Selasa, Ogos 05, 2008

Erti sebuah persahabatan

La yu'minu ahadukum illa yuhibbu liakhihi...

"Tidak beriman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya"

Ya Allah, Kau kurniakan kasih dan sayang dalam diri ini buat sahabat-sahabatku, moga imanMu kugapai, amin...

Tidak dinafikan dalam setiap fasa kehidupan kita pasti kita punya teman disisi. Teman penghibur hati, teman pengubat duka, teman berkongsi rasa, teman penguat semangat, teman untuk segala-galanya!!!

Aku juga punya ramai teman, seingat aku sejak kecil, sejak disekolahkan di tadika sehinggalah aku tamat pengajian di universiti. Macam-macam ragam dan karenah mereka, ada yang baik, ada yang pura-pura baik, ada yang berkawan dengan motif tertentu tapi semua itu kuanggap pengalaman hidup yang mematangkan diri.

Yang pasti kawan yang terbaik pernah kumiliki adalah insan-insan yang bersamaku setiap detik ketika susah dan senang dalam jalan dakwah ini. Mereka tak pernah menjauhkan diri, mereka tak pernah menjatuhkan diriku, mereka sentiasa disisi walau siapa pun aku, mereka sentiasa memberi sokongan. Kenapa ya??? Kerana iman, kerana taqwa.

Seorang sahabat yang cukup kukagumi peribadinya, malah sentiasa menjadi penguat semangat dalam jalan dakwah, siapa dia...cukuplah hanya kudoakan dia sentiasa istiqamah dalam jalan dakwah dan terus-terusan menjadi pembakar semangat semua insan di jalan dakwah ini.

Dahulu aku cukup liat untuk ikut serta dalam mana-mana program malah kadang terbit nafsu syaitan yang meng'ah'kan segala ajakan-ajakan iman ini. Tiba-tiba muncul seorang insan yang peribadinya cukup baik, malah semakin hari, semakin hebat di mata semua orang. Hati aku tertanya, "siapa dia???", "kenapa dia???", malah namanya sentiasa meniti di bibir setiap orang malah mama dan abah pun sentiasa memuji.

Mula terbit rasa cemburu, rasa dengki tetapi kusalurkan rasa cemburu dan dengki itu dengan baik. Aku mula kembali kepangkuan iman, kembali mengikut program, kembali beraksi di medan dakwah. Tujuan aku tika itu hanya ingin mengenalinya dan melihat siapa dia sebenarnya. Ya, memang benar dia cukup baik, cukup hebat, malah berhati mulia. Cemburu dan dengkiku kini menjadi api pembakar semangat dalam kerja-kerja dakwah. Aku ingin seperti dia, aku ingin iman seperti dia, aku ingin taqwa yang seperti dia, aku ingin terus istiqamah dalam nur iman ini.

Terima kasih buat sahabatku...walaupun kita jauh, walaupun kita jarang bersua, walaupun kita jarang berhubung tetapi perjuangan yang kita lalui ini cukup mendekatkan hati-hati kita. Kau tak pernah jauh dariku, kau tak pernah menyisihku, kau sentiasa perbaiki diri ini, kau sentiasa mendoakan ku, terima kasih tak terhingga!!!

Terima kasih jua buat sahabat, teman, kawan yang hadir dalam setiap fasa kehidupanku...
di TADIKA IHSAN

di SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 1 (raihan,nora,syazreen,noraliza,fahd,devin,faiz,fir,fairuz,ayu,shahira dan ramai lagi)

di SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 2 (kamaliza,ungku,raja,ezalia,shommana,adila,hazwan,naim,aizat,najib dan ramai lagi)

di SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH (dzihin,kak nurul,akak,wardah,safura,sakinah,afiqah,fiza,dayah,raudhah,aisyah,wani,'umayr,ihsan,salman AR,salman H,haizad,zhafri,ezmin,fuad,faiz dan ramai lagi)

di UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI (ida,eliy,aina,mas,sherry,muli,mahmudah,pikah dan ramai lagi)

di UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (naz,irma,imah,laila,fida,sen,ira,umairah,najwa,kak su,kak fidzoh,kak ummee,husna,wada,shahida,aqmal,syakir,firdaus,amri,kassim dan ramai lagi)

Terima kasih buat semua kenangan dan memori kita bersama, tak mungkin aku dapat lupakan.

Tak lupa teman-teman seperjuangan di jalan dakwah...wardah, 'umayr, hafiz bai, wani, kak fida, kak muss, kak sal, pak long, pak uteh, abu nuha, dan ramai lagi yang tak tersebut di sini...aku rindu pada semua!!! rindu sangat pada suasana iman yang kita pernah kecapi suatu ketika dulu dan kini kita pula membaja iman buat insan-insan lain untuk sama-sama menikmati kemanisan iman ini.

Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosaku dan sahabat-sahabatku, Kau rahmatilah mereka, berkatilah apa saja yang mereka lakukan. Kau berilah mereka kekuatan iman, Kau lindungilah mereka dari segala musibah mahupun godaan syaitan. Kau kurnikanlah segala redhaMu kepada mereka ya Allah, sesungguhnya mereka cukup bermakna buat diriku, Kau kasihilah mereka, Kau letakkanlah mereka dalam lindunganMu ya Allah....amin...

Tiada ulasan: