Sabtu, September 26, 2009

Reunion raya JIM di Perak


Raya kedua sempat berkunjung ke rumah Pakcik Ainollutfi. Tahun lepas kami tak merasa sebab tak balik Perak jadi tahun ni dapat juga berkumpul ramai-ramai sesama ahli JIM serata Malaysia yang berkampung di Perak. Di atas gambar akhawat sahaja, ada lagi yang tak masuk frame, segan...ada dok dalam rumah.

Di bawah pula gambar si kecik Mus'ab...dah ada songkok sendiri tapi bukan nak dipakai, nak digigit ada la...apa kata Mus'ab buat tadah duit raya, mesti penuh songkok tu, he,he,he.


Tengok la tu, gatal tangan nak tanggalkan songkok.

Sempat juga jumpa dengan beberapa orang yang dikenali. Kalau keluarga dari Johor ada Mck Sumilah, Mck Yasmin+Pck Hishamuddin Alham, Mck Noi+Pck Hisham Walat. Lain-lain tu tak berapa nak kenal...oh ye, Ummi Rose dan puteri-puterinya pun ada.

Ramai juga orang JIM ni dari Perak...oh ye, terima kasih buat tuan rumah, hidangan yang cukup enak (mee+sate) tapi sekali je ambik, tak sanggup nak sakitkan perut lagi.

Tiada ulasan: