Khamis, Mei 06, 2010

Hati oh hati...


Hati ini keseorangan dan sudah terbiasa bersendiri
Lebih selesa berada di dalam dunianya sendiri
Tidak diganggu mahupun diusik
Agar hati sentiasa terpelihara

Andai suatu hari pintu hati diketuk...?
Apa perlu hati lakukan?
Dibuka dan diterima kehadiran satu lagi hati?
Atau perlukah diistikharahkan hati agar pintu dibuka untuk hati yang sesuai?
Hati susah hati, hati resah hati, hati tak suka dilanda susah dan resah, argh!!!

Bukan ditolak, bukan juga diterima...
Masuklah andai rumah ini sesuai dimiliki bersama
Pergilah andai rumah ini bukan tempatnya, mudah juga ye...
Tak mudah...tapi biarlah hati yang sakinah memohon istikharah dari Yang Esa

Hati ini redha dengan ketentuannya...
(redha dalam ketegasan membuat keputusan, hik, hik, hik)

2 ulasan:

Muhammad Hussaini Khairudin berkata...

Dunia ini bukan untuk satu hati sahaja

bikrunnajah berkata...

istikharahlah...
moga dpt pilihan yg terbaik...