Ya, Allah, sesungguhnya perancangan dan ketentuan Allah adalah yang terbaik.
Hujung minggu kali ni aku berpeluang berbakti untuk abah termasuk KBM di Asahan, Melaka. Perancangan program yang dibuat oleh kami ternyata tidaklah sehebat perancangan ALLAH SWT.
Aku terkesima, terkedu, tergamam dengan apa yang berlaku....kun fayakun...mmg Maha Hebat kuasa Allah.
KBM yang dirancang berjalan seperti biasa sehinggalh tiba malam hari....dek kerana peserta-peserta adalah golongan para pemandu UTHM, maka almaklum sendiri dengan umur, sikap, perangai, intelektual mereka. Bukanlah seperti peserta biasa...merka agak sukar menerima segala input yang diberi....maka malam tersebut kami susun satu dialog atr mereka dan pihak atasan mereka agar segala masalah terungkai antara mereka.
Ditakdirkan susunan Allah....salah seorang peserta yang mungkin aku layak panggil dia 'pakcik' telah rebah dipertengahan dialog. Keadaan kelam kabut bila pakcik tersebut tidak mampu bernafas, kancing gigi, aduh, masyaAllah aku jadi takut melihat keadaan di depan mata sendiri.....entah kenapa MATI adalah perkara pertama yang aku fikir. Ya, Allah besarnya kuasaMU!!!
Pakcik tersebut dihantar ke klinik terdekat kerana kami berada di kawasan yang agak jauh dari bandar. Ketika di klinik, beliau dikejarkan ke hospital tapi Allah lebih bijak mengatur program 'Meniti Angin Malam' tersebut dengan kejadian yang sebenar-benar terjadi. Pakcik tersebut meninggal dunia dan program KBM kami serta-merta dibatalkan.
Pagi esoknya kami merancang ke rumah arwah tetapi tanah perkuburan yang kami jejak kerana upacara pengebumian sedang dibuat. Ya, Allah, sekali lagi kebetulan!!! Ditakdirkan tanah perkuburan tersebut terletak di hadapan Sekolah Tun Ismail, sekolah yang cukup meninggalkan kenangan buat KRJ, sekolah yang banyak meruntun perasaan kami semua sebagai fasi dan penggerak KRJJ. Kebetulan juga kami baru saja menayangkan video klip prgm di sekolah tersebut kepada mereka semua, Subhanallah, Maha Hebat perancangan Allah...!!!
Hati aku sendiri tersentak dengan kejadian yang tidak disangka-sangka ini, malah aku juga mengalami kejutan yang lain yang juga terkait dengan hati, masyaAllah, tak terkata di lisan malah monolog dihati juga tak terluah....
KBM yang telah kutinggalkan..kini aku kembali tetapi kembalinya aku dengan kejutan yang cukup menyentap hati, Ya, Allah, ampunkanlah dosaku....istiqamahkan hatiku, bimbinglah daku...aku ingin terus di jalanMu, moga Kau kurniakan kekuatan...
Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Azman Adnan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan