Khamis, Mei 15, 2008

Bekerja bagi Wanita

Benarkah wanita yang berkerjaya tidak mampu menyeimbangkan kehidupan mereka antara kerja dan keluarga? Ataukah ia hanya stereotaip budaya kita di Malaysia??? Kadang-kadang ada betul dan ada juga yang menafikan hal ini.

Aku sendiri sememangnya seorang yang cukup aktif dan tidak mustahil dalam menempuh alam kerjaya aku juga tergolong dalam golongan itu. Terkadang aku ingin lari dari kenyataan tapi semakin jauh aku dari kebiasaan itu, semakin janggal rasa hidup ini tanpa semua kerja-kerja itu walau ia terkadang membebankan.

Menjawab kembali persoalan awal tadi...ah, hanya stereotaip manusia saja!!! Setiap wanita harus sedar siapa diri mereka dan apa peranan mereka sama ada dalam kerjaya mahupun keluarga. Bila kesedaran itu ada tak mungkin persoalan tersebut timbul.

Dalam berkerjaya wanita harus sedar bahawa kerja mereka mestilah yang diberkati agar dapat mencapai kebahagiaan sepertimana Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Dunia itu manis dan indah, maka barangsiapa mengambil dunia mengikut cara yang patut, diberikan berkat padanya. Barangsiapa berusaha memperoleh yang diingini dengan tidak mempedulikan jalan-jalan yang diharuskan maka pada hari akhirat hanya neraka yang akan diterimanya."

Dalam memastikan kehidupan wanita seimbang antara kerjaya dan keluarga pastinya mereka perlu tahu bahawa tujuan mereka punya kerjaya hanyalah sebagai membantu mengukuhkan ekonomi keluarga tidak kiralah andai sudah punya keluarga sendiri mahupun belum. Mungkin bagi yang belum berumahtangga punya peluang yang lebih banyak untuk bekerja tetapi jangan dilupa ibu dan ayah juga adik-beradik yang lain kerana institusi keluarga adalah aset penting dalam kehidupan kerana tanpa mereka siapalah kita di dunia yang sementara ini.

Tak dinafikan terlalu taksub dengan kerjaya boleh menjadi punca keretakan institusi keluarga maka setiap wanita harus bijak memilih kerjaya yang sesuai dengan fitrah kewanitaan, jauh dari perkara-perkara yang dilarang syara', malah boleh menjadi satu medan atau medium berdakwah.

Seronok bila aku tengok pensyarah-pensyarahku yang cukup komited dengan kerja malah amal mereka cukup besar dalam mendidik anak bangsa. Dalam masa yang sama mereka masih mampu menjaga keseimbangan berkerjaya dan berkeluarga. Bukan hanya mereka tetapi ramai lagi contoh lain yang cukup aku kagumi, entah mampu atau tidak untuk aku mencontohi mereka tapi insyaAllah niatku sudah tersemat di hati.

Bukan mudah untuk mewujudkan keseimbangan tersebut tetapi wanita mana yang tidak mahu kebahagiaan, maka mahu atau tidak keseimbangan tersebut mesti dicapai dan usaha bukan hanya datang dari sebelah pihak...keluarga juga perlu memahami dan menyokong, bukankah hidup ini selalunya perlu memberi dan menerima???

Moga ada manfaatnya...wallahu'alam.

Tiada ulasan: