaman bersama makhluk halus, malam tu merasa lagi...aduh, sakit badan, sakit kepala. Sian pada fasi2 perempuan, dok usung sorg2 adik2 yang colapsed ni. Malam tu, tamat prgm, kami fasi2 perempuan terus berangkat ke Tadika Iman, x larat rasanya bermlm di sekolah tapi ntah mcm mana, insiden makhluk halus ni menyerang lagi tapi apa kan daya, kami semua dah keletihan...biarlah cikgu2 bertugas yang uruskan...

Seingat aku, mmg kebajikan, penginapan, kesihatan adik2 peserta dlm prgm KRJ ni urusan sekolah, pihak KRJ hanya uruskan modul2 prgm tapi it seem skrg byk sekolah atau institusi take for granted urusan pelajar. Bagi sekolah atau institusi yang ambil perhatian ttg perkara ni, tahniah sbb mmg kerjasama dari sekolah atau institusi tu penting dlm prgm, dan bukan hanya sekadar ttg peserta tapi alatan2 dan masalah2 teknikal pun kadang boleh jadi isu.

Aduh, merungut sana, sini plak aku...tapi ntah la...adakah KRJ ni baik sangat? murah sangat caj yuran? sampai kadang2 kehadiran kami tak dihargai sepenuhnya oleh pihak sekolah mahupun institusi??? err, pandai2 la fikir sendiri...

Bagi aku yang penting apa aja penyampaian dan mesej yang diberikan sampai kepada peserta, itu sudah mencukupi dan alhamdulillah, respon dari peserta SMKS cukup positif walaupun berlaku insiden2 yang tak diingini...

Akhir kalam, tugasan kali ni byk jugak peringatan, kesilapan, kesalahan yang perlu diperbaiki..biasalah manusia tak semua sempuran...(teringat adik anis IIC bila sebut ayat ni). Setiap prgm mencipta satu sejarah, menerbitkan satu kenangan yang tak mungkin dilupakan...yang pasti 'ibrah disebalik setiap kejadian sentiasa menjadi peringatan dalam diri...

~singing out~

Tiada ulasan: