Jumaat, Julai 22, 2011

SUKAN

 Seminggu berhempas pulas di padang, terasa letih, bukan letih bersukan tapi letih jaga budak...serius, kerja cikgu ni bukan mudah yer!

Apa pun seronok tengok budak-budak seronok bersukan, bersaing sesama mereka. Sempat la aku ajar lagu-lagu sorak yang best-best buat suka suki memeriahkan suasana sukan.

Seminggu tu jugak ada la beberapa hari stayback di sekolah sebab menyiapkan bendera, sepanduk, bahan-bahan hiasan untuk perbarisan dan khemah, fuh, giler tak giler jugak la dibuatnya. Mana tak giler sebab dalam masa yang sama fail-fail perlu dilengkapkan dek kerana nazir nak datang sekolah lepas habis sukan, adeh! Sekejap mengecat, sekejap menaip, sekejap mengunting, sekejap mencetak data, fuh, habis laptop ni berserabai terpalit cat.

Alhamdulillah dapat tempat kedua, ok la ek, rumah hijau nombor dua. Apa pun best sangat sebab kemeriahannya terasa dengan PIBG pun sporting habis membantu guru-guru dipadang mengawal budak, mekacih!

Budak-budak plak terasa makin dekat dengan kita sebab hubungan tu dah makin terasa rapat tapi ada batas yer my dear student...

Syabas buat semua yang menjayakan sukan sekolah pertama kalinya ni walaupun kekadang nak handle tu macam-macam cabaran melanda dengan pelbagai karenah manusia yang punya sejuta perangai berbeza. Perbezaan mematangkan diri, mendidik diri supaya sentiasa positif dan rasional.

Tiada ulasan: