Khamis, Ogos 21, 2008

Filem WALL-E

Dah tengok Wall-e??? Kelmarin bawak adik-adik tengok cerita Wall-e kat Jusco Tebrau City.


Mulanya ingatkan tak best sebab tak baca pun sinopsis cerita, just ingat nak bawak adik-adik tengok wayang je, boring dok umah...

Sampai kat TGV memang tepat-tepat je masa jam 2.30ptg, beli tiket terus masuk hall.

Comel jugak wall-e ni walaupun dah agak lusuh, kotor, berdebu dan selekeh tapi yang best nya wall.e ni cermat, kemas, tersusun, sistematik, kira macam robot yang mempunyai hati manusia.

Asalnya memang kita tahu robot ni biasanya dicipta untuk tujuan tertentu dan ia akan mengikut sistem yang telah ditentukan oleh pencipta robot tapi nak tau kenapa wall.e boleh ber'hati manusia' ??? Sebab dia tinggal sorang-sorang di bumi, kawannya hanya seekor lipas dan rutin hariannya hanya mengumpulkan sampah-sampah dan memampatkan sampah-sampah tersebut. Bila dah mampat disusun elok-elok sampai jadi bangunan, fuh, memang tersusun. Bila dia tengok benda pelik sikit terus dia ambil dan simpan di rumahnya.

Suatu hari ada satu robot lain dari axiom (kapal angkasa yg dihuni manusia setelah meninggalkan bumi) datang ke bumi dan tugasnya adalah mengesan hidupan di bumi. Jadi berkawanlah wall.e dan robot itu, namanya eva, comel banget!!!

Nak dijadikan cerita bila eva balik, wall.e ikut tapi sayangnya...manusia ketika itu dah 100% bergantung pada robot, habis semua gemuk-gemuk, tak boleh berdiri apatah lagi berjalan dan berlari. Robot-robot dalam sistem axiom ni kirakan dah menguasai seluruhnya kehidupan manusia dan bila wall.e dan eva bawa hidupan berupa pokok dari bumi terus robot-robot ni marah sebab itu tandanya manusia boleh pulang ke bumi.

Terjadilah pergelutan antara manusia dan robot tapi akhirnya robot menang, yeay!!! Dan mereka semua pulang ke bumi semula...

Kesimpulannya manusia ni tak boleh 100% bergantung pada teknologi tapi tak bermaksud meninggalkan terus teknoloi cuma bila menggunakannya kenalah pada tempat dan keadaannya.

Tiba-tiba terfikir kalaulah Tuhan tarik semua nikmat teknologi ni macam mana lah kehidupan manusia ye...mesti terkial-kial nak buat kerja, kan? Sedangkan bila terpaksa hidup susah sedikit pun kita kadang-kadang mengeluh apatah lagi jika ditarik semua nikmat, nauzubillah, minta dijauhkan...

Apa pun yang penting bersyukurlah...semoga langkahmu, dirimu, dirahmati Allah, diberkati Allah...amin...

Sanah Helwah Abah

Sanah Helwah Abah!!!

Just a simple celebration for him sebab birthday nya jatuh pada hari bekerja so it's not much that we can spend together.

Aku pun tak siapkan apa pun, jam 6 petang baru keluar beli barang-barang makan sikit pastu round-round tesco tengok apa yang boleh dibeli. Dalam kepala asyik fikir apa lagi barang yang mungkin menjadi keperluan dia bila travel pergi program jauh-jauh. Tak suka beli barang untuk orang tapi akhirnya orang tu tak guna pun...kan macam membazir...

Here is the cake we bought, kami satu family yang terlarat nak makan cuma kek blueberry, kalau kek lain tu macam susah sket nak telan, tak tau la, maybe krim nya tak sesedap kek blueberry, yang penting kek blueberry tu my favourite!!!

Hadiah??? Erm, tak tau nak beli apa pun, just designed a piece of art for him yang di post di blog kbm2u and he really likes it, i'll print it soon for him as he requested. Saje je buat wallpaper kat laptop dia so that when he got back from work he look at it ^_^

Lain-lain....just bought him a sandal and a frame which consist of 11 hole for us 11 people in the family. Waktu jalan-jalan tengok souvenir kat kedai tu adik aku cakap, "ala, takkan jumpa la frame gambar yang ada cukup 11 tempat...". Tapi entah macam mana bleh ada plak...we bought 2 of it, satu letak gambar 'oldies' kami dan satu lagi letak the latest pictures but the latest pictures tu tak sempat lagi nak letak gambar-gambar nya.

What ever pun tadi dah makan banyak sangat rasanya. Buat ikan bakar, ayam pun dibakar, lauk kerabu, puding, kek, adik buat lasagna dia, nugget lagi, pastu ada floot plak, uh, banyak nya...alhamdulillah, selagi mana Allah mengurniakan nikmatnya selagi itu aku mensyukurinya.

Lepas habis makan-makan sempat jenguk email sekejap, wah, banyak juga orang wish b'day untuk dia, best,best!!! gara-gara that piece of art that i posted in the kbm2u's blog, ha,ha,ha...

Apa pun he's agreat father not only for us but also to the other childrens and teenagers out there whom he trained in the KBM.

Ku mohon ya Allah, Kau berilah kemudahan dan pertolongan buat dia ya Allah, berilah dia kekuatan untuk menghadapi segala dugaanMu. Semoga abah sentiasa terus bersemangat dalam perjuangannya...amin...Sanah Helwah ila Abah...

Sabtu, Ogos 16, 2008

Bebanan kerja satu perjuangan

Sepanjang minggu ni terasa malas sangat...adakah kerana terbeban dengan kerja???

Memang baru-baru ni dilantik sebagai seseorag yang penting tapi harapnya jawatan itu akan lebih menyemarakkan semangat dalam dakwah. Terdetik di hati kenapa aku yang dipilih? Aku sendiri tak pernah bertanya tapi aku tetap bersyukur kerana diberi kepercayaan malah aku kira ini sebagai satu hikmah yang positif.

Memang kadang terbeban dengan kerja-kerja tapi alhamdulillah aku masih bertahan. Pernah aku ditanya bagaimana aku menangani hidupku yang penuh dengan kerja dan tanggungjawab malah bila dilihat pada fizikalku orang mengatakan aku lebih muda dari umurku,he,he,he...

Aku percaya setiap tanggungjawab yang diberikan adalah mengikut kemampuan diri sendiri dan aku pasti aku mampu lakukan. Apa yang sering aku lakukan adalah minat terhadap kerja yang dibuat walaupun mungkin ada sekelumit rasa kurang senang dengan kerja tersebut. Bila adanya minat insyaAllah, barulah datangnya keseronokan dan kegembiraan, macam satu nikmat pula dalam bekerja. Have fun with all the work!!!

Terkadang tak semua kerja dapat diselesaikan dengan mudah. Kadang-kadang kaki tersadung, terseliuh, luka di sana-sini, berdarah, tercalar pasti kan terasa. Itulah manisnya perjuangan!!! Kadang aku rasa malas, lemah, tak suka tapi dilawan juga rasa-rasa itu. Yakinlah setiap ujian itu tanda kasihnya Allah pada hambaNya. Yang pasti andai kita menolong di jalan Allah, pasti Allah kan menolong kita pula. Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah akan mendekati kita.

Aku berharap agar aku terus isiqamah di jalan Allah walau apa jua keadaan dan dugaan, ditetapkan hati sentiasa menuntun jalan dakwah, dikuatkan semangat mengharung segala dugaan, diteguhkan iiman agar aku juga mampu mengajak yang lain untuk bersamaMu...amin.

Khamis, Ogos 07, 2008

Ada apa dengan Sya'ban???

Menghitung hari, detik berlalu, kini Sya'ban menjelma. Bulan Rejab sebelum ni rasa sedih sangat bila tak dapat penuhi amalan sunat berpuasa, sibuk ke sana, sini dengan kerja. Ha, tu la bila kerja dan sibuk diTUHANkan, hu,hu,hu...astaghfirullah, teruknya diri ini...nasib baik ada orang ingatkan, thanks ye adik iman.

Bila masuk bulan sya'ban ni tertanya juga, "ada apa dengan bulan sya'ban ni?". Bila dikorek-korek isi buku-buku di rumah dan hasil pencarian dalam internet, ni lah apa yang aku dapat tentang bulan sya'ban...
PENGENALAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kelapan dalam bulan Hijrah. Bulan Syaaban antara bulan yang mulia dan terdapat beberapa kelebihan dan keistimewaan dalam bulan ini. Semua muslim digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dan bulan-bulan lain. Kita juga digalakkan membuat persiapan untuk menyambut Ramadhan yang mulia (ingat rayer je ke nak bersedia, huh?).

KEMULIAAN BULAN SYA'BAN

Masyarakat Arab menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa perkara antaranya:
1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

2. Keperkasaan dan ketinggian.
3. Kebaikan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.
4. Kasih-sayang dan kemesraan.

5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.

ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

1. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah. (tu sbb selalu buat Malam Badar, kan,kan,kan?)

ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

1. Memperbanyakkan puasa sunat.

Saidatina Aisyah berkata:Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Melazimi Berzikir dan Berdoa
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.
(Riwayat Muslim).

3. Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar

Firman Allah Taala bermaksud:Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: ayat 31).


Owh, banyak juga yer fadhilat bulan sya'ban...sebenarnya banyak dah belajar tentang semua ni tapi kerap sangat dilupakan, mungkin tak dijadikan kebiasaan kot, Ya Allah, maafkan hambaMu yang sering lupa, lalai dan leka ini...

Ok lah, takat tu je nak tulis tentang bulan sya'ban ni, selamat berlatih berpuasa untuk menghadapi bulan tarbiyah kita di Ramadhan yang akan tiba...esok-esok kita cerita tentang Nisfu Sya'an plak... (^_^)