
Raya kali ni di kampung, Bota Kanan, Parit, Perak. Oleh kerana both atuk, opah dari sebelah mama dan abah dah tak ada jadi kami sekeluarga menginap di rumah Acik Udin raya kali ni.
Sehari sebelum raya sempat ikut ke pasar untuk beli barang untuk dimasak sikit. Dah lama tak pergi pasar macam ni, mana tidaknya, pasar di bandar ni semua kat shopping complex je, giant, tesco, carrefour, jusco, dll. Sempat la tengok ikan keli melompat dari sangkarnya, ikan patin 'disembelih' hidup-hidup, petai yang fresh belum dipotong lagi dahannya, sayur segar-segar, murah plak tu!!! kat bandar ada jumpa ke macam tu...jarang la...
Kemudian apa lagi...sesi fotografi bersama family la...temanya purple tapi tak semua la.
Gambar di atas adalah alamat lokasi penggambaran, Casa Qasih.
Yang pasti tuan punya kamera pasti tak masuk frame, biasa la...let the magic hand do the talking.
Last but not least,
Taqabbalallahu minna wa minkum
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua yang mengenali diri ini
Ampun maaf dipinta andai pernah khilaf sepanjang perkenalan.
Semoga Ramadhan yang pergi menjadi satu lonjakan dalam diri untuk terus beramal mengejar redha Ilahi dan Syawal yang tiba menyeri ukhuwah yang telah pudar.
Rinduilah Ramadhan agar dapat kita jejakinya lagi tahun akan datang, amin...
2 ulasan:
hehe...suka tgk gambar tgn bebayk tuh... unic
idea giler budak-budak ni
Catat Ulasan