Khamis, Julai 31, 2008

studi, studi, studi...

Kehidupan ini sentiasa tidak terlepas dari menuntut ilmu sama ada secara formal atau tidak...

Yesterday i just received a geat news!!! I got fully exemption for MAICSA!!! Maicsa tu Malaysia Institute of Corporate Secretaryship and Administrators, satu badan yang mengelolakan bidang setiausaha syarikat. Kerja setiausaha ni bukan setiausaha biasa tapi kerjanya berkait dengan company legal, rules and regulation, more on corporate matters. Kalau dalam sesebuah syarikat tu standard seorang setiausaha syarikat sama macam Board of Director (BOD) dan dia akan jadi penasihat utk BOD, tough jugak kan kerja nya tapi kerja yang mencabar la, best!!!

Bila dah dapat fully exemption kirakan aku ni setaraf dengan final student ICSA, he,he,he...insyaAllah by next week i'll send out the registration form and the payment, tau brape, dekat 3000 jugakla...hu,hu,hu...

Next step??? kerja la...kerja apa? might be nak yang berkaitan dengan bidang ni...tapi...semua job tu kat KL, hu,hu,hu...i don't mind leaving my home and family but do my parents give permission??? dunno...i don't mind because i'm used to live with my friend when i was at USIM and i think i can count how many times that i went back home. It's not that i like to live freely without parents looking around but it's just my attitude to be independent, to face the all the obstacles myself, just love to learn from experience (degil jugak minah ni,he,he,he)

In whatever field that i'll be in, i wish that i can always give the best and i hope Allah would give His blessing for wahtever i wish for and not only that...of course, hoping mama and abah would let her girl find her own self...amin...

Selasa, Julai 29, 2008

Jalan-jalan cari pahala (^_^)

Kumulakan bicara sepi ini dengan kalimah bismillahhir rahmanir rahim... (eh, macam pernah dibaca jer ayat ni...)

Macam mana la tak pernah baca...skrip slot Meniti Angin Malam (MAM)...

Am i ready for this? tepuk dada tanya iman...

Perjalanan ke bintulu, sarawak baru-baru ini bukan hanya perjalanan biasa. Satu perjalanan yang penuh dengan misi dan tanggungjawab. Kalau refleksi diri semula memang terasa tak layak sungguh diri ini memikul tanggungjawab yang cukup besar tetapi jazakallahu khairan kathira atas kepercayaan yang diberi oleh JKPRB terutama abah selaku pengerusi JKPRB.

Persediaan ke sana mungkin tidak 100% bersedia tetapi alhamdulillah pengalaman banyak membantu memudahkan tanggungjawab dilaksanakan...

Kenangan bersama team JIM Bintulu memang sungguh manis dan seronok. Sempat juga bermuayasyah dengan semua walaupun hanya dengan pertemuan yang cukup singkat. Begitulah ukhwah yang terjalin kerana Allah...kita punya matlamat yang satu sebagai 'KHALIFAH ALLAH" dan kerana itulah ukhwah ini pasti kan terus berkekalan...

Buat adik-adik kasih dan sayang SMK Baru, Bintulu, Sarawak...sememangnya saya sayang pada semua dan kehadiran akak di sana hanya sekadar ingin membantu dan memberi sedikit rasa kasih dan sayang buat semua. Mungkin pertemuan kita hanya sekadar di dalam program tetapi andai hijrah yang dicatat dilaksanakan dan perubahan demi perubahan terus dikekalkan, insyaAllah andai tidak di dunia pasti di akhirat kita bertemu semula...teruskan ber'hijrah'!!!

Buat diriku yang masih belum cukup iman dan amal...terima kasih diriku kerana membenarkan diri ini terus berada di jalan Allah...

Aku tahu aku tidaklah sebaik yang sering diperkatakan orang...malah banyak dosa yang menyelubungi diri...aku juga manusia biasa, sering alpa dan lalai dengan perintah Allah, terkadang aku selalu mengambil mudah perintah-perintah Allah...astaghfirullah...

Terima kasih diriku...mungkin insan sekeliling boleh membantu tetapi andai tidak bermula dari diri sendiri, tak mungkin diri ini mampu ber'hijrah'

Firman Allah SWT:
"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri meeka sendiri..."
[Al-Ra'd ; 11]

Isnin, Julai 21, 2008

'ibrah disebalik kejadian...

Akhir-akhir ini aku selalu berfikir...

berfikir dengan segala apa yang telah berlaku pada diriku...

Setelah tamat belajar aku review semula perancangan hidup aku...memang agak kecelaruan rasanya bila tamat peperiksaan akhir tempoh hari...handphone hilang, aduh, sakitnya hati!!! bila difikir balik, biarlah bukan rezeki aku...

Lepas tu nak keje plak...bila dapat offer dari KLIA mmg seronok rasanya tapi mak ayah pulak yang keberatan...takperlah aku turutkan jua hasrat mak ayah yang tersirat tu...

Aku rasa selama aku di USIM mmg aku ni tahap teruk jugak dengan xtvt2 dakwah n tarbiyah ni...ntah apa nak jadi pun tak tau la...semuanya emosi dan nafsu, kesronokan duniawi...

Selama ni rumah pun banyak jugak kehendak mak ayah yang aku terpaksa ikut, entah la aku ni...sebenarnya ada jugak rasa rimas tu, yerlah bila aku menjauh dari rumah sekejap pun mereka dah tertanya-tanya bila aku nak balik...urgh, tak best nya!!!

tapi.....tu semua ada hikmahnya...biarlah aku je tau...

Cinta, ha..siapa pun takkan terlepas dibelenggu dengan perkara macam ni...aku??? pernah juga tergelincir dari landasan tapi sempat brek dan kembali ke landasan semula. Untuk setakat ini biarlah aku mencari ruang untuk diri sendiri. Untuk seseorang disana...teruskan apa yang ingin dicapai, carilah ruang untuk diri sendiri juga. Kalau ada jodoh, dah sampai masa...we'll see...

Hal family pun banyak tak terlepas dari mempengaruhi hidup ni. Adik-adik yang ramai memang seronok satu ketika dulu tapi kini...tetap seronok, seronok dengan macam-macam karenah dan of course setiap orang dari mereka punya masalah. Kadang-kadang sakit kepala bila difikirkan tapi itulah adik2 ku...moga-moga setiap mereka dapat tabah mengharung setiap cabaran dalam mematangkan diri menjadi insan berguna terutama kepada mama dan abah, amin...

Hal-hal lain macam xtvt sosial aku, hmm...memang banyak malah memang selalu menyesakkan otak. Tapi tulah....bila kita enjoy, tak ada apa yang mustahil...

Apa saja yang aku buat sekarang ni memang selalu dirasionalkan...aku takut juga nak buat keputusan dalam hidup, takut dipengaruhi emosi, tu sebab aku selalu berfikir secara rasional dan cuba menimbang baik,buruk sesuatu keputusan, aku rasa itu lebih baik...

Bila ditengok balik pada diri sendiri, aduh, memang workaholic betul aku ni tapi....aku teringat seorang kawan baik aku yang pernah bagitau...

"takyah la berubah, sekarang pun okay..."
"u memang selalu buat keputusan sendiri tapi setiap keputusan tu slalunya betul"

ha,ha,ha...betul ke ni??? entah la...kawan itu cermin diri, kan???

~think rationally~
~live ur life to the fullest~

Mukhayyam yang berlalu

Berakhir dah mukhayyam...komen??? seronok jerla...macam pergi bercuti pun ada gak.

Memang la mukhayyam ni ada pengisian yang tersirat tapi entah kenapa tak terasa ruh nya...hati,hati kenapalah keras sangat???

Mungkin keadaan pun tak menggalakkan aku banyak berfikir untuk hayati setiap input. Mana tak nyer...kebanyakan peserta akhawat bukan lah yang biasa dengan xtvt lasak, ber'camping' macam ni...Aku pulak, kontra giler...mmg xtvt lasak ni perkara biasa, dah jadi lumrah rasanya.

Apa pun aku enjoy, dan segala input yang disampaikan tu tetap aku ingat. Seronok juga berprogram dengan orang-orang yang datang dari pelbagai usia dan latar belakang. Ada yang masih adik, ada yang sudah digelar kakak, makcik pun ada...yang seronok tu bila macam2 cerita dikongsi bersama, malah boleh pulak bergelak ketawa...

Waktu trekking...hmm...pada aku macam trekking biasa, penat tu lumrah tapi bagi peserta lain...memang aku rasa terlalu mencabar!!! bukan apa...memang terserlah wajah-wajah keletihan setibanya di kawasan takah tinggi tu...kesian tapi aku cuma mampu memberi semangat dan sokongan.

Dalam masa yang sama bagi ikhwah yang ke takah berangin...aduh, tak sangka Allah menguji mereka semua dengan ujian yang amat berat. Bila ada ikhwah yang terkehel kaki tapi agak teruk sampai buku lali lari dari kaki, aduh, sakit!!! Yang menjadi ujian bila nak kena bawa balik ikhwah ke kem semula sebab berat ikhwah ni lebih kurang 130kg, sedangkan kekuatan ikhwah yang lain memang anat terbatas. Dek kerana ukhwah yang terjalin...akhirnya berjaya juga mereka turun ke kem tapi dalam keadaan kelelahan, kelesuan, kelaparan, kepenatan kira-kira jam 1.45pagi!!! Bayangkan la naik jam 12 tengahari lebih dan pulang ke kem semula jam 1.45 pagi!!! Aduh, ujian yang amat berat rasanya...

Kami yang telah pulang dari petang hanya mampu berdoa. Tertanya juga dalam hati bagaimana keadaan mereka di atas kerana dimaklumkan mereka tidak membawa sebarang bekalan makanan, aduh, mesti lapar giler!!! Menjelang malam kami cuba membantu dengan memasang khemah-khemah ikhwah, malah kami turut meminjamkan torchlight dan menyediakan ubat-ubatan bagi yang sakit di atas.

Begitulah ukhwah yang aku rasa belum pun 24 jam terjalin malah kami pun masih belum benar-benar kenal atr satu sama lain.

Pada paginya ada sedikit game dan kemudian kami belajar menganyam oleh orang asli di sana. Aku pulak dah tengok sikit demonstrasi menganyam terus blah ke tepi sungai nak pi memancing. Best sangat tengok orang yang dapat ikan tu...teruja giler!!! dek kerana dok blajo cemana nak pasang mata kail tu...so masa nak memancing tu tak lama...tak dapat pun tangkap kan tapi dok main tarik2 mata kail dengan ikan ada la...ceh, aku letak umpan roti je...masuk je dalam sungai...bila ditarik hilang dah roti...ceh, kureng punya ikan...xper, rezeki utk ikan tu...

Lepas tu kami berkemas dan pulang...best la jugak sebab enjoyable...

~Taman Negara Endau-Rompin in Memories~

Jumaat, Julai 18, 2008

Yeah, berjaya gak update blog ni!!!

Alhamdulillah...sekian lama menyepi, byk betul benda nak buat bila ngadap internet ni...kejap nak check email, bukan satu, dua, berlambak email dalam sehari, pastu tengok forum alumni la, pastu bukak friendster la, pastu nak jenguk blog KRJ la...

Blog sendiri??? adeh, jadi anak tiri plak...uish, tak bleh ni...

Hari ni sebelum gi mukhayyam sempat gak update apa yang patut...alhamdulillah.

Terbang ke bumi kenyalang...

Mau ikut???

Atas tugasan yang diberi terpaksa la terbang ke bumi kenyalang next week, aduh, asyik travel sana sini je aku ni...ala tak dapat ikut KBM kat MRSM Pontian pastu kenduri durian kat umah Pak uteh next week, hu,hu,hu...nak ikut...

Kerana tugas aku redha...

Kot singgah ke, lalu kat KLIA tu mesti terserempak dengan geng2 aku yang tengah berkhidmat kat sana, see you girls n guys kat sana...

siapa la aku ni...

erk, apa hal plak kali ni???

Betul tak kalau aku cakap org lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik???

Tak kisah la saper punya cerita tapi yang pastinya aku sendiri pun tak boleh nak jawab...cuma org2 yang pernah alami jer tau apa jawapannya...

Pernah aku diceritakan alkisah sorg kawan yang cukup baik dengan aku...betul la, org lelaki dan perempuan tak mungkin jadi kawan baik...tapi...bila nak dikatakan bercinta pun susah gak aku tengok...aduh, tak paham betul tengok hati-hati manusia ni...Yang kelakarnya kawan aku ni, both of them, macam main tarik2 tali, kejap nak,kejap taknak...pening2...

Yang aku tau skrg ni in the end mereka hanya berkawan mcm biasa, mcm sebelum mereka jadi 'teman tapi mesra'...xperlah...kalau ada jodoh tu, adalah, kan...tengok macam aku, rilek takyah pikir hal org lain, yang penting diri sendiri, family, kan,kan,kan??? tu yang jadi persoalan, "siapalah aku ni...", bisa jadi bengong kerana cinta ni tau!!!

Cuma itulah...hati perempuan ni kalau kuat mana pun org lelaki tengok dia ni, sebenarnya hati mereka ni cukup sensitif dan lemah...dan lelaki pulak jgn berlagak boleh hidup tanpa wanita disisi...mmg sudah termaktub dalam kitab Allah, perempuan dan lelaki diciptakan dengan saling melengkapi, kan???

Tiba-tiba teringat lagu "wanita" nyanyian Siti Nurhaliza yang sekarang dok terngiang-ngiang kat corong radio...

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…
(didedikasikan buat both of them especially sebelah lelaki, beringat sket la yer...)

Memang cinta susah ditafsirkan tetapi tak bermakna cinta itu teramat la susah...think simple...cinta hanya untuk Yang Satu...Allah.

...rabbana hablana min azwajina wazurriatina qurrata'ayunin waj'alna lilmuttaqina imama...

Mukhayyam, here i come!!!

Pergh, budak ni takder keje lain ke??? tak reti dok diam kat rumah ke???

Mmg aku tak reti dok diam, he,he,he...kali ni nak pi mukhayyam kat taman negara. Mlm ni nak mula prgm, barang tak kemas lagi nih...tunggu balik dari mukhayyam baru kita citer habis-habisan...

~signing out~

~seketika kurenung~

Seketika kurenung...

Ni apa hal plak ni???

Ntah la...

Kau renung apa???

Apa nak jadi yer budak2 zaman sekarang...maksiat bagai satu tabiat hidup sekarang ni...astaghfirullah

Kenapa kau cakap macam tu???

Ntah la...mungkin dah berlaku depan mata baru la hati ini terdetik memikirkan tentang hal ini...

Kau doa jerlah...

Dah...sekarang ni setiap hari aku berdoa bukan hanya untuk diriku tapi untuk semua...keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, guru-guru, dan semua...

Baguslah kalau mcm tu...

Mungkin inilah yang dikatakan akhir zaman, kan??? maksiat bagai perkara biasa zaman kini...

"Ya, Allah, kau lindungilah insan2 terdekatku...kau berilah kekuatan dalam diri aku dan semua manusia untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan, ya, Allah, kau ampunkanlah dosa-dosaku dan semuaumat Muhammad, ya, Allah, kau selamatkanlah kami semua dari fitnah dunia, amin..."

Tugasan di SMKS

Selesai bertugas di Pangkor, tiba masa berkhidmat untuk KRJ semula. Kesian gak tengok AJK KRJ ni tiap2 minggu berprogram...so kali ni kak muss serah kuasa 'kak laptop' pada aku. Aduh, boleh ke???

Blur2 jugak bila takder guide ni tapi alhamdulillah, lama2 biasa gak, kena rajin sket explore laptop tu baru jumpa bahan2.

Sekian kali aku bagi ingatan dalam email ttg attitude fasilitator tapi it seem susah gak nak disiplin yer...Alhamdulillah Pak IM sentiasa bagi reminder pada fasi2. Nak jugak aku brainwash budak2 fasi ni lagipun ada fasi2 baru tapi dah jadi kak laptop ni mmg susah sket nak cabut2 dok dgn fasi2, sempat bisik2 je dgn kak yati, 'abyd dan fasi2 lain. My new usrah mate, syuhada pun tak sempat aku layan...sori maa...tapi insyaAllah, aku yakin dia boleh adapt dgn prgm sbb dia pun fasi KBM di Melaka suatu masa dulu. lepas ni rajin2 la join yer syu.

Nak kata fasi teruk tak la...semuanya ok cuma kadang2 kena juga di remind selalu, kalau tak mmg leka, buat hal sendiri, pening pengendali tengok fasi2 ni.

Aku ni baru je dapat pengalaman bersama makhluk halus, malam tu merasa lagi...aduh, sakit badan, sakit kepala. Sian pada fasi2 perempuan, dok usung sorg2 adik2 yang colapsed ni. Malam tu, tamat prgm, kami fasi2 perempuan terus berangkat ke Tadika Iman, x larat rasanya bermlm di sekolah tapi ntah mcm mana, insiden makhluk halus ni menyerang lagi tapi apa kan daya, kami semua dah keletihan...biarlah cikgu2 bertugas yang uruskan...

Seingat aku, mmg kebajikan, penginapan, kesihatan adik2 peserta dlm prgm KRJ ni urusan sekolah, pihak KRJ hanya uruskan modul2 prgm tapi it seem skrg byk sekolah atau institusi take for granted urusan pelajar. Bagi sekolah atau institusi yang ambil perhatian ttg perkara ni, tahniah sbb mmg kerjasama dari sekolah atau institusi tu penting dlm prgm, dan bukan hanya sekadar ttg peserta tapi alatan2 dan masalah2 teknikal pun kadang boleh jadi isu.

Aduh, merungut sana, sini plak aku...tapi ntah la...adakah KRJ ni baik sangat? murah sangat caj yuran? sampai kadang2 kehadiran kami tak dihargai sepenuhnya oleh pihak sekolah mahupun institusi??? err, pandai2 la fikir sendiri...

Bagi aku yang penting apa aja penyampaian dan mesej yang diberikan sampai kepada peserta, itu sudah mencukupi dan alhamdulillah, respon dari peserta SMKS cukup positif walaupun berlaku insiden2 yang tak diingini...

Akhir kalam, tugasan kali ni byk jugak peringatan, kesilapan, kesalahan yang perlu diperbaiki..biasalah manusia tak semua sempuran...(teringat adik anis IIC bila sebut ayat ni). Setiap prgm mencipta satu sejarah, menerbitkan satu kenangan yang tak mungkin dilupakan...yang pasti 'ibrah disebalik setiap kejadian sentiasa menjadi peringatan dalam diri...

~singing out~

Aku & Makhluk Halus

Firman Allah: "Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku" [Az-Zariyat;56]

Dalam dunia ini mmg bukan hanya sekadar manusia yang mendiami bumi Allah ini...banyak lagi makhluk lain yang turut sama hidup dan beribadah kepada Allah swt.

Pengalaman mendampingi kehidupan makhluk halus ni mmg satu pengalaman yang cukup berharga, malah cukup menginsafkan, kira macam boleh test power iman kita kuat ke tak...try la kalau berani!!!

Baru2 ni bersama di Kem Raudhah, dengan adik2 IIC berPJKN di sana. Aku diberi peluang merasai kehidupan makhluk halus...bukan la aku yang kena tapi cukup la hanya sekadar membantu memulihkan adik2 tersayang.

Dalam 4 malam berturut-turut aku menguji kekuatan diri, menjaga adik kesayangan sorg ni, penat tapi cukup menginsafkan...

Ditakdirkan siang tu asyik sangat bermain di hutan, berkeliaran tak tentu hala sekitar kem, malam menjelma, makhluk tersebut ingin berdampingan bersama 'adikku' ini...aku plak dh lena dlm bilik, bila tersedar tengok ramai je dlm bilik termasuk 'adikku' itu...Alhamdulillah, bertemankan dua lagi sahabatnya, aku rasa lega sikit tapi ditakdirkan aku terpaksa menemani dia sekejap, hanya kami berdua dan bermula la sedikit lawan mulut...bila kawan2nya ambil alih aku pun nak tidor semula tapi rupa2nya makhluk tu berusaha juga nak berdampingan dengan kami2 yang lain termasuk aku...mmg kuat jugak makhluk ni melawan kuasa ayat kursi aku ni, sampai bergerak Al-Quran didada yang aku tengah pegang...fuh, mlm tu mmg tak lena tidor...

Pagi tu aku serahkan usaha2 pemulihan pada yang pakar dan aku perlu tengokkan adik2 yang sedang berprogram. Alhamdulillah, pagi tu dah ok dah tapi menjelang mlm, sekali lagi berperang kami tapi bukan satu, banyak lagi 'teman-teman seangkatan' makhluk tu...aduh, mmg seksa!!! Mungkin ada juga salah pihak pengurusan yang tak menjaga adab2 yang sepatutnya di kem tersebut. Keputusan untuk membaca Yasin beramai-ramai bertukar tragedi bila ramai pulak adik2 yang lain terkena, mmg satu kerja nak memulihkan sorg2. Bila badan lemah mmg mudah sangat dirasuk, malah kemungkinan untuk melihat makhluk tersebut pun cukup tinggi, aku sendiri tak nampak tapi dapat rasa kehadiran makhluk2 tersebut. Utk malam itu mmg satu ilmu baru yang mungkin bukan mudah nak dipelajari...mengubat dan menghalang makhluk2 halus menyerang..best tu...

1. Amalkan ayat kursi, mathurat, penting ni!!! Jangan lupa AL-QURAN lah satu-satu nya penawar bagi segala penyakit.

Firman Allah: "Kami turunkan daripada Al-Quran suatu yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." [Al-Isra';82]

2. Bahan2 yang mungkin boleh digunakan...campuran biji lada hitam, bawang putih dan minyak, disapu ke belakang telinga dengan selawat 3x. Bancuhan ni boleh disapu pd permukaan dinding, tombol pintu dsb.
3. Air bancuhan limau nipis pun boleh gak untuk pulihkan semangat, katanya sifat limau ni tajam jadi boleh halang makhluk2 ni dari mengganggu manusia, sebelum minum selawat dulu...
4. Atr tpt2 yang menjadi tpt makhluk ni bertenggek biasanya kawasan2 badan yang berlipat macam ketiak, pastu kat kaki, tu yg dok picit2 ibu jari kaki org, he,he,he, tak larat nak kalau kena buat lama2, menggigil tangan.

Mmg benda tu pun nakal jugak...suka main2, biasalah benda jahat ni, mmg tak boleh tengok manusia bahagia. Malam esoknya alhamdulillah, adik tu dapat lawan sendiri dengan bacaan Al-Quran dari maghrib tapi akhirnya terpaksa jugak kami jaga mlm tu dan mlm tu mmg terasa sungguh ke'seram'an nya...saper la yang larat baca Al-Quran sepanjang malam...akhirnya semua colapsed, aku plak takut makhluk tu menyerang terpaksa la bertahan, habis satu Al-Baqarah aku baca tapi ditakdirkan malam tu dek kerana makhluk tersebut tak dapat menyerang, mmg menyalak anjing sana-sini kat luar bilik, pergh, takut betul...bunyi benda bergesel-gesel kat dinding bilik, angin bertiup kat luar, aduh, seram betul...aku pun terasa 'panas' nya benda tu, mana tak panas, aku dok baca blkg 'adikku' dan berhadapan dengan dia ada pakwe dia yang terer gak ilmu2 ni. Lagi terasa bila nak baca ayat kursi, tiba-tiba macam tak boleh nak baca, tangan menggigil-gigil, jadi terkaku kejap...biasalah badan dah lemah, aku pun bukan kuat sgt tapi cuba gak la sedarkan diri, kuatkan semangat. Bila dapat baca ayat kursi aku tak terus smbg ayat seterusnya, aku baca berulang kali sampai aku rasa kuat. At last aku pun colapsed jugak tapi dlm keadaan tidur2 ayam la...

Ingatkan subuh boleh ok, tapi lepas subuh la benda tu dapat masuk tapi kami berjaya gak pulihkan, kejap je sbb adik tu pun berjaya lawan jugak, biasalah...semuanya dlm diri, kalau kita kuat, apa saja kita mampu buat.

Malam esoknya alhamdulillah takder apa2 yang jadi cuma ada jugak la yang dpt melihat kelibat2 makhluk tu...satu lagi ilmu...guna belerang, limau, lagi apa ntah tapi bancuhan tu lebih panas dari guna minyak, lada hitam n bawang putih. Alhamdulillah malam tu aku dapat tidur dengan lena. Lagi satu mungkin sbb keesokan harinya adik tu dihantar pulang bagi kemaslahatan semua so takder la serangan2 makhluk2 halus ni.

Pagi tu, tiba-tiba terpacul keluar dari mulut adik tu..."akak, saya taknak balik..." pergh, apa aku nak cakap dengan budak ni...aku fikir dan kaunseling habis kat budak tu, akhirnya balik gak budak tu walaupun sedih...ada gak kawan2 dia yang salahkan aku sebab suruh dia balik, takperlah biarlah aku dan pihak pengurusan saja yang tau reason nya...yang penting ia untuk kebaikan semua...

Banyak juga ilmu dan pengalaman yang aku dapat...dan sekarang mathurat tu mmg menjadi amalan setiap pagi dan petang, al-quran pun tak tinggal, kalau tertinggal mesti ganti balik waktu2 lain. Pergantungan dan tawakal dalam diri pun sentiasa pada Allah...begitu menginsafkan...

PJKN oh PJKN

Beberapa minggu lepas berpeluang jadi jurulatih Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN). Prgm ni lebih kurang sama macam PLKN cuma masanya hanya 10 hari dan khas untuk belia atau remaja. Macam BTN pun ada gak, biasalah modul2 kenegaraan tu mesti ada punyer...cemana la bleh tercampak join prgm ni yerk, xper2 pengalaman...

HARI 1 (JUMAAT)

Mcm blur2 prgm apa tapi redah jerlah...travel ke KL sorg2, sampai la ke sentul, pastu fetched by urusetia dan terus ke IIC sbb prgm kali ni dgn adik2 IIC. Dari IIC terus ke Jeti Lumut untuk ke P.Pangkor plak. Penat woo, travel seharian. Apatah lagi dari IIC tu tunggu bas lama giler, ada salah faham sket, masalah teknikal oleh pengurusan, xperla, may it be a learning point to be correct afterwards. Sampai jeti terus naik feri dan tiba di jeti pangkor terus ke Kem Raudhah...

HARI 2 (SABTU)

Erm, permulaan prgm, mcm blur2 nak buat apa...ikut jer la rentak urusetia2 dan jurulatih lain. Pagi tu perasmian pgm dan after prgm baru briefing prgm bersama team jurulatih dan urusetia, pergh baru nak set xtvt ker diaorg ni, ops...kantoi plak 'kelemahan' diaorg. Petang tu ada la sket xtvt untuk pembahagian kumpulan dan merasa gak adik2 tu melihat keindahan pantai teluk nipah kat sana...ok la tu, kan??? Malam tu ada sikit soal selidik je.

HARI 3 (AHAD)

Full with outdoors activities!!! Bermula dengan trekking...biasa je...tak la thrill sangat except that stamina part...hu,hu,hu...dah lama rasanya tak buat xtvt ganas2 macam ni, terasa tak kuat stamina je tapi buat2 kuat jerlah...Lepas tu ada blind trail, kali ni jalan dlm kumpulan dlm keadaan bertutup mata kecuali ketua kumpulan. Best jugak kacau budak-budak ni tapi ambik kau, kena tendang skali dgn sorg adik ni, tu la jurulatih nakal sangat...sebenarnya tak la nakal tapi menjalankan tugas je...Nak dijadikan cerita, mata ditutup sehinggala meeka terpaksa makan tengahari dlm keadaan bertutup mata...best tengok aksi adik2 tu, ha, rasakan mcm mana org buta hidup selama ni...Petang plak ke pantai tapi sayang...hujan plak waktu tu...dek kerana ajakan adik2 tu terpaksa gak terjun laut w/pun taknak, xperlah...Malam pulak ada treasure hunt, best betul kod tu...semua blur kod apa ke benda ntah yg diaorg dpt, pening tengok tulisan macam ni ---> GERNFHER UHAG, ending nya sbnrnya nak bagi mereka ni bersatu atr semua...lepas tu bleh la adik2 ni berehat...tapi...bermula ceritera 'aku & makhluk halus' mlm tu...tapi next post plz...kiter citer khas lain punya post yer...

HARI 4 (ISNIN)

Pagi tu, bgn dlm keadaan yg letih, tak cukup tido punya pasal...ada sikit xtvt dlm kumpulan, biasalah...games2 berbentuk team building. Petang plak buat sesi debat, ada group pembangkang, ada group kerajaan dan each group perlu sediakan hujah2 untuk di present kpd semua tapi malangnya...masa tak cukup so kita sambung malam plak...Malamnya tak sempat masuk isya', sesi 'aku & makhluk halus' menerpa...(smbg post khas). Tak dapat la nak sambung sesi presentation debat malam tu...semua masuk tidur dlm ketakutan kot...sabar jer la...

HARI 5 (SELASA)

Untuk dua hari seterusnya sesi dikendalikan oleh fasilitator luar, best gak xtvt, byk team building games, dan byk gak xtvt patriotik nyer cuma pendekatan tu berbeza dari yg pernah aku ikut. Pagi tu pembahagian kumpulan baru, ha,ha,ha...angin jer adik2 ni sbb dah ada group yg kamcing giler tiba2 kena bubar dan buat kumpulan baru. Task utk hari itu adalah nyanyikan lagu yng diberikan dan lakonkan sketsa yang menterjemahkan isi kandungan lagu patriotik yang diaorg dapat. Komen aku, best dan kreatif...spontaneous actors la adik2 ni...Malam pulak ntah apa plak xtvt 'breaking stone' tu tapi konklusinya...semua perlu bersatu especially 'ORG MELAYU' untuk mencapai perpaduan dalam negara...Lepas tu jadik lagi alkisah 'aku & makhluk halus' tu...urgh, bleh giler aku tiap2 malam mcm ni.

HARI 6

Pagi tu aku tak ikut xtvt langsung sebab menjaga adik kesayanganku di bilik, so ntah apa game diaorg, tengok ada ikat2 kaki, pastu main2 belon lagi...mcm best tapi aku sendiri tak larat nak join...penat betul badan. Petang plak adik tu dah ok so, dapat la aku join xtvt. Petang tu main undi kwn2 keluar dr kumpulan plak...aduh, bermain dgn hati dan perasaan ni mmg menyakitkan...terasa woo!!! Sekali lagi, nak uji perpaduan adik2 ni je...in the end mereka sedar ttg kesetiaan kawan, kesatuan bersama sahabat2, mmg best gak tgk diaorg berjuang habis-habisan...cool!!! Malam plak sesi 'kapal karam' yang pd awalnya aku tak join sbb temankan adik kesayangan kat bilik tapi dek ngantok giler so switch dgn kak khairul jaga adik tu, aku plak pi join xtvt. Pergh, mata ni mmg tak tahan betul...almaklum dah beberapa hari tak lena tidor...bertahan jugak waktu adik2 tu berusaha menyelamatkan diri, merayu-rayu bagai nak rak kat kapten2 kapal, yang tak lepas tu mmg sedih lar...yang lepas tu mmg bagai dapat nyawa baru...ada sedih, ada haru, ada gembira, ada semangat...mmg best, terserlah diri mereka yg sebenar.

HARI 7

Erm, pagi tu aku uruskan kepulangan adik kesayanganku dulu baru join xtvt. Pagi tu adik2 diberi task utk membina istana pasir...tema nya bangunan yang bertamadun, hmm...mcm2 gaya ada...sempat gak bermandi-manda lps siap istana pasir tu. Petang plak main game kat tepi pantai..aduh...hujan lagi...tak sempat nak habiskan main game, hu,hu,hu... Malam plak ada sesi ceramah kot...tak ingat la plak...

HARI 8

Hari berkhidmat masyarakat!!! Best gak jadi mandur ni...he,he,he. Pagi tu adik2 lelaki berkhidmat masyarakat di masjid dan kawasan perkuburan dan adik2 perempuan di tepian pantai. After lunch ada beberapa adik2 yang dipilih utk ke sebuah pulau untuk berkhidmat masyarakat di sana, aku pun ikut sekali, best gak!!! Yg lain2 tu masih di tepian pantai jer. Bila kami pulang, lepak je tepi pantai...aiseh, mcm pergi bercuti je...Malam plak rileks lagi...isi borang soal selidik.

HARI 9

Penuh dengan sesi gotong-royang untuk sesi malam penutup dan persembahan mereka, penuh dengan kreativiti, penuh dengan gaya tersendiri...mmg best. Malam tu berBBQ, bergembira dengan persembahan adik2, okla tu, malam terakhir di sana...

HARI TERAKHIR...

Jom balik...!!! Pagi tu kemas2 brg dan kawasan kem dan bertolak pulang...sampai jeti lumut biasalah shopping jap, he,he,he....selesai alkisah 10 hari di Pulau Pangkor...

Pengalaman mmg bukan mudah ita dapat dan kadang2 ada yang manis dan ada juga yang pahit, semua terpaksa ditelan, dihadam, yang baik dijadikan teladan, yang tak baik dijadikan sempadan, yang penting diri sendiri perlu bersedia sentiasa dan kuat iman.

Rindu pada semua adik2 tersayang...

Athirah, Fifi, Husna, Sarah, Ain(MB), Ain(yg sakit asma), iman, fifi, lukman, udin, is, shafri, dafi dan lain2 yang tak tertulis disini...korg mmg best, good luck, belajar rajin, jadi manusia berguna yer!!!