Selasa, Disember 16, 2008

PPN...a moment to remember...

Pernah juga dulu-dulu, zaman usia masih belum kenal benar apa itu perjuangan dan dakwah...bagai terpinga-pinga memahami tiap kata, tiap tutur insan-insan bertuah ini...

Kalau dulu hanya datang sebagai anak-anak yang melihat mama dan abah mendengar ceramah di dalam dewan dan aku bersama kanak-kanak lain disajikan dengan aktiviti di tempat lain....

Dan kini......


Aku berada bersama-sama mama dan abah, pakcik, makcik, abang juga kakak yang dahulunya pernah menjadi insan-insan yang membimbing aku di jalan dakwahMu.

Masih ku ingat kelibat Kak Anfal menjemput aku tika menyertai Seminar Remaja Du'at dan masih juga kuingat Abg Wan Am yang sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk terus berjuang dalam jalan dakwah, juga tak lupa Along dan Kak Misah yang suatu ketika menaruh harapan agar menjadi penggerak dakwah.

Hadirnya aku di Pehimpunan Perwakilan Nasional (PPN) tempoh hari bagai menyuntik semangat dalam diri untuk terus gigih dan tabah dalam perjuangan menegakkan agama Islam tercinta.

Bercerita tentang PPN memang tak sudah sampai setahun tapi just nak highlight what have i done at the PPN sebagai Setiausaha (Remaja) JKPRB Pusat JIM....hmmm.....what is it???



Pameran JKPRB yang tak berapa hebat tapi cukup la dengan terpamernya beberapa aktiviti JKPRB Negeri-negeri yang pelbagai dari remaja hingga lah belia...termasuklah 5R7B...yeah!




Yang best tu bila design yang direka khas untuk JKPRB tu dipuji-puji, di lambung-lambung sampai aku sendiri tak tahan nak dok lama-lama kat booth pameran. Alhamdulillah atas kurniaan minda yang kreatif sehingga tercipta rekaan yang tak seberapa. Kalau diikut hati ni memang seronok tapi rasanya cukuplah rekaan tersebut dapat menarik minat sang pembaca dan moga mesejnya diterima, difahami dan dihayati, insyaAllah...

Tiada ulasan: