Dakwah ini penuh duri
Dakwah ini penuh liku
Dakwah ini penuh cabaran
Dakwah ini penuh ranjau
Ingat mudah?
Hati perlu cekal
Hati perlu tabah
Hati perlu kuat
Hati perlu kental
Ingat mudah?
Inilah jalan menuju Allah
Inilah destinasi yang perlu dituju
Inilah redha milikNya
Inilah pilihanku...
Ingat mudah? ingat mudah? ingat mudah?
Tak mudah...aku tak kuat...kuperlukanMu Ya Allah...
Suatu saat iman ini tinggi menggunung dengan semangat kental ingin berjuang tetapi setelah langkah kuatur...kadang medannya membantutkan semangat itu, pejuang-pejuangnya tidak sesemangat aku, aku buntu...
Suatu saat tatkala iman ini jatuh merudum, titis air mata ini sahaja buat penghibur lara di hati, Allah peneman dihati, solat menjadi penguat diri, doa tempat kuhambur segala isi hati, Al-Quran penyejuk hati.
Sungguh dakwah ini menyeksakan diri ini namun ini jalan yang kupilih. Seksa di dunia buat bahagia di akhirat, insyaAllah.
[boleh tak, nak attend usrah sahaja? tawar hati nak pergi mana-mana program...takde semangat, takde kawan, bosan...langsung tak menaikkan iman]
T______T
2 ulasan:
oh ukhtiku, semoga hati kita terus diberikan kekuatan oleh Allah.
yakinlah ketika ujian datang, maka itu adalah untuk ,meningkatkan keimanan ataupun sebagai cubitan yang akan mengingatkan kita yang seringkali menyimpang...
ukhtiku, katakanlah pada hatimu,
sesungguhnya jalan dakwah ini tidak kita lalui kerana manusia-manusia yang kita kenal atau kerana tokoh-tokoh hebat yang mengagumkan...
jalan yang telah kita pilih ini, cuma untuk Allah. cuma kerana Allah. maka kita masih disini.
beginilah jalan dakwah mengajarkan kita. tarbiah itu, akan kita dapatkan daripada Allah dengan pelbagai macam...
with love. adekmu
akak tak sekuat dulu...
thanks dear for ur words...
rindu asma' giler2
Catat Ulasan