Rabu, Ogos 04, 2010

senyuman diwajah disebalik hati yang terguris

Kalau sudah namanya manusia, takkan ada sebaik malaikat...

Dan aku juga begitu...

Rasa kecewa bila diri sendiri berbuat baik dengan orang lain tetapi dibalas dengan kata-kata kasar malah menuduh yang bukan-bukan.

Penat rasa hati bila dikelilingi manusia sebegini, cukup tak bersyukur dengan nikmat yang ada, rasa diri hebat sehingga orang lain bagai sekecil semut yang mudah dipijak-pijak.

Terdiam sejenak selepas menerima tamparan hebat siang tadi dari satu panggilan yang kubuat ke pejabat imigresen.

Beginikah sikap pegawai kerajaan?
-sentiasa memandang negatif kepada semua orang?
-hanya melayan pelanggan yang dikenali sahaja?
-menuduh yang bukan-bukan tanpa usul periksa?
-tiada senyuman atau kata salam ketika bertemu pelanggan?
-perlu diberi imbuhan atau ganjaran untuk meminta sesuatu? [rasuah tu...walau seketul goreng pisang]

Banyak juga negatifnya! dan aku terpaksa senyum dan bertutur dengan kata-kata yang cukup tenang dan sopan.

Seriously, i just sat down and calmed myself. What am i supposed to do?....................

Dalam kekecewaan tersebut aku berterima kasih buat rakan sekerja dan pelajar yang berada disekelilingku kerana menceriakan suasana dan membuatkan aku melupakan segala insiden yang telah berlaku.

Seandainya mereka dapat membaca tulisan ini....kutujukan khas buat....pegawai di bahagian Pas Pelajar...
En. Marzlan Arjuna
En. Aiman
Cik Safrina
Cik Hanisah
dan juga pegawai-pegawai lain....
pandanglah manusia semanusia-manusianya, jangan memandang seperti binatang yang hanya tahu mengikut hawa nafsu.

Sungguh aku malu menjadi orang melayu tetapi aku bersyukur kerana memiliki Islam sebagai agamaku.

Tiada ulasan: