Firman Allah: "Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku" [Az-Zariyat;56]
Dalam dunia ini mmg bukan hanya sekadar manusia yang mendiami bumi Allah ini...banyak lagi makhluk lain yang turut sama hidup dan beribadah kepada Allah swt.
Pengalaman mendampingi kehidupan makhluk halus ni mmg satu pengalaman yang cukup berharga, malah cukup menginsafkan, kira macam boleh test power iman kita kuat ke tak...try la kalau berani!!!
Baru2 ni bersama di Kem Raudhah, dengan adik2 IIC berPJKN di sana. Aku diberi peluang merasai kehidupan makhluk halus...bukan la aku yang kena tapi cukup la hanya sekadar membantu memulihkan adik2 tersayang.
Dalam 4 malam berturut-turut aku menguji kekuatan diri, menjaga adik kesayangan sorg ni, penat tapi cukup menginsafkan...
Ditakdirkan siang tu asyik sangat bermain di hutan, berkeliaran tak tentu hala sekitar kem, malam menjelma, makhluk tersebut ingin berdampingan bersama 'adikku' ini...aku plak dh lena dlm bilik, bila tersedar tengok ramai je dlm bilik termasuk 'adikku' itu...Alhamdulillah, bertemankan dua lagi sahabatnya, aku rasa lega sikit tapi ditakdirkan aku terpaksa menemani dia sekejap, hanya kami berdua dan bermula la sedikit lawan mulut...bila kawan2nya ambil alih aku pun nak tidor semula tapi rupa2nya makhluk tu berusaha juga nak berdampingan dengan kami2 yang lain termasuk aku...mmg kuat jugak makhluk ni melawan kuasa ayat kursi aku ni, sampai bergerak Al-Quran didada yang aku tengah pegang...fuh, mlm tu mmg tak lena tidor...
Pagi tu aku serahkan usaha2 pemulihan pada yang pakar dan aku perlu tengokkan adik2 yang sedang berprogram. Alhamdulillah, pagi tu dah ok dah tapi menjelang mlm, sekali lagi berperang kami tapi bukan satu, banyak lagi 'teman-teman seangkatan' makhluk tu...aduh, mmg seksa!!! Mungkin ada juga salah pihak pengurusan yang tak menjaga adab2 yang sepatutnya di kem tersebut. Keputusan untuk membaca Yasin beramai-ramai bertukar tragedi bila ramai pulak adik2 yang lain terkena, mmg satu kerja nak memulihkan sorg2. Bila badan lemah mmg mudah sangat dirasuk, malah kemungkinan untuk melihat makhluk tersebut pun cukup tinggi, aku sendiri tak nampak tapi dapat rasa kehadiran makhluk2 tersebut. Utk malam itu mmg satu ilmu baru yang mungkin bukan mudah nak dipelajari...mengubat dan menghalang makhluk2 halus menyerang..best tu...
1. Amalkan ayat kursi, mathurat, penting ni!!! Jangan lupa AL-QURAN lah satu-satu nya penawar bagi segala penyakit.
Firman Allah: "Kami turunkan daripada Al-Quran suatu yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." [Al-Isra';82]
2. Bahan2 yang mungkin boleh digunakan...campuran biji lada hitam, bawang putih dan minyak, disapu ke belakang telinga dengan selawat 3x. Bancuhan ni boleh disapu pd permukaan dinding, tombol pintu dsb.
3. Air bancuhan limau nipis pun boleh gak untuk pulihkan semangat, katanya sifat limau ni tajam jadi boleh halang makhluk2 ni dari mengganggu manusia, sebelum minum selawat dulu...
4. Atr tpt2 yang menjadi tpt makhluk ni bertenggek biasanya kawasan2 badan yang berlipat macam ketiak, pastu kat kaki, tu yg dok picit2 ibu jari kaki org, he,he,he, tak larat nak kalau kena buat lama2, menggigil tangan.
Mmg benda tu pun nakal jugak...suka main2, biasalah benda jahat ni, mmg tak boleh tengok manusia bahagia. Malam esoknya alhamdulillah, adik tu dapat lawan sendiri dengan bacaan Al-Quran dari maghrib tapi akhirnya terpaksa jugak kami jaga mlm tu dan mlm tu mmg terasa sungguh ke'seram'an nya...saper la yang larat baca Al-Quran sepanjang malam...akhirnya semua colapsed, aku plak takut makhluk tu menyerang terpaksa la bertahan, habis satu Al-Baqarah aku baca tapi ditakdirkan malam tu dek kerana makhluk tersebut tak dapat menyerang, mmg menyalak anjing sana-sini kat luar bilik, pergh, takut betul...bunyi benda bergesel-gesel kat dinding bilik, angin bertiup kat luar, aduh, seram betul...aku pun terasa 'panas' nya benda tu, mana tak panas, aku dok baca blkg 'adikku' dan berhadapan dengan dia ada pakwe dia yang terer gak ilmu2 ni. Lagi terasa bila nak baca ayat kursi, tiba-tiba macam tak boleh nak baca, tangan menggigil-gigil, jadi terkaku kejap...biasalah badan dah lemah, aku pun bukan kuat sgt tapi cuba gak la sedarkan diri, kuatkan semangat. Bila dapat baca ayat kursi aku tak terus smbg ayat seterusnya, aku baca berulang kali sampai aku rasa kuat. At last aku pun colapsed jugak tapi dlm keadaan tidur2 ayam la...
Ingatkan subuh boleh ok, tapi lepas subuh la benda tu dapat masuk tapi kami berjaya gak pulihkan, kejap je sbb adik tu pun berjaya lawan jugak, biasalah...semuanya dlm diri, kalau kita kuat, apa saja kita mampu buat.
Malam esoknya alhamdulillah takder apa2 yang jadi cuma ada jugak la yang dpt melihat kelibat2 makhluk tu...satu lagi ilmu...guna belerang, limau, lagi apa ntah tapi bancuhan tu lebih panas dari guna minyak, lada hitam n bawang putih. Alhamdulillah malam tu aku dapat tidur dengan lena. Lagi satu mungkin sbb keesokan harinya adik tu dihantar pulang bagi kemaslahatan semua so takder la serangan2 makhluk2 halus ni.
Pagi tu, tiba-tiba terpacul keluar dari mulut adik tu..."akak, saya taknak balik..." pergh, apa aku nak cakap dengan budak ni...aku fikir dan kaunseling habis kat budak tu, akhirnya balik gak budak tu walaupun sedih...ada gak kawan2 dia yang salahkan aku sebab suruh dia balik, takperlah biarlah aku dan pihak pengurusan saja yang tau reason nya...yang penting ia untuk kebaikan semua...
Banyak juga ilmu dan pengalaman yang aku dapat...dan sekarang mathurat tu mmg menjadi amalan setiap pagi dan petang, al-quran pun tak tinggal, kalau tertinggal mesti ganti balik waktu2 lain. Pergantungan dan tawakal dalam diri pun sentiasa pada Allah...begitu menginsafkan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan