Ahad, Ogos 08, 2010

diriku yang kehilangan

kawan. semua orang perlukan kawan termasuklah diri aku sendiri. entah kenapa aku terasa aku kehilangan semua kawan-kawanku, mungkinkah kerana terlalu banyak komitmen?

aku tak sedar sejak bila diri ini ditimbunkan dengan komitmen dan tanggungjawab yang banyak. sedar-sedar aku kehilangan masa yang mana sedikit demi sedikit masaku hanya untuk komitmen itu dan ini. pada aku hiburan sudah tak bermakna selagimana komitmen belum sempurna. aduh, kenapa aku boleh jadi begini?

sedar-sedar kawan-kawan sudah hilang, dan aku mula mendapat title 'workaholic' ! serius, aku tak suka tapi realitinya itulah aku. pernah aku cuba untuk melarikan diri dari komitmen dan tanggungjawab ini tapi ternyata dunia itu sudah sebati dalam diri. aku bagai kehilangan arah tuju tanpa komitmen dan tanggungjawab itu.

pernah juga aku cuba menjadi insan biasa yang leka dengan berhibur dan 'enjoy the world' tapi tidak, itu bukan dunia aku.

aku ingin menjadi manusia yang bebas, cukup walau sekejap cuma...mungkin kerana sudah penat, sudah bosan, sudah terlalu tepu...andai ada sekelumit masa...aku inginkan sesuatu untuk diri sendiri cumanya.....entah....semuanya bermula dari AKU!

Tiada ulasan: