Selasa, Disember 27, 2011

Rutin kerja kembali...

Well, sape yang nak penatkan diri bekerja kan? tapi kalau tak kerja mana nak dapat rezeki kan?

Pagi tadi dah mula meeting kat sekolah, alhamdulillah, ada cikgu-cikgu baru termasuk cikgu j-QAF, yeay!

Esok dan esok dan esok dan esok bakal kesibukan dengan persediaan praktikum dan kerjaku melayan anak murid, harapnya lebih baik dari sebelum ni.

Aku teringat kata-kata GB tadi, " ada setengah cikgu yang dah ada momentum tapi speednya tak jugak so next year i want speed, ok!" hmm, aku la salah sorang tu sebab awal masuk sekolah dulu giler punya rajin n baik tapi bila dah tau perangai cikgu2 lain aku pun terpaksalah slow down n ikut rentak diaorg dan aku pun terus down, down, down...huhu...jangan buat gitu yer wahai diri, tahun depan penentu sama ada dapat terus berkhidmat atau tak yer so do your best Insyirah!

Doakan saya yang bakal praktikum dari 30 Jan 2012 hingga 27 April 2012 pastu bakal menghadap kertas peperiksaan akhir plak pastu kalau ada rezeki diinterview SPA dan kalau ada lagi rezeki dapat surat posting terus dapat berkhidmat dengan jawatan tetap...aminnn...

Selangkah Merubah Dunia

Thanks for considering my suggestion...ha ha...the person might not read this but i do thank her for taking one of my suggestion at least you use it at the right place, just love it!

May the programme become awesome programme!

Selangkah Merubah Dunia!!!

Jumaat, Disember 23, 2011

Jurnal Of Love (JoLOVE)


dah lama cari sketch book dan akhirnya jumpa yang sesuai...
akhirnya ada jugak tempat alternatif untuk aku ekspresikan luahan hati yang terpendam ni selain melalui facebook dan blog tapi yang ni lebih private yang aku dan Allah je tau...
so far dah 11 m/s terconteng dengan macam-macam grafik dan seni tulisan

dimana JoLOVE? aku je yang tau...
bila aku ngadap JoLOVE? bila-bila yang aku terasa nak conteng dia
berkesan ke JoLOVE? so far, not bad...bila minda terfokus buat sesuatu hilang semua stress dan tekanan dan aku...kembali tersenyum dengan hasil kreatif tangan sendiri....

Insyirah, be strong ye!
Jauh lagi perjalananmu...
kalau tak kuat macam mana nak jadi khalifah
kan,kan,kan...

(^_^) senyumlah walau hati pedih...
Allah bersamaku...

T_T

T_T

sekejap je kan Allah bagi senyuman pada aku...lepas tu Allah uji aku balik, tak tahan pedih mata nak nangis, sakit kepala tahan nangis, sesak dada tahan sakit...

Alah nak kuatkan hati saya ye? terima kasih

I Love U Allah...

isk..isk..isk..isk

T_________________T

Isnin, Disember 19, 2011

Allah dah bagi jawapan...be strong!!!

KENAPA AKU DIUJI ??
Qs. Al-Ankabut : 2-3

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
Qs. Al-Baqarah : 216

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST???
Qs. Al-Imran : 139

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

titipan buat hati


Keluhan demi keluhan
Rintihan demi rintihan
Luahan demi luahan
Tangisan demi tangisan

Entah bila kan reda, entah bila kan henti
Masih teringat lagi pesanan seorang teman..."dakwah itu tetap terus berjalan tanpamu, kalau kau pergi kau akan rugi tetapi jalan dakwah ini akan tetap terus berjalan..."

Sedih rasa diri ini tak pernah mahu istiqamah, tak pernah mahu kentalkan jiwa untuk terus berjuang, tak pernah mahu kuatkan semangat...
selalu putus asa, selalu mengeluh, selalu bersikap 'tak kisah', selalu 'buat bodoh'

Inikah aku???

Berat sungguh ujianMu Ya Allah....
Kadang kering air mata menangisi segala ujianMu
Kadang lemah seluruh tubuh menahan ujianMu
Kadang terasa luruh hati ini menahan perit dan pedih ujianMu

Ya Allah
Aku tahu Kau sentiasa disisiku walau kadang aku cuba menghindar dariMu

Kuatkan jiwaku, mantapkan imanku, semarakkan semangatku, istiqamahkan hatiku
Untuk terus di jalanMu
agar aku mampu mengajak yang lain turut bersamaku
agar aku mampu menjadi pembakar semangat buat teman-teman seperjuangan yang lain
agar aku mampu membahagiakan ibu dan ayah yang turut sama di jalanMu
agar aku mampu berganding bahu bersama suamiku di jalanMu

kerna hati bicara...


Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara

Terkadang tak perlu terucap kata-kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bagian hidupku
Karena hati bicara

Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

Terkadang tak perlu terucap kata-kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bagian hidupku
Karena hati bicara

Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

Ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

"OST Dalam Mihrab Cinta"

Ahad, Disember 18, 2011

Aku dan dia [di jalan dakwah ini...]

Alhamdulillah, rasa seronok dan hati tersenyum gembira. Kenapa?

Inilah kali pertama kami bersama dalam satu program yang sama sebagai suami isteri. Kalau diimbas kembali kenangan lalu di medan dakwah ini terutama di medan remaja, memang selalu je kami bersama-sama kendalikan program cuma belum tiba detik hati kami bertemu (^_^)

Memang seronok bila bersama-sama disisi dia dalam program yang sama, bukan kerana dapat melihat dia setiap masa, bukan kerana dapat tahu apa kerjaan dia tiap masa tapi bila medan ini, jalan dakwah ini kami jadikan medium kebersamaan kami. Terasa semangat dan jiwa ini kembali terbakar untuk terus istiqamah di jalan dakwah ini.

Memang kebelakangan ini aktiviti dakwahku tak serancak dan selaju dahulu, malah usrahku bukan lagi usrah yang semanis dan seindah dulu....tapi aku sentiasa positif dan redha.

Alhamdulillah, terubat sedikit hati yang lesu dari aktiviti dakwah ini dengan kebersamaan kami di jalan dakwah ini. Terima kasih buat yang tersayang, moga kita tetap istiqamah di jalan dakwah ini dan sama-sama saling berganding bahu menyokong satu sama lain...aminn...

Rabu, Disember 07, 2011

Punca Sebenar Revolusi Syria ---> JOM BACA!

Copy paste dari seorang juniorku...Irfan Masiri, thanks dik!

Alhamdulillah hari ini 05/12/11, saya(irfan masiri) diberi kesempatan untuk mendengar tentang bagaimana revelosi Syria berlaku dan apakah kekejaman yang telah dilakukan oleh kerajaan Syria ini.

Yang beri talk pasal revolusi Syria ini ialah Syeikh Hassan Al-Hindawi. Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria.

Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?

1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oeh media2. So, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.
2) Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah putarbelitkan fakta.
3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di paper bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4) Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5) Kita banyak tak tahu ttg isu syria selama ni sebab media telah dikawal oleh pihak rejim.. manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki syria utk membuat liputan.. segala gambar dan video yg menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman drpd para demonstran yang btekad utk merakam sndr kezaliman tsebut dan kbykn drpd mrk telah menemui syahid.. sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim basyar asad dgn harga 100 dolar.. syeikh dr khaled hasan al hindawi merupakan delegasi khas syeikh dr yusuf al qardhawi ke asia tenggara utk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar..

Punca Revolusi.

puncanya bila ada sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu didinding sekolah mereka.apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.slogan ini telah dilaungkan dinegara2 yg berrevolusi.bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini.mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka.salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan.kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.lantas berlakulah revolusi di Syria.

Rakyat Marah.

1) kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.
2) Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum.itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.

Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)

1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.ini serius kejam.
2) 39000 orang telah cedera.mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Bunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka.sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni.beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.tetapi beliau melawan.lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
8) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
10) Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni.. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri drpd 3 keluarga besar, 6% drpd posisi tersebut pula drpd kaum ajam dan 10% lagi drpd golongan kuffar.. tiada posisi bg ahli sunnah wal jamaah.. kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi israel.. rakyat2 sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang israel pun tidak ditumpahkan darah.. hasbunallahu wa neemal wakeel.

Berita Baik.

1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo. mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan2 arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. tapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedimikian kerana Pemimpin Sryria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
4) 95% ulama' Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

ini sahaja yang mampu saya beritahu perihal apakah sebenarnya yang berlaku di Syria sana.

semoga kalian dapat menyebarkan ia kerana ia merupakan perkara benar dan manusia2 diluar sana harus tahu tentang ini.

semoga Allah redha akan usaha kita.

syukron.terima kasih.thank you.

p/s: tulisan senget itu saya tambah setelah ambil dari mereka2 yang ikut sekali dalam talk mengenai Syria ini.

Selasa, Disember 06, 2011

diri ini selalu macam ni...kadang tak terluah apa yang diri ini harapkan tapi semua orang suruh cakap jugak...slow talk, huh, tak mampu, tak kuat... ='(

Ya Qalb, limaza??? be strong, Allah knows what inside you and ask Allah whatever you want instead asking from others...Allah will always give His love, His care, His everything!

sapu habuk n sawang

Masya Allah sibuk yang amat!
Terima kasih Allah atas kurniaan masa yang cukup padat dengan macam-macam aktiviti....dari urusan nikah, walimah, kehidupan sebagai isteri, kalut dengan xtvt sekolah, kursus dalm cuti dan hinggalah hari ini...
Malam ni agak buntu nak siapkan 'se' lagi assignment...esok pun ada exam bahasa inggeris tapi rilek bagai la aku ni...
Teringin Allah beri sedikit kekuatan, sedikit kebijaksanaan, sedikit penerang minda, sedikit penenang hati...

"will try to activate back my blog activities soon"