Jumaat, Februari 19, 2010

[ U . S . R . A . H ]

Alhamdulillah, usrah dah berjalan bersama adik-adik lepasan SPM 2009, insyaAllah 3 org di PJ, 2 org di TD dan sorg lagi kena dicari kawan area PG, hu,hu...sian asma'

Jenuh juga nak setup usrah adik-adik ni, macam-macam halangan rasanya dan macam-macam alasan...harapnya dengan usaha sekerdil ini dapat juga aku menambah amal buat diri malah membantu adik-adik ni terus dalam tarbiyah, tidak hanyut dengan dunia semata. Kadang orang bertanya apa guna usaha begini andai mad'u belum pasti akan kekal disisi??? InsyaAllah aku doakan mereka tetap dijalan Allah ini, amin...

ni tengah dengar tazkirah oleh ain

ni pun sama, khusyuk dengar tapi sebenarnya ada yang tgh tahan nk pi toilet rupanya, kantoi...

jom bowling tapi empat orang je main, championnya umi

Umi tengah jadi sifu untuk asma'

Umi, Syahira, Asma', Fiqa, Ain dan Zimah, tq all of u (^_^)

Bagi menambah perisa ukhuwah sambil memanfaatkan cuti seminggu yang takde buat apa pun di rumah......so ajak la adik-adik ni buat usrah-outing di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Alhamdulillah dapat makan sama-sama, solat sama-sama, dengar tazkirah lagi, jalan-jalan dan main bowling kejap. Yang mana yang belum kenal akhirnya kenal, yang sudah kenal tambah erat dan yang sudah erat kini mesra, amin Ya Allah atas kurniaan waktu yang Kau berikan dan nikmat iman, islam dan ukhuwah yang terbina.

InsyaAllah next week kita kembali usrah seperti biasa (^_^)

Tiada ulasan: