Selasa, Disember 27, 2011

Rutin kerja kembali...

Well, sape yang nak penatkan diri bekerja kan? tapi kalau tak kerja mana nak dapat rezeki kan?

Pagi tadi dah mula meeting kat sekolah, alhamdulillah, ada cikgu-cikgu baru termasuk cikgu j-QAF, yeay!

Esok dan esok dan esok dan esok bakal kesibukan dengan persediaan praktikum dan kerjaku melayan anak murid, harapnya lebih baik dari sebelum ni.

Aku teringat kata-kata GB tadi, " ada setengah cikgu yang dah ada momentum tapi speednya tak jugak so next year i want speed, ok!" hmm, aku la salah sorang tu sebab awal masuk sekolah dulu giler punya rajin n baik tapi bila dah tau perangai cikgu2 lain aku pun terpaksalah slow down n ikut rentak diaorg dan aku pun terus down, down, down...huhu...jangan buat gitu yer wahai diri, tahun depan penentu sama ada dapat terus berkhidmat atau tak yer so do your best Insyirah!

Doakan saya yang bakal praktikum dari 30 Jan 2012 hingga 27 April 2012 pastu bakal menghadap kertas peperiksaan akhir plak pastu kalau ada rezeki diinterview SPA dan kalau ada lagi rezeki dapat surat posting terus dapat berkhidmat dengan jawatan tetap...aminnn...

Selangkah Merubah Dunia

Thanks for considering my suggestion...ha ha...the person might not read this but i do thank her for taking one of my suggestion at least you use it at the right place, just love it!

May the programme become awesome programme!

Selangkah Merubah Dunia!!!

Jumaat, Disember 23, 2011

Jurnal Of Love (JoLOVE)


dah lama cari sketch book dan akhirnya jumpa yang sesuai...
akhirnya ada jugak tempat alternatif untuk aku ekspresikan luahan hati yang terpendam ni selain melalui facebook dan blog tapi yang ni lebih private yang aku dan Allah je tau...
so far dah 11 m/s terconteng dengan macam-macam grafik dan seni tulisan

dimana JoLOVE? aku je yang tau...
bila aku ngadap JoLOVE? bila-bila yang aku terasa nak conteng dia
berkesan ke JoLOVE? so far, not bad...bila minda terfokus buat sesuatu hilang semua stress dan tekanan dan aku...kembali tersenyum dengan hasil kreatif tangan sendiri....

Insyirah, be strong ye!
Jauh lagi perjalananmu...
kalau tak kuat macam mana nak jadi khalifah
kan,kan,kan...

(^_^) senyumlah walau hati pedih...
Allah bersamaku...

T_T

T_T

sekejap je kan Allah bagi senyuman pada aku...lepas tu Allah uji aku balik, tak tahan pedih mata nak nangis, sakit kepala tahan nangis, sesak dada tahan sakit...

Alah nak kuatkan hati saya ye? terima kasih

I Love U Allah...

isk..isk..isk..isk

T_________________T

Isnin, Disember 19, 2011

Allah dah bagi jawapan...be strong!!!

KENAPA AKU DIUJI ??
Qs. Al-Ankabut : 2-3

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
Qs. Al-Baqarah : 216

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST???
Qs. Al-Imran : 139

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

titipan buat hati


Keluhan demi keluhan
Rintihan demi rintihan
Luahan demi luahan
Tangisan demi tangisan

Entah bila kan reda, entah bila kan henti
Masih teringat lagi pesanan seorang teman..."dakwah itu tetap terus berjalan tanpamu, kalau kau pergi kau akan rugi tetapi jalan dakwah ini akan tetap terus berjalan..."

Sedih rasa diri ini tak pernah mahu istiqamah, tak pernah mahu kentalkan jiwa untuk terus berjuang, tak pernah mahu kuatkan semangat...
selalu putus asa, selalu mengeluh, selalu bersikap 'tak kisah', selalu 'buat bodoh'

Inikah aku???

Berat sungguh ujianMu Ya Allah....
Kadang kering air mata menangisi segala ujianMu
Kadang lemah seluruh tubuh menahan ujianMu
Kadang terasa luruh hati ini menahan perit dan pedih ujianMu

Ya Allah
Aku tahu Kau sentiasa disisiku walau kadang aku cuba menghindar dariMu

Kuatkan jiwaku, mantapkan imanku, semarakkan semangatku, istiqamahkan hatiku
Untuk terus di jalanMu
agar aku mampu mengajak yang lain turut bersamaku
agar aku mampu menjadi pembakar semangat buat teman-teman seperjuangan yang lain
agar aku mampu membahagiakan ibu dan ayah yang turut sama di jalanMu
agar aku mampu berganding bahu bersama suamiku di jalanMu

kerna hati bicara...


Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara

Terkadang tak perlu terucap kata-kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bagian hidupku
Karena hati bicara

Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

Terkadang tak perlu terucap kata-kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bagian hidupku
Karena hati bicara

Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

Ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

"OST Dalam Mihrab Cinta"

Ahad, Disember 18, 2011

Aku dan dia [di jalan dakwah ini...]

Alhamdulillah, rasa seronok dan hati tersenyum gembira. Kenapa?

Inilah kali pertama kami bersama dalam satu program yang sama sebagai suami isteri. Kalau diimbas kembali kenangan lalu di medan dakwah ini terutama di medan remaja, memang selalu je kami bersama-sama kendalikan program cuma belum tiba detik hati kami bertemu (^_^)

Memang seronok bila bersama-sama disisi dia dalam program yang sama, bukan kerana dapat melihat dia setiap masa, bukan kerana dapat tahu apa kerjaan dia tiap masa tapi bila medan ini, jalan dakwah ini kami jadikan medium kebersamaan kami. Terasa semangat dan jiwa ini kembali terbakar untuk terus istiqamah di jalan dakwah ini.

Memang kebelakangan ini aktiviti dakwahku tak serancak dan selaju dahulu, malah usrahku bukan lagi usrah yang semanis dan seindah dulu....tapi aku sentiasa positif dan redha.

Alhamdulillah, terubat sedikit hati yang lesu dari aktiviti dakwah ini dengan kebersamaan kami di jalan dakwah ini. Terima kasih buat yang tersayang, moga kita tetap istiqamah di jalan dakwah ini dan sama-sama saling berganding bahu menyokong satu sama lain...aminn...

Rabu, Disember 07, 2011

Punca Sebenar Revolusi Syria ---> JOM BACA!

Copy paste dari seorang juniorku...Irfan Masiri, thanks dik!

Alhamdulillah hari ini 05/12/11, saya(irfan masiri) diberi kesempatan untuk mendengar tentang bagaimana revelosi Syria berlaku dan apakah kekejaman yang telah dilakukan oleh kerajaan Syria ini.

Yang beri talk pasal revolusi Syria ini ialah Syeikh Hassan Al-Hindawi. Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria.

Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?

1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oeh media2. So, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.
2) Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah putarbelitkan fakta.
3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di paper bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4) Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5) Kita banyak tak tahu ttg isu syria selama ni sebab media telah dikawal oleh pihak rejim.. manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki syria utk membuat liputan.. segala gambar dan video yg menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman drpd para demonstran yang btekad utk merakam sndr kezaliman tsebut dan kbykn drpd mrk telah menemui syahid.. sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim basyar asad dgn harga 100 dolar.. syeikh dr khaled hasan al hindawi merupakan delegasi khas syeikh dr yusuf al qardhawi ke asia tenggara utk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar..

Punca Revolusi.

puncanya bila ada sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu didinding sekolah mereka.apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.slogan ini telah dilaungkan dinegara2 yg berrevolusi.bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini.mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka.salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan.kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.lantas berlakulah revolusi di Syria.

Rakyat Marah.

1) kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.
2) Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum.itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.

Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)

1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.ini serius kejam.
2) 39000 orang telah cedera.mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Bunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka.sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni.beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.tetapi beliau melawan.lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
8) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
10) Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni.. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri drpd 3 keluarga besar, 6% drpd posisi tersebut pula drpd kaum ajam dan 10% lagi drpd golongan kuffar.. tiada posisi bg ahli sunnah wal jamaah.. kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi israel.. rakyat2 sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang israel pun tidak ditumpahkan darah.. hasbunallahu wa neemal wakeel.

Berita Baik.

1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo. mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan2 arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. tapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedimikian kerana Pemimpin Sryria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
4) 95% ulama' Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

ini sahaja yang mampu saya beritahu perihal apakah sebenarnya yang berlaku di Syria sana.

semoga kalian dapat menyebarkan ia kerana ia merupakan perkara benar dan manusia2 diluar sana harus tahu tentang ini.

semoga Allah redha akan usaha kita.

syukron.terima kasih.thank you.

p/s: tulisan senget itu saya tambah setelah ambil dari mereka2 yang ikut sekali dalam talk mengenai Syria ini.

Selasa, Disember 06, 2011

diri ini selalu macam ni...kadang tak terluah apa yang diri ini harapkan tapi semua orang suruh cakap jugak...slow talk, huh, tak mampu, tak kuat... ='(

Ya Qalb, limaza??? be strong, Allah knows what inside you and ask Allah whatever you want instead asking from others...Allah will always give His love, His care, His everything!

sapu habuk n sawang

Masya Allah sibuk yang amat!
Terima kasih Allah atas kurniaan masa yang cukup padat dengan macam-macam aktiviti....dari urusan nikah, walimah, kehidupan sebagai isteri, kalut dengan xtvt sekolah, kursus dalm cuti dan hinggalah hari ini...
Malam ni agak buntu nak siapkan 'se' lagi assignment...esok pun ada exam bahasa inggeris tapi rilek bagai la aku ni...
Teringin Allah beri sedikit kekuatan, sedikit kebijaksanaan, sedikit penerang minda, sedikit penenang hati...

"will try to activate back my blog activities soon"

Rabu, Ogos 03, 2011

Ramadhan kali ini...

Dah 2 malam bertarawih di Seri Kembangan, daerah yang kuhuni sejak Februari 2011. Kini dah hampir 6 bulan aku disini dan ini kali pertama aku menyambut Ramadhan disini. Rasa sunyi beb! sebab?

Tiada lagi ketukan pintu bilik oleh mama mengejutkan kami adik-beradik bersahur,
tiada lagi juadah enak-enak air tangan mama,
tiada lagi suasana berebut sejadah kecik dengan adik untuk pergi tarawih,
tiada lagi suasana berlumba tadarus di rumah,
tiada lagi bertarawih bersama famili,
tiada kesibukan mengendalikan program Ramadhan bersama team di Johor,
tiada lagi semua keseronokan itu.....rindu sangat, yang amat sangat!!!

Lebih terasa semakin jauh bila inilah Ramadhan akhir aku mungkin merasa menyambut Ramadhan sama ada seorang diri atau bersama keluarga tercinta. Selepas ini Ramadhanku bersama dengan insan yang bergelar 'suami' pula.

Sejujurnya 2 malam tarawih ini hati ini sebak, air mata sentiasa bergenang, satu per satu wajah mama, abah, adik-adik yang lain terbayang di minda. Hati ini tertanya-tanya, "bersediakah aku?" "mampukah aku?", sungguh aku rindukan mereka terutama mama. Sudah tak lama aku bisa bersama mereka, tak sabar rasanya menanti akhir Ramadhan untuk pulang ke rumah menghabiskan saat-saat akhir bersama mereka. Jzkk mama, abah atas kasih dan cinta. Moga kasih dan cinta itu terus kekal hingga ke syurga, amin.

Begitulah masa yang berlalu....sungguh tersentuh hati mengenang diri melalui semua fasa kehidupan ini, alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat usia dan kehidupan ini. Ku harap Ramadhan kali ini akan membantu mempersiapkan diri ini melangkah ke fasa hidup seterusnya yang aku sendiri belum pasti bagaimana rentaknya.

Kau tenangkan jiwaku, lapangkan mindaku, teguhkan imanku, tinggikan kesabaranku, lembutkan hatiku, didiklah diri ini...peluang Ramadhan ini penuh dengan keberkatan, tabahkan hatiku menempuh hari-hari RamadhanMu. Andai tangisan kan mereda gelisah hati dan rinduku, benarkan air mata itu mengalir. Kau saja yang mengetahui hatiku dan Kau jualah yang bisa menetapkan takdirku. Benarkan aku menikmati Ramadhan ini dengan segala ganjaran yang Kau sediakan dan sampaikan aku ke Ramadhan seterusnya Ya Allah....


Selasa, Julai 26, 2011

almost lost my pearl earring...phew!

this tiny little pearl earring almost lost just now...huh! nakal la benda ni suka tercabut...

cincin dan gelang tu saje je capture skali, macam cantik plak bila bergandingan sekali dalam satu gambar.

yes, aku memang tak suka sangat barang kemas tapi suka mutiara dan berlian, hahaha! tapi still...tak suka jugak pakai selalu, rimas! on certain occasion je baru rajin nak pakai.

dalam seumur hidup ni pun tak pernah sekali pun beli original cincin, rantai, gelang dsb...semuanya yang murah-murah asalkan comel, cantik, simple. ala, pakai untuk diri sendiri je kot dan kalau ada event je pakai, biasala...orang lasak memang buat naya je pakai benda-benda cantik ni, hancusss dibuatnya...asalkan simple, selesa dipakai sudaaa...kan?

Isnin, Julai 25, 2011

what's going on with me...

Sejak akhir-akhir ni asyik hilang fokus dan tumpuan...entah kenapa...mungkin banyak sangat kerja, banyak sangat pikir, banyak sangat benda nak buat, BANYAKKKKK SANGATTTTT!!!!

Ya Allah, kalau ini ujian tanda cintaMu aku terima tetapi berikan ku sedikit ruang untuk diri sendiri melepaskan lelah buat seketika dan berikan aku kekuatan untuk menyelesaikan setiap tanggungjawab dan amanah dengan baik.

Kadang-kadang jeles tengok kawan-kawan seperjuangan di jalan dakwah masih mampu bertahan dan bergerak aktif dengan program-program dakwah tapi aku dah tak mampu berlari mengejar keretapi yang berlalu laju....akankah aku terus begini??? melangkah longlai ditinggalkan keretapi dakwah??? Adakah kerana sibuknya aku dengan tugas duniawi??? tapi bukankah tugas aku sebagai guru juga sudah cukup menambah saham akhirat? Ya Allah, ini jalan yang ku pilih, ini jalan yang Kau takdirkan untukku....sering kupersoalkan adakah ini yang terbaik atau ini hanya jalanMu untuk mengujiku?

Aku tak macam dulu...
Balik rumah lewat sebab sibuk dengan meeting program
Setiap hujung minggu pasti tak lekat di rumah sebab kendalikan program
Planner penuh dengan agenda program dakwah
Laptop penuh dengan bahan-bahan dakwah
Sms sana sini mengingatkan sahabat tentang tugas-tugas dakwah
Bersengkang mata untuk melengkapkan modul program
Itu dulu...suatu ketika dulu...sekarang semuanya kontra....
sedih sangat.....yang amat sangat....

Percaya tak aku macam ni sekarang...
cari alasan taknak g usrah...
pilih-pilih program mana nak pergi
memilih untuk tidak aktif lagi dengan ITeens
mengelak dari menjadi AJK mana-mana medan
menjadi daei pasif
masaku hanya untuk kerjaku sahaja
'ignore' mesej tentang program
Teruk kan? insyaAllah itu hanya lintasan hati...w/pun kadang-kadang terbuat jugak, hehe...

W/pun begitu pernah juga kucuba aktif semula tapi ternyata tak seindah yang kuharapkan....
kehadiranku bagai tak berguna, tak bermakna....
'mereka-mereka' pun dah cukup gah dan hebat jadi aku lebih sudi mengundurkan diri
aku tak sehebat mereka, tak se'gah' mereka....
insan kerdil dan lemah ini belum layak duduk setaraf mereka.

Aku cuma berharap agar apa sahaja yang kulakukan kini mendapat redhaNya walaupun ia hanya usaha kerdil dan tak diketahui oleh sesiapa, berikan aku ruang memuhasabah diri agar aku dapat kembali bangkit suatu hari nanti walau di medan mana pun, insyaAllah...

Moga Ramadhan kali ini....

Jumaat, Julai 22, 2011

day of love

Keserabutan melanda menjelang tarikh itu...orang tengok aku rilek je, macam takde masalah tapi dalam hati, dalam kepala Tuhan je la yang tau.

Kad masih belum siap cetak, baju pun belum habis touch up. Katering dah booking, dewan dah book jugak. Door gift pun sama...yang tinggal kini cuma hantaran dok beli lagi...ah, bila la nk jalan-jalan perabih duit ni...susah jugak nak kahwin ni yer...

Banyak lagi urusan lain yang masih dalam proses dan sedang diusahakan. Kadang memang terasa serabut dan mengharap tak perlu berpenat-penat memikirkannya tapi itulah hakikatnya. Nak taknak, suka tak suka, kena telan je semua dan senyum.

Membina baitul muslim bukan mudah tetapi terbinanya baitul muslim ini cukup banyak berkatnya dan insyaAllah menyempurnakan separuh dari agama. Hari-hari menanti tarikh itu memang terasa semakin dekat dan semakin jugalah kepala ni berserabut dan hati gelisah. Di saat-saat ini memang Allah sahaja tempat mengadu, melepaskan segala kelelahan, keserabutan, kegelisahan. Allah jua lah tempat menenangkan jiwa.

Terina kasih buat yang selalu bertanya dan membantu. Buat mama dan umi, thank you so much for all the help. Sape kata poligami tak bagus...ada dua mak untuk tolong itu ini dah cukup baik doh...cuma aku belum mampu sampai tahap setabah, sehebat mama. Mama, u'r the best, luv u!

Hujung minggu ni balik JB so we'll see what else need to do lagipun last la ni sebelum balik cuti raya n terus walimah. InsyaAllah by 1 Ramadhan penyimpan mohor besar akan hebahkan.

Jangan ditanya siapa orangnya, macam mana kami bertemu, serasi ke tidak, biodata ke apa. Hati ini sudah cukup bersyukur dengan jodoh yang Allah kurniakan. Atas jalan dakwah ini, aku letakkan seluruh kepercayaan kepada dia, insyaAllah aku yakin dengan percaturan Allah. Tolak tepi segala persepsi orang-orang biasa yang belum kenal erti jalan juang daei seperti kami. InsyaAllah yang ku harap hanya redha Allah dan doa dari semua.

p/s: baju raya tahun ni baju pengantin je yer...raya tahun ni kat JB je la ye...dan Ramadhan kali ini Ramadhan akhir aku berstatus 'single' dan rasa sedikit terkilan kerana saat dengan mama, abah dan adik-beradik lain hanya bersisa sedikit cuma dan diri in jauh dari mereka...

badminton

Dah lama rasanya tak pegang raket dan bulu tangkis weh! Entah mimpi apa la GPK Koku aku ni sibuk ajak main badminton plak.

Kat sekolah ni memang takde dah cikgu perempuan bujang selain aku, kak N, Am, Dayah dan Huda. Kami je la dipulun buat itu ini, kena plak 'wanita' ni terlebih rajin, huh!

Peatng semalam berdua je dengan kak N gi main badminton di dewan sekolah menengah. Ah, tak kisah la yang lain tu cikgu lelaki pun, yang penting ada geng dengan kak N.

Habis berpeluh satu badan tapi macam tak best plak sebab game aku macam hampeh almaklum dah lama sangat tak main badminton ni sampai nk smash pun tak kena shuttle, ceh!

InsyaAllah, ada masa, ada peluang nak main lagi, best keluarkan peluh! Next week turn bowling plak sebelum melangkah ke bulan Ramadhan yang mulia, countdown till Ramadhan!

SUKAN

 Seminggu berhempas pulas di padang, terasa letih, bukan letih bersukan tapi letih jaga budak...serius, kerja cikgu ni bukan mudah yer!

Apa pun seronok tengok budak-budak seronok bersukan, bersaing sesama mereka. Sempat la aku ajar lagu-lagu sorak yang best-best buat suka suki memeriahkan suasana sukan.

Seminggu tu jugak ada la beberapa hari stayback di sekolah sebab menyiapkan bendera, sepanduk, bahan-bahan hiasan untuk perbarisan dan khemah, fuh, giler tak giler jugak la dibuatnya. Mana tak giler sebab dalam masa yang sama fail-fail perlu dilengkapkan dek kerana nazir nak datang sekolah lepas habis sukan, adeh! Sekejap mengecat, sekejap menaip, sekejap mengunting, sekejap mencetak data, fuh, habis laptop ni berserabai terpalit cat.

Alhamdulillah dapat tempat kedua, ok la ek, rumah hijau nombor dua. Apa pun best sangat sebab kemeriahannya terasa dengan PIBG pun sporting habis membantu guru-guru dipadang mengawal budak, mekacih!

Budak-budak plak terasa makin dekat dengan kita sebab hubungan tu dah makin terasa rapat tapi ada batas yer my dear student...

Syabas buat semua yang menjayakan sukan sekolah pertama kalinya ni walaupun kekadang nak handle tu macam-macam cabaran melanda dengan pelbagai karenah manusia yang punya sejuta perangai berbeza. Perbezaan mematangkan diri, mendidik diri supaya sentiasa positif dan rasional.

minggu-minggu aktiviti fizikal

Alhamdulillah atas kurniaan masa dan kesihatan. Selepas offline seminggu kembali semula ke sekolah. Hmm, dek kerana suara tersimpan untuk seminggu, tak menjerit-jerit dengan budak tetiba bila masuk kelas isnin pagi tu waduh terus serak suara dan sakit tekak setelah suara digunakan semaksimum mungkin.

Alhamdulillah, BIG berjalan lancar, sangat banyak aktiviti fizikal dan harapnya orang lain jangan terkejut andai melihat diriku rilek je dengan semua aktiviti fizikal tu semua. Aku memang lasak, sedari kecil memang sentiasa disajikan dengan aktiviti lasak sampai memang suka aktiviti lasak. Bagi la panjat gunung ke, berlari ke, main air ke, angkat barang ke, aku balun je semua. Lagi satu mungkin diri ini sentiasa dilatih berdikari jadi bagi la apa saja cabaran pun, aku akan cabar diri sendiri untuk buat juga sama ada reti ke tidak. Seronok sangat sepanjang trekking walaupun perjalanan jauh, turun naik curam tapi 'the adventure was damn thrill'. Banyak jgk pacat tapi satu pun aku tak kena, mekacih pacat kerana tak pilih aku jadi mangsa ko. Bab tolong orang sakit bagi je la kat aku, muka orang jalan belakang je aku ni tapi seriously memang perjalanan tu sangat menguji bagi orang-orang yang tak kuat fizikal so tak heran la kalau ada yang sakit sepanjang jalan. Tang main air pun syok habis, mana tidaknya, dok berendam dalam air dari awal sampai la jurulatih panggil naik. Tasik tu memang dalam habis! merasa la berendam buat balas dendam tak merasa mandi sungai hari sebelumnya. Kayak pun syok jugak tapi tang pertandingan la best, ha, baru terserlah ke'tidak terer'an budak lelaki main kayak, hahaha! Opps, ada juga yang hebat, siap naik 2 round, mekacih...jangan jeles buat peminat 'Alim AQ sebab aku naik kayak dengan ustaz ni, hehehe, dok terer mana tapi bolehla buat lawan pedang atas kayak [kelentang-kelentung pedal dibuatnya], jzkk 'alim. Memang terasa teruji fizikal sebab dah lama tak ber'camping' ni.

Balik je sekolah sambung plak berjemur di padang tiap-tiap hari dengan sukantara dan latihan rumah sukan. mmm, cukupla sekilo berat turun untuk dua minggu.

Seronok sebenarnya keluarkan peluh ni, bagi aku mandi peluh tiap-tiap hari pun xpe. Rindu nak berjoging sebenarnya, kalau kat johor dapatla berjoging pagi-pagi weekend kat tasik, mmm, susah nak buat kt sini sebab takde kawan, nk g sorang tak berani sangat, almaklum tak biasa dengan suasana kat KL ni.

Sape kata perempuan ni tercipta untuk menjadi lemah lembut saja? takde makne nyer...dah kalau lelaki zaman sekarang lebih banyak hampeh, baik orang perempuan jadi 'independant', tak perlu nak mengharap sangat. Nak kata tak mengharap sangat tak boleh jugak, lelaki tetap lelaki, tercipta sebagai pelindung wanita. Cumanya wanita perlu ada sedikit kekuatan fizikal supaya tak mudah ditindas orang lain dan tidak dipandang rendah. Lagi satu aku nak menafikan persepsi orang yang sentiasa melihat insan bergelar 'ustazah' ni tempatnya di dewan kuliah dan kelas sahaja. Kami tetap manusia biasa dan berhak memilih cara hidup kami asalkan tidak menyalahi syara'.

Aktiviti fizikal ni bukan hanya untuk lelaki saja, wanita pun perlu disamping untuk tujuan kesihatan. Berpeluh tu kan satu proses membuang toksin dalam badan so tak salah dilasakkan badan kurniaan Allah ni. Semoga aku terus istiqamah menjaga kesihatan tubuh badan anugerah Allah ini, Terima kasih Allah!

Isnin, Julai 04, 2011

o f f l i n e . m i n g g u . i n i

Hari ni menghabiskan sisa-sisa waktu sebelum bertolak ke Terengganu untuk Kem Bina Insan Guru malam ni. Beg belum sempat kemas lagi tapi bilik dah clear, sempat la susun atur semula bilik untuk dapatkan mood baru untuk beberapa bulan sebelum meninggalkan rumah sewa tu.

Kerja memang takkan pernah habis. Minggu lepas je boleh katakan tak menang tangan mengurus itu dan ini. Kena pulak PK Ko-ku ni dah tau my magic hand jadi bab grafik je dia humban kat aku, adeh....Sekarang ni pun sibuk dengan sukan, nasib balik aku ada BIG so terlepas la sikit beban menguruskan sukan w/pun hakikatnya memang muka aku dan cikgu-cikgu bujang yang lain jadi target untuk buat itu dan ini. Urusan j-QAF terserah la pada kawan-kawan j-QAF lain, aku nk lepas tangan kejap je...seminggu je....

Soal urusan walimah, harap bersabar buat yang sibuk bertanya. Jangan desak saya dengan macam-macam persoalan. Kalau nak tolong silakan tapi jangan desak saya untuk buat apa-apa kalau saya tak boleh buat lagi. Banyak kekangan lagi nak buat persiapan jadi let it go slow and steady, tawakal dan usaha semampu yang boleh, insyaAllah, tak perlu dirisaukan sangat, Allah punya jalan untuk mudahkan urusanku, i believe! Kalau susah biarlah saya dan keluarga sahaja yang susah, tak perlu orang lain susah, insyaAllah kami mampu menguruskannya lagipun majlis simple dan ringkas, usah dirumitkan. Yang saya mohon adalah doa dan restu semua, insyaAllah sampai masa saya maklumkan tarikh dan masa untuk anda semua hadir.

Lastly...selamat menyepi wahai blog, facebook, ym buat seminggu ini....saya nak tadah telinga dengar ceramah, berLDK, beraktiviti lasak kejap....insyaAllah mau enjoy buat seminggu ni...w/pun jauh di terengganu tapi saya selalu set dalam minda yang saya hanya pergi bercuti bila balik terengganu...ok, ilalliqa wa ma'assalamah....adios!

Jumaat, Julai 01, 2011

R A P U H


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepada-Mu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah pada-Mu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai-Mu
dalam dada ku harap hanya
diri-Mu yang bertakhta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir pada-Mu


هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ فِى قُلُوبِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ لِيَزۡدَادُوٓاْ إِيمَـٰنً۬ا مَّعَ إِيمَـٰنِہِمۡ‌ۗ
  “Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu’min supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)….”
[Surah Al-Fath ; ayat 4]


 إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ
 “…dab jika dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya)….”
[Surah Al-Anfal ; ayat 2]


وَإِذَا مَآ أُنزِلَتۡ سُورَةٌ۬ فَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ أَيُّڪُمۡ زَادَتۡهُ هَـٰذِهِۦۤ إِيمَـٰنً۬ا‌ۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَزَادَتۡهُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَهُمۡ يَسۡتَبۡشِرُونَ
“Dan bila diturunkan suatu surat, maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata: “Siapa di antara kalian yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini?” Adapun orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira.”
[Surah At-Taubah ; ayat 124]

Ya Allah, hati ini rapuh, Kau tetapkan hati ini agar sentiasa setia padaMu, irhamna Ya Allah...