Rabu, Mei 14, 2008

Satu Fasa Kehidupan...

Salam...

Aku baru saja tamat belajar, alhamdulillah..sekian lama meninggalkan zaman penulisan blog, jadi sekarang nak mula semula, bukan apa nak buat marketing sket, kira macam serampang tiga mata...

Satu lagi fasa kehidupan...kerja! susah juga yer...perancangan selepas belajar lebih kepada bisnes, itu minat aku...bisnes apa ye? hmm,banyak juga dalam kepala, kena tengok satu-satu, tengok pasaran, costing, material, woah, banyak tu kena tengok, tak per buat satu-satu and slowly...x larat jugak nak buat sekaligus.

Baru ni pun dapat juga tawaran kerja sebagai duta di KLIA. Kerjanya macam perkhidmatan pelanggan jer tapi part yang susah sebab kena takallam bi lughah al-'arabiyah. Waktu pergi interview (12/5/2008) memang cuak sangat, takut tak boleh nak buat,almaklum bahasa arab tak la bagus sangat, qalil-qalil je...disebabkan bilangan kami tak ramai so semua yang mohon diterima termasuklah aku dan kami takde interview pun, buat ujian suara dan bahasa,kemudian jalan-jalan keliling KLIA, nak familiarkan dengan tempat kerja la kononnya. Seronok jugak dapat tapi mau pening sebab semuanya datang mendadak, mana la nak cari umah sewa, nak atur kenderaan nak pi kerja, susah-susah!!!

Tapi...alhamdulillah semuanya selesai malam tu jugak. Dengan bantuan kawan-kawan dan pensyarah, umah sewa dapat, kenderaan pun selesai...lega, so malam tu makan-makan la belanja kawan-kawan.

Esoknya bila balik dan bincang-bincang dengan mama abah, hmm.........banyak pros dan cons nyer. Keputusanku......teruskan perancangan yang dah dibuat ----> mulakan bisnes di Johor...lebih kepada nak bina empayar bisnes famili la ni....lagipun banyak sebenarnya kerja yang nak dibuat di Johor ni terutama dengan Team KRJJ yang dah lama kutinggalkan...yeah, tak sabar nak buat comeback dah ni!!!

Dalam fasa kehidupan kali ni memang banyak dilema, dengan mak, ayah, tempat, syarikat, pendapatan, peluang, diri sendiri pastu kalau ada yang tersayang memang la terpaksa berkorban, he,he,he.....but not me w/pun rasanya ada la jugak pengorbanan tu, ehem,ehem...memang menguji kesabaran dan ketahanan emosi betul tapi semua itu kalau kita mampu berfikir secara rasional insyaAllah keputusan yang dibuat pasti yang terbaik dan seterusnya buatlah yang terbaik dengan keputusan yang dibuat.

Cuma mengharap agar semua perancangan dapat terlaksana...bukan senang tapi tak mustahil...aja-aja, chayok wahai diriku!!!

Sedih jugak tak dapat bersama kawan-kawan menimba pengalaman bekerja di KLIA tapi takperlah, rezeki aku disini dan mereka di sana lagipun aku lebih diperlukan di sini, just be it. Alhamdulillah sempat juga belanja kawan-kawan terutama yang mana dah janji, takut jugak tak dapat tunai janji, susah nanti...

Aku harap dan berdoa supaya perancangan aku berjalan baik dan kawan-kawan lain pun dapat menjalani satu fasa kehidupan baru iaitu kerjaya!!!

Tiada ulasan: