Baru ni aku cuba memanfaatkan Google Calendar...
MasyaAllah...bila masukkan semua agenda dalam kalendar tu memang full house betul, x sah kalau weekend tu tak ada xtvt, kadang-kadang bertindih jadualnya...penat betul bila tengok...
Entah kenapa bila disusun elok-elok semua kerja dalam kalendar terasa satu semangat baru nak memulakan hidup secara tersusun. Entahlah kenapa...dari dulu sampai sekarang memang aku ni susah nak disiplin dengan aturan hidup sendiri (padahal dulu jadi pengawas sekolah, jaga disiplin budak-budak...)
Terasa banyak betul bebanan yang dipikul dan kebanyakannya kerja jemaah...JKPR, KBM, usrah dan program-program lain...belum citer pasal kerja di pejabat...Terasa hilang masa untuk diri sendiri.
Teringat zaman kampus yang baru ditinggalkan 7-8 bulan lepas...memang aku sangat aktif, ke sana-sini sibuk sampai kesihatan pun terjejas dek kerana sikap 'tak apa' dengan diri sendiri.
SOOO, untuk sekarang...tambahan lagi dengan kehidupan baru di KL...aku berazam nak ikut aturan hidup yang ditetapkan oleh diri, apa dia??? itu biarlah rahsia...yang penting semua kerja mesti buat, mesti selesai dan berkorban itu perlu cuma jangan lupa diri sendiri yer...
IM : Terasa nak join kelas gym kat depan ofis la...takat RM50/sebulan...berbaloi jugak... ^_^
Jumaat, Februari 20, 2009
Rabu, Februari 11, 2009
Blurrr...
Tengah blur right now...tak tahu nak fokus buat kerja mana satu dulu...semua penting dan semuanya urgent!!!
Ya, Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan, berikan ketenangan dalam hati, mudahkan segala urusanku...
Aku memohon Kau cukupkan masa untukku agar aku mampu menjadi khalifahMu yang terbaik. Sesungguhnya setiap kurniaan dariMu kusyukuri kerana aku tahu setiap dari takdir ini merupakan yang terbaik untuk diriku kerana sungguh cinta dariMu sentiasa untuk hambanya...amin...

Selasa, Februari 10, 2009
Booth Palestin @ KBM SMKPJ3
Ini antara gambar yang sempat dirakam sewaktu buka booth Palestin semasa KBM di SMK Permas Jaya 3, terasa meriah bila gerai diserbu oleh adik-adik peserta juga ibu dan ayah.
We raised RM416.00 for the donation and hope this effort will be continous for the next KBM, insyaAllah...cun la bendera Palestin tu...ada orang teringin...opss, that's ours...

Medan Dakwah yang tiada sempadan
Kadang-kadang bila memikirkan perjalanan yang jauh untuk kesana dan kemari memang letih dibuatnya tapi kerana DAKWAH apa sangat lah berkorban sedikit masa, tenaga, wang dsb.
Hujung minggu baru ni sempat ikut serta dalam Muzakarah Nasional yang pertama. Terasa terasing bila berada disamping ayahanda2 dan bonda2 JIM yang hebat-hebat belaka, terasa kerdil sungguh diri berbanding mereka.
Aku hadir bersama Kak Muss, teman seperjuangan yang baru berhijrah dari Johor ke KL. Selangkah memasuki dewan aku tercari-cari kerusi kosong, aiseh, semuanya full, mana nak cari kerusi ni?. Aku dan Kak Muss pada mulanya nak mencari kerusi di luar tetapi tajam sungguh mata Kak Muss mengintai kerusi-kerusi kosong di depan...akhirnya dengan muka selamber aku melangkah menuju ke kerusi kosong yang agak hadapan, dalam 5 barisan depan...hu,hu,hu...
Belum pun panas kerusi makcik disebelah menyapa aku, "Ni dari mana?"
Dalam hati apa aku nak jawab ni....lantas aku pula bertanya kembali, "Dari mana tu, maksudnya dari tempat mana atau apa ye, makcik?"
Makcik tersebut menjawab, "Dari JIM mana?"
Baru aku teringat insan-insan yang bermuzakarah hari itu semuanya sama ada dari JIM Negeri/Daerah dan JKP....
Mungkin muka orang muda jarang kelihatan dalam muzakarah sebegini lebih-lebih lagi aku sendiri yang berada dalam JKPRB jarang ditemui, almaklum orang-orang JKPRB ni mostly orang Johor.
Aku cuma menjawab yang aku hanya AJK JKPRB sahaja....
Bila masa makan ramai juga yang aku jumpa, yang kenal memang bertegur sapa lah, yang tak kenal tu maka bertaaruf lah...
Petang itu aku pulang ke Johor...jeng,jeng,jeng...saja buat kejutan untuk Team Johor yang sedang berjuang di SMKPJ3.
Sempat juga bersama Team Johor w/pun hanya sekejap tapi terasa puas bila sempat luangkan masa untuk membantu dan menyumbang terutama untuk KBM pertama di Johor dalam tahun 2009 ni.
Hari Isnin aku pulang ke KL kerana esoknya aku kerja....
Penat, letih...tapi bila dibandingkan dengan perjuangan Rasulullah s.a.w memang tiada tolok bandingnya...pengorbanan yang aku buat hanya sedikit dan kecil.
Kalau orang lain mesti tertanya-tanya dimana datang kekuatan untuk berprogram selepas penat bekerja seharian??? Hanya Tuhan yang mampu kurniakan kekuatan itu dan kita sebagai hambaNya dan khalifah dimuka bumiNya hanya menjalankan amanah...
IM : Hmm, hujung minggu ni takde prgm dlm jadual aku...he,he,he...nak rileks jap, settlekan kerja2 JKPRB jap, bleh ke???

Langgan:
Catatan (Atom)