Berakhir dah mukhayyam...komen??? seronok jerla...macam pergi bercuti pun ada gak.
Memang la mukhayyam ni ada pengisian yang tersirat tapi entah kenapa tak terasa ruh nya...hati,hati kenapalah keras sangat???
Mungkin keadaan pun tak menggalakkan aku banyak berfikir untuk hayati setiap input. Mana tak nyer...kebanyakan peserta akhawat bukan lah yang biasa dengan xtvt lasak, ber'camping' macam ni...Aku pulak, kontra giler...mmg xtvt lasak ni perkara biasa, dah jadi lumrah rasanya.
Apa pun aku enjoy, dan segala input yang disampaikan tu tetap aku ingat. Seronok juga berprogram dengan orang-orang yang datang dari pelbagai usia dan latar belakang. Ada yang masih adik, ada yang sudah digelar kakak, makcik pun ada...yang seronok tu bila macam2 cerita dikongsi bersama, malah boleh pulak bergelak ketawa...
Waktu trekking...hmm...pada aku macam trekking biasa, penat tu lumrah tapi bagi peserta lain...memang aku rasa terlalu mencabar!!! bukan apa...memang terserlah wajah-wajah keletihan setibanya di kawasan takah tinggi tu...kesian tapi aku cuma mampu memberi semangat dan sokongan.
Dalam masa yang sama bagi ikhwah yang ke takah berangin...aduh, tak sangka Allah menguji mereka semua dengan ujian yang amat berat. Bila ada ikhwah yang terkehel kaki tapi agak teruk sampai buku lali lari dari kaki, aduh, sakit!!! Yang menjadi ujian bila nak kena bawa balik ikhwah ke kem semula sebab berat ikhwah ni lebih kurang 130kg, sedangkan kekuatan ikhwah yang lain memang anat terbatas. Dek kerana ukhwah yang terjalin...akhirnya berjaya juga mereka turun ke kem tapi dalam keadaan kelelahan, kelesuan, kelaparan, kepenatan kira-kira jam 1.45pagi!!! Bayangkan la naik jam 12 tengahari lebih dan pulang ke kem semula jam 1.45 pagi!!! Aduh, ujian yang amat berat rasanya...
Kami yang telah pulang dari petang hanya mampu berdoa. Tertanya juga dalam hati bagaimana keadaan mereka di atas kerana dimaklumkan mereka tidak membawa sebarang bekalan makanan, aduh, mesti lapar giler!!! Menjelang malam kami cuba membantu dengan memasang khemah-khemah ikhwah, malah kami turut meminjamkan torchlight dan menyediakan ubat-ubatan bagi yang sakit di atas.
Begitulah ukhwah yang aku rasa belum pun 24 jam terjalin malah kami pun masih belum benar-benar kenal atr satu sama lain.
Pada paginya ada sedikit game dan kemudian kami belajar menganyam oleh orang asli di sana. Aku pulak dah tengok sikit demonstrasi menganyam terus blah ke tepi sungai nak pi memancing. Best sangat tengok orang yang dapat ikan tu...teruja giler!!! dek kerana dok blajo cemana nak pasang mata kail tu...so masa nak memancing tu tak lama...tak dapat pun tangkap kan tapi dok main tarik2 mata kail dengan ikan ada la...ceh, aku letak umpan roti je...masuk je dalam sungai...bila ditarik hilang dah roti...ceh, kureng punya ikan...xper, rezeki utk ikan tu...
Lepas tu kami berkemas dan pulang...best la jugak sebab enjoyable...
~Taman Negara Endau-Rompin in Memories~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan