Isnin, Mei 19, 2008

Lesenku...suka hati aku je...

Hmm, dah 7 hari balik ke JB...korang nak tau sesuatu?

Hari Khamis drive ke Senai Airport hantar abah yang nak ke Sarawak, pastu singgah umah Wani tengok baby 'Farahiyatul Afifah' yang macam anak jepun tu.

Next day aku tak kemana-mana, ok la tu.

Sabtu plak aku drive kereta ke Komplek Islam JB, jauh gak tu...malam tu sepatutnya aku ke Skudai tapi dek kerana malas dan jauh, lagipun esok paginya nak kena ke Skudai lagi so tak pergi la program malam tu.

Ahad plak aku ke Rumah Alumni UTM untuk AGM PaLS...pun jauh jugak, mlm tu pun nak kena hantar adik aku ke Skudai, again...........tapi sebab dah tersedar sesuatu so tak jadi hantar la.

Hmm....punyalah jalan jauh-jauh bawak kereta sana sini tapi tak sedar lesen dah mati since 27/4/2008, dek kerana nasib diri ni baik so takde apa2 la yang berlaku klu tak memang nahas la. Esok la baru nak renew lesen, ala...duit lagi. Selain lesen, IC pun nak kena buat baru sebenarnya, kena tukar alamat dan IC tu pun dah hampir rosak sebab terlipat kat mana ntah, teruknya perangai 'careless' aku ni, he,he,he.... ^_^

Tiada ulasan: