Jumaat, Mei 23, 2008

Simpanan kepada Pelaburan..let's read n think (^_^)

Kebanyakan dari kita sekarang terutama orang Melayu jarang memikirkan tentang perancangan kewangan dan terkadang ia boleh membawa kepada keruntuhan institusi keluarga. Memang DUIT bukan segalanya tetapi keadaan memaksa kita semua memikirkan sejenak betapa pentingnya duit bukannya menjadikan duit segala-galanya, planning wisely, use it wisely, then the money will benefit you in life.

Salah satu merancang kewangan untuk masa hadapan adalah pelaburan dan pelaburan bukanlah susah seperti yang yang diperkatakan orang malah jika punya sedikit ilmu pun sudah cukup untuk menjamin masa hadapan kita.

Enam cara untuk menukar simpanan kepada pelaburan adalah melalui :

1. AKAUN SIMPANAN
2. DEPOSIT TETAP
3. HARTA TANAH
4. INSURAN HAYAT
5. UNIT AMANAH
6. PASARAN SAHAM

Kenapa ye? Jom baca lagi...

1. AKAUN SIMPANAN
#YANG BEST
-Mudah dibuka dan dijaga
-Keperluan minimum, munasabah.
-Akses tunai adalah fleksibel

#X BEST
-Pengeluaran tunai mudah, cemana nak kawal simpanan,kan?
-Kadar faedah rendah

2. DEPOSIT TETAP
#YANG BEST
-Kadar faedah tinggi sikit dari akaun simpanan
-Wang tidak boleh digunakan sembarangan

#X BEST
-Kadar faedah mungkin lebih rendah dari kadar inflasi
-Pengeluaran kurang fleksibel

3. HARTA TANAH
#YANG BEST
-Rancangan 'simpanan-paksa' yang baik
-Pelindung nilai dari kadar inflasi
-Pulangan yang lumayan ketika ekonomi naik

#X BEST
-Pendahuluan permulaan yang tinggi, perlu ada kelayakan untuk buat pinjaman di bank
-Skim pembayaran balik gadai janji jangka panjang yang tidak fleksibel
-Tak boleh segera tukar kepada tunai.

4. INSURANS HAYAT
#YANG BEST
-Instrumen simpanan serta perlindungan yang bermanfaat
-Galakan membuat simpanan kerana penalti yg dikenakan jika tarik diri sebelum insurans matang
-Rancangan 'simpanan-paksa' yang berkesan

#X BEST
-Pulangan rendah berbanding pelaburan jangka panjang yang lain
-Kurang fleksibel

5. UNIT AMANAH
#YANG BEST
-Pelaburan plg sesuai bg penyimpan yang buat simpanan kerap
-Kos permulaan tidak sekecil yang dikehendaki akaun simpanan tetapi munasabah
-Pelaburan mudah bertambah berasaskan simpanan kerap
-Manfaat diperoleh melalui purata kos dolar
-Penyediaan portfolio pelaburan yang seimbang yang anda tidak perlu uruskan sendiri
-Boleh menjual unit apabila harga memuskan pada bila-bila masa

#X BEST
-Mungkin terjejas akibat turun naik pasaran saham dimana tabung tersebut dilaburkan.

6. PASARAN SAHAM
#YANG BEST
-Lebih memberansangkan berbanding akaun semasa
-Pulangan yang banyak apabila kena pada masanya

#X BEST
-Jumlah yang besar diperlukan untuk memasuki pasaran saham
-Bukan untuk penyimpan biasa yang melabur beberapa ratus ringgit sebulan
-Perlu banyak maklumat dan nasib yang baik untuk urus sendiri pelaburan untuk berjaya.

Jadi, anda sudah baca, fikir-fikirkanlah apa tindakan anda seterusnya. Sememangnya kita punya simpanan tetapi kita perlu juga memikirkan peluang-peluang lain supaya pilihan dan sumber pendapatan kita lebih banyak...

Ke Arah Minda Kewangan Efektif... (^_^)

Need to invest??? Contact me Insyirah 013-3538607 for Islamic Investment Way, i'll consult and guide you.

Tiada ulasan: