Ahad, Ogos 08, 2010

suka prasangka buruk

Post ini hanya sekadar luahan perasaan yang anda boleh abaikan.

Seharian aku bekerja entah apalah tanggapan manager tu pada aku...kalau dia cakap cina confirm la aku tak tahu apa kejadah dia cakap.

Kadang-kadang aku tak paham diaorg ni...suka sangat prasangka buruk pada orang...rasa-rasanya la...kalau aku nak ambil kesempatan pada student2 loaded kat centre tu confirm aku dah buat sekarang ni tapi HELLO! aku ada maruah, ada prinsip hidup, aku orang ISLAM, aku mohon dijauhkan dari segala niat tak baik dalam diri.

Bukan nak kata diri ini baik sangat tapi cukuplah sekadar aku sudah jalankan tanggungjawab aku dan salahkah sekadar berkawan dan berhubung rapat dengan mereka setelah tamat kelas? ko yang pesan suh jaga budak2 tu tapi sekarang ko nak sound aku...aku takkan sibuk la dengan personal life diaorg! lantak la budak2 tu nak buat apa pun, semua dah besar panjang, tahu fikir, orang bodoh je tak tahu fikir!

Sudah, sudah Insyirah...sabar itu separuh dari iman dan iman mu memang sentiasa tercabar kerana Allah sayangkan kamu dan Allah uji dengan pelbagai dugaan. Ambil pengajaran dan iktibar, semuga mennjadi panduan hidup dimasa hadapan.

Ya Allah, tabahkan hatiku, berikan ku petunjuk pilihan terbaik dalam hidupku, dan sentiasalah lapangkan masaku supaya aku terus berdaya untuk berjuang di jalanMu...amin...

Tiada ulasan: