Isnin, Disember 28, 2009

Ticking time to 2010/1431M

Tahun hijri 1431M sudah pun kita langkahi, kini tahun 2010 pula ingin menerjah. Pastinya 2010 lebih kelihatan gah berbanding 1431M, bukan?

Persamaan antara keduanya adalah - TAHUN BARU.

Bagi aku terasa banyak benar kerja yang digalas pabila menginjaknya usia kedewasaan. banyak lagi yang belum aku lengkapi dan sempurnakan sudah datang tanggungjawab dan komitmen lain. Kugalasi dengan penuh redha dan rasa pertanggungjawaban kerana itulah tugas 'khalifah'.

Bagaimana diriku di TAHUN BARU???

InsyaAllah aku sasarkan untuk terus proaktif dalam gerak kerja dakwah, doakan ye kawan-kawan. Dari usrah remaja, lokaliti, IPT, kerja-kerja Pusat dan daerah, semua kena proaktif!

Aku juga berharap agar diri ini semakin terurus, almaklum kadang-kadang terlalu banyak tugasan sampai diri sendiri tak sempat diuruskan. Time management kena betul ye, Insyirah!!!

Kewangan tak lupa, apa nak buat tahun baru ni? bisnes kena jalan maa....kata taknak kerja dengan orang so work hard and smart!!!

Lain-lain....hmm....jodoh pertemuan di tangan Tuhan...

Semoga TAHUN BARU dapat membakar semangat dalam diri ini semula untuk terus usaha dalam hidup ini.

p/s : Jom ber'TASK FORCE' malam tahun baru ni di JB (^_^)

Tiada ulasan: