Alhamdulillah...selesai juga LEADERS tahun ni...
LEADERS tu apa???
LEADeRs (Latihan Ekstensif Dakwah dan Kepimpinan Remaja Musleh) ialah program JK Pembangunan Remaja (JIM Pusat) dan merupakan rangkaian kepada Projek PRODUCE (Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang) ke arah membentuk takungan remaja cemerlang bermula dari tingkatan 3 hinggalah mereka masuk ke IPT. Dalam tempuh dua tahun tersebut remaja yang terpilih untuk mengikuti projek PRODUCE akan melalui program berikut iaitu X-REK, LEADeRs, X-PERT, X-CEL, MHI, EMI...best kan?
Untuk LEADeRs kali ni banyak juga pengisian yang boleh dimanfaatkan oleh adik-adik ni dan nampak adik2 peserta terutama dari Johor cukup Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa!!!
Kami bertolak dari Skudai pada Isnin, jam 11.40 malam dan kami tiba di KL jam 3 pagi!!! waduh nak kemana haluan kaki2 kami??? Pudu raya pun tutup, kosong, xder orang...Akhirnya kami berjalan beramai-ramai ke Masjid Jame' dengan harapan boleh lepak kat Masjid tu tapi......hu,hu,hu....masjid tutup jadi kami terpaksa melepak di tepi jalan menahan mata yang mengantuk. Lebih kurang 5pg baru kami berpeluang masuk ke Masjid dan tidur sekejap sebelum azan subuh.
Lepas subuh kami meneruskan perjalanan ke tren LRT Putra untuk ke Setiawangsa tapi ntah macam mana, selipar sorg adik ni hilang di masjid, tapi dapat balik bila di cari. Kira-kira 7pg kami sampai di Setiawangsa, eh,eh, macam ku kenal manusia dua org ni...rupa-rupanya Amin (my bro) n Acap Amin...fasi untuk LEADeRs.
Kami berjalan dan oleh kerana depan masjid tu ada kedai makan so kami sarapan dulu, biasalah kedai mamak, ikutkan taknak je masuk tapi lapar punya pasal n takder kedai lain, makan je la. 7.30pg kami bergerak ke Masjid dan bersiap.
Lepas pendaftaran adik2 dah sibuk dengan prgm dan aku...biasalah lepak-lepak je dengan pengiring lain. Nasib baik ada majalah n buku buat pengisi masa lapang tapi boring tu tetap terasa.
Pengisian overall mmg best, rasanya sesuai untuk adik2 tu dan harapnya adik2 ni dapat manfaatkan LEADeRs untuk menjadi LEADERS...ni pun nak tuntut prgm dari adik2 ni dari xtvt Agenda Bertindak diaorg, he,he,he...yang agak kekurang tu dari pengurusan prgm kot...aku tak tau situasi kat KL cemana tapi mmg nmpk sangat Bai tak terbuat semua kerja, sian...
Tamat je prgm kami bergerak pulang. Dek kerana bas pukul 5.30ptg so sempat juga bawak adik2 perempuan g jalan2 kat Masjid India...hmm, biasalah, yg tak pernah pergi mmg rambang mata. Adik2 lelaki lepak je kat Masjid Jame', malas nak berjalan, lgpun hujan...
Bila dah naik bas semua lepak habis, tido!!! Penat sangat la tu...penat mental, he,he,he...sampai di Skudai jam 9.30mlm...aku pun penat jugak tapi alhamdulillah semuanya ok.
Congrats pada semua terutama penganjur, Bai n Wan Am, pengendali2, Dhany, Mujahid, Auzan (great pengisian), fasi2, pengiring, adik2 peserta terutama adik2 Johor (great effort!!!)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan