Isnin baru2 ni aku daftar KWSP, saje-saje nak guna untuk masa depan walaupun unemployed lagi. kemudian merayap, jalan-jalan ke Angsana, Mydin, singgah pulak Iman ELC untuk ambil barang.
Tiba-tiba.....aku terima satu panggilan....mmg tak bersedia tapi.....terima je la....someone from Ibzi Star Asia Group called me, inviting me for an interview that afternoon. Aduh, apa ni??? Bila di'flashback' semula hidup aku....owh...ni ke company kawan abah yang nak tolong sangat aku dapat kerja kat tempat dia....ok je la...ptg tu aku pergi sendiri ke sana, almaklum dekat je dengan umah, 5 minit sampai.
Aku ingatkan sorang2 je interview, rupa2nya adala lagi yang dtg untuk interview. Bila part aku ni macam senang betul nak dapat, interview dengan pegawai kat situ, Ms Teo pastu kena jumpa bos plak....hentam je la....bila jumpa bos plak baru tanya sket....dia terus call Ms Teo. Hbs je dia call terys dia tulis benda ntah kat borang aku, tau2 je dia terus bgtau aku boleh keje situ, bhgn tpt aku keje, gaji dan dia tanya bila boleh mula, mau tergamam aku kat situ....betul ke ni???
Betul cik insyirah....nak mimpi apa lagi....bagus jugak guna kabel ni tapi aku tak suka sebenarnya. aku lebih suka orang nilai diri aku dari apa yang ada pada diri aku bukan sebab mak, ayah, adik-beradik, sedara or siapa2. Tak kisahla untuk hal ni, kalau dapat keje sekalipun aku kena jugak kerja keras untuk prestasi aku sendiri, kalau tak memang tak lama la aku dok kat tpt tu....
Thanks to abah for ur help...takpe la kerja ni pun untuk sementara waktu sebelum bisnes aku stabil. At least duit tu masuk dengan adanya keje ni, tak la susahkan mama, abah bila nak konvo nanti. Uish nak konvo plak??? best nyer!!!
Takpe itu citer lain kali....insyaAllah next week, 2hb aku mula kerja, waduh mesti letih n bercelaru hidup aku bermula minggu depan, huh....tapi best!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan