Sekolah Menengah Islam Hidayah. Dah lama rasanya aku tinggalkan sekolah tapi masih tetap dalam ingatan. Dalm minggu ini sekolah sibuk dengan sukan sekolah sempat juga jenguk-jenguk tengok adik-adik bersukan di sekolah sambil tunggu adik habiskan gamenya.
Semalam baru saja selesai sukan sekolah di Stadium larkin. Maaf la buat guru-guru dan adik-adik sekalian sebab tak dapat menikmati saat-saat me'release'kan tension di padang. Alhamdulillah keputusannya Biru, Merah, Hijau dan Kuning mengikut urutan kemenangan. tahniah buat semua.
Bagi alumni, walau sudah lama meninggalkan sekolah tetapi suasana semangat kesukanan tu masih ada malah dalam mailing list masih lagi berlumba-lumba membela rumah sukan masing-masing, seronok! kelakar pun ada juga...apa pun inilah ukhwah yang tercipta atas dasar kecintaan kita semua kepada perjuangan Islam.
Dan...atas dasar cinta dan tanggungjawab ini juga kami alumni masih lagi berusaha menyumbang kepada sekolah tercinta. Dan kini bertalu-talu harapan dari sekolah dan PIBG agar alumni juga berusaha menyumbang sesuatu kepada sekolah seperti menambahkan dana pendapatan guru dan staf dan juga sumbangan dana pembinaan bangunan sekolah baru. InsyaAllah doakan kami agar beroleh kekuatan dalam membantu sekolah disamping memperoleh berkat di jalan Allah ini.
SMIH...this is where the journey start off...thank you Allah!!!
Ahad, Januari 31, 2010
Jumaat, Januari 29, 2010
Nametag
Ahaks, dah lama kot tak pakai nametag, rasanya since sekolah, lepas tu haram dah tak pakai tapi masih lagi tersimpan nametag sekolah dulu-dulu, satunya warna hijau waktu masih bergelar pelajar biasa dan satu lagi warna merah setelah bergelar pengawas, garang tu warna merah!
Ni nametag sebagai guru sebenarnya...tahun lepas tak di suruh pakai nametag lagipu guru kontrak je...
Tahun ni sekali lagi jadi guru, juga sementara tapi dek kerana sekolah tu sangat mementingkan disiplin dan memang mereka ambil berat setiap imej guru so kena lah buat...takde la mahal, RM5 sekeping so buatlah dua...mana tahu kot2 akan datang berguna lagi...
Sebenarnya tujuan tag nama ni adalah untuk dikenali dan mudah untuk orang panggil kita. Lagi satu sebagai contoh kepada pelajar ye lah budak-budak ni kalau tengok cikgu tak buat mulalah diikutnya tapi kalau bab nak suruh buat benda baik memang sampai menyirap darah dibuatnya, panas hati rasanya tapi "assobru minal iman..."
Ta'aruf - itu kalimah terbaik untuk mentafsirkan sesuatu perkenalan. Ia merupakan salah satu rukun dalam usrah dan ta'aruf bukan hanya sekadar kenal nama, tinggal dimana, umur malah lebih dari itu sehinggakan wujud suatu perasaan atau ikatan ukhuwah kerana Allah.
Mungkin dalam hidup kita sudah ramai yang dikenali tapi adakah semua insan itu sudah kita kenali sedalam-dalamnya???
Fikirkan, renungkan dan segeralah berta'aruf, tak perlu nametag pun takpe (^_^), insyaAllah, antara salah satu golongan yang bakal mendapat syafaat di akhirat adalah kasih diantara kedua orang yang bertemu dan berpisah adalah kerana Allah, jadi rebutlah syafaat yang sudah dilelong ini untuk talian hayat di akhirat kelak!

Isnin, Januari 25, 2010
Ya Allah
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Allah...
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batasmampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Allah...
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Allah...
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batasmampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Allah...
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah...
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Dendangan lagu ini cukup terkesan dihati kerana itulah yang ku inginkan dariMu Tuhan...
Kadang-kadang aku cuma mapu mengikut arus tanpa sempat kubersedia menerima setiap ujianMu tetapi pada Tuhan saja aku bertawakal menyerah diri setelah aku berusaha sedaya upayaku...
Langgan:
Catatan (Atom)