Jumaat, Januari 29, 2010

Nametag

Ahaks, dah lama kot tak pakai nametag, rasanya since sekolah, lepas tu haram dah tak pakai tapi masih lagi tersimpan nametag sekolah dulu-dulu, satunya warna hijau waktu masih bergelar pelajar biasa dan satu lagi warna merah setelah bergelar pengawas, garang tu warna merah!

Ni nametag sebagai guru sebenarnya...tahun lepas tak di suruh pakai nametag lagipu guru kontrak je...

Tahun ni sekali lagi jadi guru, juga sementara tapi dek kerana sekolah tu sangat mementingkan disiplin dan memang mereka ambil berat setiap imej guru so kena lah buat...takde la mahal, RM5 sekeping so buatlah dua...mana tahu kot2 akan datang berguna lagi...

Sebenarnya tujuan tag nama ni adalah untuk dikenali dan mudah untuk orang panggil kita. Lagi satu sebagai contoh kepada pelajar ye lah budak-budak ni kalau tengok cikgu tak buat mulalah diikutnya tapi kalau bab nak suruh buat benda baik memang sampai menyirap darah dibuatnya, panas hati rasanya tapi "assobru minal iman..."

Ta'aruf - itu kalimah terbaik untuk mentafsirkan sesuatu perkenalan. Ia merupakan salah satu rukun dalam usrah dan ta'aruf bukan hanya sekadar kenal nama, tinggal dimana, umur malah lebih dari itu sehinggakan wujud suatu perasaan atau ikatan ukhuwah kerana Allah.

Mungkin dalam hidup kita sudah ramai yang dikenali tapi adakah semua insan itu sudah kita kenali sedalam-dalamnya???

Fikirkan, renungkan dan segeralah berta'aruf, tak perlu nametag pun takpe (^_^), insyaAllah, antara salah satu golongan yang bakal mendapat syafaat di akhirat adalah kasih diantara kedua orang yang bertemu dan berpisah adalah kerana Allah, jadi rebutlah syafaat yang sudah dilelong ini untuk talian hayat di akhirat kelak!

Tiada ulasan: