Sabtu, September 26, 2009

Eid Al-Fitri 1430H / 2009


Raya kali ni di kampung, Bota Kanan, Parit, Perak. Oleh kerana both atuk, opah dari sebelah mama dan abah dah tak ada jadi kami sekeluarga menginap di rumah Acik Udin raya kali ni.

Sehari sebelum raya sempat ikut ke pasar untuk beli barang untuk dimasak sikit. Dah lama tak pergi pasar macam ni, mana tidaknya, pasar di bandar ni semua kat shopping complex je, giant, tesco, carrefour, jusco, dll. Sempat la tengok ikan keli melompat dari sangkarnya, ikan patin 'disembelih' hidup-hidup, petai yang fresh belum dipotong lagi dahannya, sayur segar-segar, murah plak tu!!! kat bandar ada jumpa ke macam tu...jarang la...


Di pagi raya kami solat sunat Aidil Fitri di Kampung Telok Bakong, dah dibesarkan rupanya Masjid As-Syukuriyah tu...yang nampak lain tu bila dah kurang orang-orang tuanya (paham-paham sendiri lah...)

Kemudian apa lagi...sesi fotografi bersama family la...temanya purple tapi tak semua la.

Belum cukup gambar kat dalam rumah...kami buat sesi fotografi kat luar pulak...macam-macam stail adik-adik aku ni...

Gambar di atas adalah alamat lokasi penggambaran, Casa Qasih.

One of the lovely picture, bukan sawah padi ye tu...sawah lalang, he,he,he tapi pemandangan memang cantik untuk sesi fotografi.

Yang ni gambar yang agak unik...lepas snap terus gelak sakan.

Yang pasti tuan punya kamera pasti tak masuk frame, biasa la...let the magic hand do the talking.

Last but not least,

Taqabbalallahu minna wa minkum
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua yang mengenali diri ini
Ampun maaf dipinta andai pernah khilaf sepanjang perkenalan.

Semoga Ramadhan yang pergi menjadi satu lonjakan dalam diri untuk terus beramal mengejar redha Ilahi dan Syawal yang tiba menyeri ukhuwah yang telah pudar.

Rinduilah Ramadhan agar dapat kita jejakinya lagi tahun akan datang, amin...

2 ulasan:

wanie berkata...

hehe...suka tgk gambar tgn bebayk tuh... unic

Insyirah Mokri berkata...

idea giler budak-budak ni