KRJ. Kelab Remaja JIM. Sudah hampir 8 tahun aku bersama KRJ bermula dari sebagai peserta program, fasilitator, pewaris KRJ, aktivis, pengerak, dan segala-galanya...Kenapa KRJ? Disitulah aku kenal kerja dakwah, disitulah aku kenal erti pengorbanan, erti ukhuwah, erti kehidupan!!!
Dah lama sebenarnya aku tinggalkan KRJ tapi hanya meninggalkan program je, hati, naluri, jiwa tu masih rindu teramat sangat!!! Nasib baik alam maya masih mengizinkan diri ini melihat perkembangan KRJ.
Dakwah. Itukan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Terkadang aku tertanya kenapa kawan-kawan yang pernah belajar agama dan tahu tentang tanggungjawab ini tak bersama-sama berada di jalan ini...kenapa ye? takut? tak minat? tak ada masa? semua alasan ni buat aku teringat satu kata-kata yang dinukilkan semasa Seminar Remaja Du'at...
"Beribu alasan boleh dicipta, tapi itu bukan kualiti da'i"
Bila difikirkan sangat tentang alasan memang terbengkalai kerja dakwah macam yang aku pernah lalui sebelum ni. Rasa berdosa jugak tapi yang berlalu biarlah berlalu, kini aku kembali semula, menebus kembali tanggungjawab yang aku tinggalkan, insya Allah...dan itu pastinya bersama KRJ...
Bukan senang nak kembali di jalan dakwah, terpaksa mujahadah. Jadi biarlah aku bermula dari tempat kaki mula melangkah kerana disitulah aku bertemu kemanisan ukhwah, keperitan berkorban, ketahanan hati untuk bersabar, kesedaran sebagai hamba Allah dan yang penting indah dan manisnya IMAN!!!
Aku harap langkah kaki kali ini akan sentiasa istiqamah. Aku takut juga tergelincir lagi tapi hanya doa dan pengharapan pada Allah saja yang mampu aku lakukan malah semangat dari semua kenangan, kawan-kawan akan dijadikan bekal untuk terus kuat dan teguh di jalan ini...
Jazakallah semua...KRJ tempat ku bermula...aku tinggakannya dan kini aku kembali...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan