Dah 2 malam bertarawih di Seri Kembangan, daerah yang kuhuni sejak Februari 2011. Kini dah hampir 6 bulan aku disini dan ini kali pertama aku menyambut Ramadhan disini. Rasa sunyi beb! sebab?
Tiada lagi ketukan pintu bilik oleh mama mengejutkan kami adik-beradik bersahur,
tiada lagi juadah enak-enak air tangan mama,
tiada lagi suasana berebut sejadah kecik dengan adik untuk pergi tarawih,
tiada lagi suasana berlumba tadarus di rumah,
tiada lagi bertarawih bersama famili,
tiada kesibukan mengendalikan program Ramadhan bersama team di Johor,
tiada lagi semua keseronokan itu.....rindu sangat, yang amat sangat!!!
Lebih terasa semakin jauh bila inilah Ramadhan akhir aku mungkin merasa menyambut Ramadhan sama ada seorang diri atau bersama keluarga tercinta. Selepas ini Ramadhanku bersama dengan insan yang bergelar 'suami' pula.
Sejujurnya 2 malam tarawih ini hati ini sebak, air mata sentiasa bergenang, satu per satu wajah mama, abah, adik-adik yang lain terbayang di minda. Hati ini tertanya-tanya, "bersediakah aku?" "mampukah aku?", sungguh aku rindukan mereka terutama mama. Sudah tak lama aku bisa bersama mereka, tak sabar rasanya menanti akhir Ramadhan untuk pulang ke rumah menghabiskan saat-saat akhir bersama mereka. Jzkk mama, abah atas kasih dan cinta. Moga kasih dan cinta itu terus kekal hingga ke syurga, amin.
Begitulah masa yang berlalu....sungguh tersentuh hati mengenang diri melalui semua fasa kehidupan ini, alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat usia dan kehidupan ini. Ku harap Ramadhan kali ini akan membantu mempersiapkan diri ini melangkah ke fasa hidup seterusnya yang aku sendiri belum pasti bagaimana rentaknya.
Kau tenangkan jiwaku, lapangkan mindaku, teguhkan imanku, tinggikan kesabaranku, lembutkan hatiku, didiklah diri ini...peluang Ramadhan ini penuh dengan keberkatan, tabahkan hatiku menempuh hari-hari RamadhanMu. Andai tangisan kan mereda gelisah hati dan rinduku, benarkan air mata itu mengalir. Kau saja yang mengetahui hatiku dan Kau jualah yang bisa menetapkan takdirku. Benarkan aku menikmati Ramadhan ini dengan segala ganjaran yang Kau sediakan dan sampaikan aku ke Ramadhan seterusnya Ya Allah....