Selasa, Disember 16, 2008
Kak Muss..siapa dia?
Dah lama Kak Muss kat Johor dari dia mula menuntut ilmu di UTm sampai la tiba masa dia berhijrah ke negeri asalnya...di KL...hu,hu,hu...missinng every moment with u...
Dulu-dulu selalu jugak bergurau senda dengan Kak Muss tapi bila kekangan masa semasa belajar, terpaksa ku tangguhkan aktivisme bersama KRJ Johor. Pernah juga melepaskan gian pulang ke johor semata-mata untuk join program dan saat-saat tersebut memang saat-saat yang indah sebab masa itulah banyak benda boleh bercerita dan meluah rasa dengan Kak Muss juga kakak-kakak yang lain, tak lupa menghibur adik-adik fasi.
Saat-saat manis yang dirasai bersama bila kami sama-sama kongsi cerita tentang ujian dalam mengharung liku-liku dalam dakwah. Pernah juga kami sama-sama menitiskan air mata, saling menguatkan semangat antara satu sama lain...
Pelukan terakhir bersama Kak Muss ketika hari terakhir XPERT...rasa macam nak menitis air mata tapi dek kesibukan berprogram, perasaan tersebut segera dihapuskan.
Anyway, best of luck pada Kak Muss di tempat baru...moga kerja dakwah semakin rancak walau di mana kita berada...amin...
Rindu dengan Kak Muss....takpelah ada lagi Kak Fidah, Kak Yati, Kak Ani, Kak Gee...he,he,he...
PPN...a moment to remember...
Kalau dulu hanya datang sebagai anak-anak yang melihat mama dan abah mendengar ceramah di dalam dewan dan aku bersama kanak-kanak lain disajikan dengan aktiviti di tempat lain....
Dan kini......
Aku berada bersama-sama mama dan abah, pakcik, makcik, abang juga kakak yang dahulunya pernah menjadi insan-insan yang membimbing aku di jalan dakwahMu.
Masih ku ingat kelibat Kak Anfal menjemput aku tika menyertai Seminar Remaja Du'at dan masih juga kuingat Abg Wan Am yang sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk terus berjuang dalam jalan dakwah, juga tak lupa Along dan Kak Misah yang suatu ketika menaruh harapan agar menjadi penggerak dakwah.
Hadirnya aku di Pehimpunan Perwakilan Nasional (PPN) tempoh hari bagai menyuntik semangat dalam diri untuk terus gigih dan tabah dalam perjuangan menegakkan agama Islam tercinta.
Bercerita tentang PPN memang tak sudah sampai setahun tapi just nak highlight what have i done at the PPN sebagai Setiausaha (Remaja) JKPRB Pusat JIM....hmmm.....what is it???
Pameran JKPRB yang tak berapa hebat tapi cukup la dengan terpamernya beberapa aktiviti JKPRB Negeri-negeri yang pelbagai dari remaja hingga lah belia...termasuklah 5R7B...yeah!
Yang best tu bila design yang direka khas untuk JKPRB tu dipuji-puji, di lambung-lambung sampai aku sendiri tak tahan nak dok lama-lama kat booth pameran. Alhamdulillah atas kurniaan minda yang kreatif sehingga tercipta rekaan yang tak seberapa. Kalau diikut hati ni memang seronok tapi rasanya cukuplah rekaan tersebut dapat menarik minat sang pembaca dan moga mesejnya diterima, difahami dan dihayati, insyaAllah...
Muzakarah KBM
Best sebab dapat bersama kongsi pengalaman, muayasyah bersama abg, kakak, pakcik, makcik dan adik-adik yang bersama dalam jalan dakwah ini...
Moga sentiasa sematkan 'cita-cita BESAR' kita bersama, insyaAllah...amin...
Khamis, Oktober 16, 2008
Raya oh raya....
Tahun ni aku beraya di Johor je, tak balik kampung pun macam kebiasaan. Beberapa tahun ni opah-opah kami meninggal dan bila balik kampung pun kadang-kadang tak meriah. Mungkin kami adik-beradik ni ramai so bila kami tak balik kampung habis semua sedara-mara, sepupu-sepupu semua tak balik kampung jugak...
Sehari sebelum raya tak seperti selalu kecoh membakar lemang, merebus ketupat, mengemas rumah, kadang tu ikut mama, abah pergi shopping di pekan parit dan tak lupa ziarah kubur atuk dan opah. Walaupun begitu sehari sebelum raya tu masih juga ada sesi masak-memasak di dapur.
Malam raya biasanya kami di kampung akan buat tahlil dan berkumpul ramai-ramai, best sebab biasanya family lain akan bersalaman di pagi raya tapi kami satu family buat malam raya. Pernah juga buat ala-ala KBM siap buat video khas atuk dan opah, syahdu betul...
Tapi tahun ni.....kami buat tahlil di rumah je cuma sebelum bermula tahlil tu boleh plak ter'online' dengan dek ya atau bazilah, our cousin di Gombak, pergh kecoh, habis semua berbual, paling syok siap request duit raya dipos lagi, hu,hu,hu, almaklum tahun ni tak jumpa pakcik, makcik so takde la duit raya macam raya-raya sebelum ni.
Di pagi raya...here you are...bergambar sana sini. Lepas solat raya, sementara tunggu pak long dan keluarga datang ke rumah, kami bergambar sakan...dari dalam rumah sampai ke luar rumah...tapi memang kami belum berpeluang nak bergambar satu family sebab masing-masing dah tinggal di asrama so kadang-kadang sorang balik rumah, sorang nak balik ke asrama semula, boleh kata susah jugak la nak jumpa serentak semua sekali. Kalau bagi aku dapat berkumpul bersama untuk tahhun ni cuma waktu 31 Ogos dan raya ni je la...Abah dengan mama pun nak jugak tu...tapi gambarnya memang best. Bila lagi nak bergambar dengan baju melayu siap samping dan songkok kan...
Tunggu punya tunggu, akhirny Pak Long dan family sampai...Pak Long dan Mak Long dengan dua puterinya, Asma Amanina dan Asma Khairina. Family Pak Long ni walaupun bukan sedara sedarah sedaging tapi dah macam family sendiri jugak la. Dari aku kecik sampai la dah besar, siap jadi AJK sama-sama dalam satu medan dakwah lagi sekarang ni...woah...lama jugak family kami dan Pak Long bersama.
Teringat lagi waktu mama dan abah pergi haji, Ya Allah, Tuhan je la yang tahu betapa susahnya kalau mama dan abah tak ada dan Pak Long tempat kami bergantung dan mengadu setiap hal dan masalah, boleh kata setiap hari dia check kami adik-beradik. Pak Long always Pak Long to us forever...
Raya pertama tu selesai Pak Long balik, kami ke rumah Cik Nah, makcik paling dekat dengan kami, dia yang jaga kami adik-beradik dari lahir sampai la dia kahwin...lepas tu beraya balik umah Pak Long tapi bukanla rumah dia, rumah mak ayah dia.
Raya kedua ni ibarat raya bersama kawan plak...sebab rancangnya nak ke rumah Makcik Yong tapi takde plak...so kami ke rumah kawan Hajar, Rahmah di Bukit Rinting, mak ooii, orang keturunan Arab ni memang lawa-lawa belaka...comel-comel plak tu...kemudian bila malam kami ke rumah kawan kami zaman kecik-kecik dulu...
Ridwan, Rashidah, Radhi, Roqayyah, Razif, Ruzaini. Diaorang ni kawan kami zaman kecik-kecik waktu kami tinggal di Kampung Kastam. Sekolah sama-sama, main sama-sama, buat nakal sama-sama tapi bila aku masuk darjah 5 kami satu family pindah dan sejak itu kami tak jumpa lagi cuma bila dah tejumpa Rashidah dalam friendster tu yang terasa why not jumpa di hari raya ni. Masing-masing dah besar, nak borak-borak pun segan tapi aku buat selamba jugak la kalau tak memang tak berbual la nampaknya...
Hari seterusnya kami beraya ke rumah Pak Uteh...mak ai, ni la pizza buatan Mak Uteh, sedappp...Pak Uteh ni bak kembar Pak Long, memang best jugak dengan Pak Uteh.
Cerita aku beraya rumah orang sudah...bagi yang datang beraya tu entah tak ingat bila tapi aku masih ingat yang dah sampai ke rumah aku adalah Pak Long, Cik Nah, Makcik Yong, Hafiz Bai, kanak-kanak di taman ni termasuk anak-anak cina tau!
Raya tahun ni bukan sekadar beraya bersama keluarga sendiri tapi bersama dengan keluarga kedua aku, keluarga KRJJ plak...round-round JB ziarah raya plak...

