Menghitung hari, detik berlalu, kini Sya'ban menjelma. Bulan Rejab sebelum ni rasa sedih sangat bila tak dapat penuhi amalan sunat berpuasa, sibuk ke sana, sini dengan kerja. Ha, tu la bila kerja dan sibuk diTUHANkan, hu,hu,hu...astaghfirullah, teruknya diri ini...nasib baik ada orang ingatkan, thanks ye adik iman.
Bila masuk bulan sya'ban ni tertanya juga, "ada apa dengan bulan sya'ban ni?". Bila dikorek-korek isi buku-buku di rumah dan hasil pencarian dalam internet, ni lah apa yang aku dapat tentang bulan sya'ban...
PENGENALAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kelapan dalam bulan Hijrah. Bulan Syaaban antara bulan yang mulia dan terdapat beberapa kelebihan dan keistimewaan dalam bulan ini. Semua muslim digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dan bulan-bulan lain. Kita juga digalakkan membuat persiapan untuk menyambut Ramadhan yang mulia (ingat rayer je ke nak bersedia, huh?).
KEMULIAAN BULAN SYA'BAN
Masyarakat Arab menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa perkara antaranya:
1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.
2. Keperkasaan dan ketinggian.
3. Kebaikan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.
4. Kasih-sayang dan kemesraan.
5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.
ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN
1. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah. (tu sbb selalu buat Malam Badar, kan,kan,kan?)
ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN
1. Memperbanyakkan puasa sunat.
Saidatina Aisyah berkata:Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Saidatina Aisyah berkata:Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
2. Melazimi Berzikir dan Berdoa
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat at-Tarmizi).
Saidatina Aisyah berkata:Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.
(Riwayat Muslim).
3. Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar
Firman Allah Taala bermaksud:Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: ayat 31).
Owh, banyak juga yer fadhilat bulan sya'ban...sebenarnya banyak dah belajar tentang semua ni tapi kerap sangat dilupakan, mungkin tak dijadikan kebiasaan kot, Ya Allah, maafkan hambaMu yang sering lupa, lalai dan leka ini...
Ok lah, takat tu je nak tulis tentang bulan sya'ban ni, selamat berlatih berpuasa untuk menghadapi bulan tarbiyah kita di Ramadhan yang akan tiba...esok-esok kita cerita tentang Nisfu Sya'an plak... (^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan