Sekejap kerja, sekejap berhenti, pastu kerja lagi, kemudian berhenti lagi...apa la nak jadi...
In the end...Sek Men Keb Dato Penggawa Timur menjadi destinasi pencarian rezeki aku kini. Mungkin bertuah dibantu mama yang sentiasa beriya-iya mahukan anaknya menjadi seperti dirinya, maka, kini aku bergelar guru, cikgu, ustazah...erm...alhamdulillah buat sementara ni.
Bukanlah menidakkan profesion sebagai guru tapi terasa diri ini tidak selayaknya dijadikan contoh buat anak murid dek kerana diri sendiri tidaklah pandai mana, tidaklah baik mana, tidaklah sopan mana, boleh katakan tak layak untuk menyandang gelaran yang cukup mulia ini.
Sekolah yang tidak asing bagi diriku ini bagaikan menyingkap kisah zaman kanak-kanak. Mana tidaknya, di sekolah tersebut tempat aku bermain-main tika mama sibuk mengajar anak didiknya. Pernah beberapa kali aku dan adik-adik dibawa masuk ke perpustakaan sekolah tersebut untuk meminjam buku cerita kanak-kanak semasa kecil.
Menjejakkan kaki di pejabat Sek Men Keb Dato Penggawa Timur menerbitkan debaran kerana memikirkan kemungkinan yang bakal aku hadapi. Bagi guru-guru senior, teguran demi teguran kuterima tanda mereka masih ingatkan mama.
Hari pertama aku sudah diperkenalkan kepada semua warga sekolah bilamana Penyelia petang mengumumkan kehadiran aku di dewan perhimpunan, aduh, terharu ada, malu pun ada la jugak. Terkial-kial rasanya nak berdepan dengan anak murid di kelas, entah bagaimana agaknya karenah mereka. Ditugaskan sebagai guru agama bagaikan satu penghormatan buat ilmu yang dipelajari sejak kecil di bangku tadika kerana memang sedari kecil aku dibesarkan penuh dengan ilmu Islam sehingga kini.
Awalnya mungkin sedikit lembut hati dengan pelajar tetapi makin hari terpaksa juga naik suara tidak kira kelas pandai atau pun kurang pandai kerana setiap kelas punya karenah dan angin yang berbeza. Oleh kerana aku mula berkhidmat ketika musim peperiksaan jadi dalam kepala ni cukuplah sekadar anak muridku mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti tapi lama-kelamaan timbul satu lagi matlamat....'Islam dalam diri anak muridku'
Melihat pencapaian mereka dalam peperiksaan ada yang aku cukup puas hati tetapi bila dilihat kelas corot, aduh...jauh sungguh anak muridku dengan ISLAM...masyaAllah...
Mulalah misiku mengajar mereka supaya ISLAM tertanam dalam diri. Tika mereka solat di surau pasti aku akan panyau supaya tiada yang bermain ketika solat, supaya solat mereka sempurna. Ketika bulan Ramadhan pasti aku berada bersama mereka tika bertadarus Al-Quran agar aku mampu bimbing mereka sedikit demi sedikit mendekati Al-Quran.
Berbekalkan pengalaman dalam gerak kerja dakwah aku cuba menggunakan kreativiti dalam pengajaran dengan menayangkan video-video mengenai sirah dan kejadian Alam, malah kuiz dan latihan juga dibuat dalam bentuk permainan agar lemudah mereka ingati dan fahami di samping menikmati suasana gembira di dalam kelas almaklum bila bercakap tentang kelas agama, semuanya pasti buat tidak endah dan seandainya tiada kelas agama memang 'horay'lah mereka.
Cabaran demi cabaran aku tempuh tetapi semuanya aku positifkan minda. Alhamdulillah, baru-baru ini aku sempat membawa bersama 4 orang anak muridku ketika memberi sumbangan kepada orang kurang berkemampuan di sekitar Pasir Gudang. Syukur kerana mereka seronok dapat bersama dalam program tersebut dan mereka cukup berminat untuk sertai lagi.
Seronok juga menjadi sebahagian dari proses pembangunan diri anak-anak muridku, sekurang-kurangnya aku sudah menjalankan kewajipanku sebagai seorang da'i, seoang khalifah yang memakmurkan alam, yang sentiasa melaksanakan 'amar ma'auf nahi munkar'
Sehingga bila detik ini akan aku selami entahlah...tarikh akhir khidmatku insyaAllah akhir tahun ini tapi seandainya ada peluang atau rezeki lain akan aku istikharahkan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan