Isnin, Jun 02, 2008

KONTARN 2008

KONTARN 2008. Besarnya program yang aku ikut ni...rasa mcm tak layak je nak pergi tapi alhamdulillah, ada manfaatnya jugak dalam diri.

Hujung minggu baru-baru ni (31 Mei-1 Jun) sempat ke KONTARN di Hotel GoodHope, Skudai.

Kalau orang lain sibuk menganjurkan KONTARN, aku pulak tengok dan jadi peserta saja, waduh tak aci rasanya tapi dek kerana sedar akan kedudukan sekarang yang sudah tamat belajar dan diri sendiri pun baru nak membaik pulih sistem tarbiyah dalam diri so terpaksa memaksakan diri menjadi peserta KONTARN.

Alhamdulillah, terasa segar rasa minda, semangat untuk terus dalam dakwah semakin berkobar-kobar dan harapnya ia akan istiqamah. Melihatkan pakcik2 dan makcik2, kakak2 dan abg2, mmg terasa kerdil sangat diri, layak ke aku berada dikalangan mereka??? tapi takper, kuatkan semangat jugak!!!

Bila berakhir KONTARN memang terasa tak rugi. banyak input, banyak pendedahan, banyak SEGALA-GALANYA!!!

Apa yang aku dapat tu biarlah tetap dihati, dapat diamalkan kelak....sesungguhnya nikmat iman itu tak terhingga manisnya....

Tiada ulasan: