Aku bukanlah orang yang aktif bersama KARISMA tetapi hanya sekadar insan dipinggiran yang hanya mengikuti perkembangan mereka. Tika di USIM dahulu aku juga bukanlah penggerak dakwah yang tegar tetapi dengan bersama KARISMA dapat juga aku pendedahan dalam dunia dakwah kampus walaupun hanya sekelumit sahaja.
Terima kasih buat insan-insan yang mencelikkan mataku tentang dakwah semasa zaman siswiku...Akh Wan Am, Kak Misah, Kak Anfal dan beberapa pimpinan KARISMA yang pernah menjenguk kami di USIM dahulu, jazakallahu khairan kathira!!! Tak lupa buat adik-adik USIM, Hafizul Amin, Sakinah NK, Saadah dan lain-lain, keep on going with our dakwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan