Jumaat, Julai 18, 2008

PJKN oh PJKN

Beberapa minggu lepas berpeluang jadi jurulatih Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN). Prgm ni lebih kurang sama macam PLKN cuma masanya hanya 10 hari dan khas untuk belia atau remaja. Macam BTN pun ada gak, biasalah modul2 kenegaraan tu mesti ada punyer...cemana la bleh tercampak join prgm ni yerk, xper2 pengalaman...

HARI 1 (JUMAAT)

Mcm blur2 prgm apa tapi redah jerlah...travel ke KL sorg2, sampai la ke sentul, pastu fetched by urusetia dan terus ke IIC sbb prgm kali ni dgn adik2 IIC. Dari IIC terus ke Jeti Lumut untuk ke P.Pangkor plak. Penat woo, travel seharian. Apatah lagi dari IIC tu tunggu bas lama giler, ada salah faham sket, masalah teknikal oleh pengurusan, xperla, may it be a learning point to be correct afterwards. Sampai jeti terus naik feri dan tiba di jeti pangkor terus ke Kem Raudhah...

HARI 2 (SABTU)

Erm, permulaan prgm, mcm blur2 nak buat apa...ikut jer la rentak urusetia2 dan jurulatih lain. Pagi tu perasmian pgm dan after prgm baru briefing prgm bersama team jurulatih dan urusetia, pergh baru nak set xtvt ker diaorg ni, ops...kantoi plak 'kelemahan' diaorg. Petang tu ada la sket xtvt untuk pembahagian kumpulan dan merasa gak adik2 tu melihat keindahan pantai teluk nipah kat sana...ok la tu, kan??? Malam tu ada sikit soal selidik je.

HARI 3 (AHAD)

Full with outdoors activities!!! Bermula dengan trekking...biasa je...tak la thrill sangat except that stamina part...hu,hu,hu...dah lama rasanya tak buat xtvt ganas2 macam ni, terasa tak kuat stamina je tapi buat2 kuat jerlah...Lepas tu ada blind trail, kali ni jalan dlm kumpulan dlm keadaan bertutup mata kecuali ketua kumpulan. Best jugak kacau budak-budak ni tapi ambik kau, kena tendang skali dgn sorg adik ni, tu la jurulatih nakal sangat...sebenarnya tak la nakal tapi menjalankan tugas je...Nak dijadikan cerita, mata ditutup sehinggala meeka terpaksa makan tengahari dlm keadaan bertutup mata...best tengok aksi adik2 tu, ha, rasakan mcm mana org buta hidup selama ni...Petang plak ke pantai tapi sayang...hujan plak waktu tu...dek kerana ajakan adik2 tu terpaksa gak terjun laut w/pun taknak, xperlah...Malam pulak ada treasure hunt, best betul kod tu...semua blur kod apa ke benda ntah yg diaorg dpt, pening tengok tulisan macam ni ---> GERNFHER UHAG, ending nya sbnrnya nak bagi mereka ni bersatu atr semua...lepas tu bleh la adik2 ni berehat...tapi...bermula ceritera 'aku & makhluk halus' mlm tu...tapi next post plz...kiter citer khas lain punya post yer...

HARI 4 (ISNIN)

Pagi tu, bgn dlm keadaan yg letih, tak cukup tido punya pasal...ada sikit xtvt dlm kumpulan, biasalah...games2 berbentuk team building. Petang plak buat sesi debat, ada group pembangkang, ada group kerajaan dan each group perlu sediakan hujah2 untuk di present kpd semua tapi malangnya...masa tak cukup so kita sambung malam plak...Malamnya tak sempat masuk isya', sesi 'aku & makhluk halus' menerpa...(smbg post khas). Tak dapat la nak sambung sesi presentation debat malam tu...semua masuk tidur dlm ketakutan kot...sabar jer la...

HARI 5 (SELASA)

Untuk dua hari seterusnya sesi dikendalikan oleh fasilitator luar, best gak xtvt, byk team building games, dan byk gak xtvt patriotik nyer cuma pendekatan tu berbeza dari yg pernah aku ikut. Pagi tu pembahagian kumpulan baru, ha,ha,ha...angin jer adik2 ni sbb dah ada group yg kamcing giler tiba2 kena bubar dan buat kumpulan baru. Task utk hari itu adalah nyanyikan lagu yng diberikan dan lakonkan sketsa yang menterjemahkan isi kandungan lagu patriotik yang diaorg dapat. Komen aku, best dan kreatif...spontaneous actors la adik2 ni...Malam pulak ntah apa plak xtvt 'breaking stone' tu tapi konklusinya...semua perlu bersatu especially 'ORG MELAYU' untuk mencapai perpaduan dalam negara...Lepas tu jadik lagi alkisah 'aku & makhluk halus' tu...urgh, bleh giler aku tiap2 malam mcm ni.

HARI 6

Pagi tu aku tak ikut xtvt langsung sebab menjaga adik kesayanganku di bilik, so ntah apa game diaorg, tengok ada ikat2 kaki, pastu main2 belon lagi...mcm best tapi aku sendiri tak larat nak join...penat betul badan. Petang plak adik tu dah ok so, dapat la aku join xtvt. Petang tu main undi kwn2 keluar dr kumpulan plak...aduh, bermain dgn hati dan perasaan ni mmg menyakitkan...terasa woo!!! Sekali lagi, nak uji perpaduan adik2 ni je...in the end mereka sedar ttg kesetiaan kawan, kesatuan bersama sahabat2, mmg best gak tgk diaorg berjuang habis-habisan...cool!!! Malam plak sesi 'kapal karam' yang pd awalnya aku tak join sbb temankan adik kesayangan kat bilik tapi dek ngantok giler so switch dgn kak khairul jaga adik tu, aku plak pi join xtvt. Pergh, mata ni mmg tak tahan betul...almaklum dah beberapa hari tak lena tidor...bertahan jugak waktu adik2 tu berusaha menyelamatkan diri, merayu-rayu bagai nak rak kat kapten2 kapal, yang tak lepas tu mmg sedih lar...yang lepas tu mmg bagai dapat nyawa baru...ada sedih, ada haru, ada gembira, ada semangat...mmg best, terserlah diri mereka yg sebenar.

HARI 7

Erm, pagi tu aku uruskan kepulangan adik kesayanganku dulu baru join xtvt. Pagi tu adik2 diberi task utk membina istana pasir...tema nya bangunan yang bertamadun, hmm...mcm2 gaya ada...sempat gak bermandi-manda lps siap istana pasir tu. Petang plak main game kat tepi pantai..aduh...hujan lagi...tak sempat nak habiskan main game, hu,hu,hu... Malam plak ada sesi ceramah kot...tak ingat la plak...

HARI 8

Hari berkhidmat masyarakat!!! Best gak jadi mandur ni...he,he,he. Pagi tu adik2 lelaki berkhidmat masyarakat di masjid dan kawasan perkuburan dan adik2 perempuan di tepian pantai. After lunch ada beberapa adik2 yang dipilih utk ke sebuah pulau untuk berkhidmat masyarakat di sana, aku pun ikut sekali, best gak!!! Yg lain2 tu masih di tepian pantai jer. Bila kami pulang, lepak je tepi pantai...aiseh, mcm pergi bercuti je...Malam plak rileks lagi...isi borang soal selidik.

HARI 9

Penuh dengan sesi gotong-royang untuk sesi malam penutup dan persembahan mereka, penuh dengan kreativiti, penuh dengan gaya tersendiri...mmg best. Malam tu berBBQ, bergembira dengan persembahan adik2, okla tu, malam terakhir di sana...

HARI TERAKHIR...

Jom balik...!!! Pagi tu kemas2 brg dan kawasan kem dan bertolak pulang...sampai jeti lumut biasalah shopping jap, he,he,he....selesai alkisah 10 hari di Pulau Pangkor...

Pengalaman mmg bukan mudah ita dapat dan kadang2 ada yang manis dan ada juga yang pahit, semua terpaksa ditelan, dihadam, yang baik dijadikan teladan, yang tak baik dijadikan sempadan, yang penting diri sendiri perlu bersedia sentiasa dan kuat iman.

Rindu pada semua adik2 tersayang...

Athirah, Fifi, Husna, Sarah, Ain(MB), Ain(yg sakit asma), iman, fifi, lukman, udin, is, shafri, dafi dan lain2 yang tak tertulis disini...korg mmg best, good luck, belajar rajin, jadi manusia berguna yer!!!

Tiada ulasan: