Khamis, Ogos 21, 2008

Filem WALL-E

Dah tengok Wall-e??? Kelmarin bawak adik-adik tengok cerita Wall-e kat Jusco Tebrau City.


Mulanya ingatkan tak best sebab tak baca pun sinopsis cerita, just ingat nak bawak adik-adik tengok wayang je, boring dok umah...

Sampai kat TGV memang tepat-tepat je masa jam 2.30ptg, beli tiket terus masuk hall.

Comel jugak wall-e ni walaupun dah agak lusuh, kotor, berdebu dan selekeh tapi yang best nya wall.e ni cermat, kemas, tersusun, sistematik, kira macam robot yang mempunyai hati manusia.

Asalnya memang kita tahu robot ni biasanya dicipta untuk tujuan tertentu dan ia akan mengikut sistem yang telah ditentukan oleh pencipta robot tapi nak tau kenapa wall.e boleh ber'hati manusia' ??? Sebab dia tinggal sorang-sorang di bumi, kawannya hanya seekor lipas dan rutin hariannya hanya mengumpulkan sampah-sampah dan memampatkan sampah-sampah tersebut. Bila dah mampat disusun elok-elok sampai jadi bangunan, fuh, memang tersusun. Bila dia tengok benda pelik sikit terus dia ambil dan simpan di rumahnya.

Suatu hari ada satu robot lain dari axiom (kapal angkasa yg dihuni manusia setelah meninggalkan bumi) datang ke bumi dan tugasnya adalah mengesan hidupan di bumi. Jadi berkawanlah wall.e dan robot itu, namanya eva, comel banget!!!

Nak dijadikan cerita bila eva balik, wall.e ikut tapi sayangnya...manusia ketika itu dah 100% bergantung pada robot, habis semua gemuk-gemuk, tak boleh berdiri apatah lagi berjalan dan berlari. Robot-robot dalam sistem axiom ni kirakan dah menguasai seluruhnya kehidupan manusia dan bila wall.e dan eva bawa hidupan berupa pokok dari bumi terus robot-robot ni marah sebab itu tandanya manusia boleh pulang ke bumi.

Terjadilah pergelutan antara manusia dan robot tapi akhirnya robot menang, yeay!!! Dan mereka semua pulang ke bumi semula...

Kesimpulannya manusia ni tak boleh 100% bergantung pada teknologi tapi tak bermaksud meninggalkan terus teknoloi cuma bila menggunakannya kenalah pada tempat dan keadaannya.

Tiba-tiba terfikir kalaulah Tuhan tarik semua nikmat teknologi ni macam mana lah kehidupan manusia ye...mesti terkial-kial nak buat kerja, kan? Sedangkan bila terpaksa hidup susah sedikit pun kita kadang-kadang mengeluh apatah lagi jika ditarik semua nikmat, nauzubillah, minta dijauhkan...

Apa pun yang penting bersyukurlah...semoga langkahmu, dirimu, dirahmati Allah, diberkati Allah...amin...

1 ulasan:

Pak_Im berkata...

mungkin wall-e ni cicit jonny 5 tak? kenal jonny 5 ke...