16 Mei setiap tahun pasti insan bernama guru dirai buat penghargaan sejuta pengorbanan mendidik anak bangsa. Alhamdulillah, atas izin Allah tahun ini aku bergelar guru walaupun sebelum ini pernah juga menyandang gelaran itu pada tahun 2009 dan 2010 sebagai guru gstt dan guru ganti.
Tawaran KPLI j-QAF yang diterima pada Januari 2011 itu kuterima dengan hati yang separuh terpaksa dan separuh rela. Hati ini tertanya betul ke nak jadi cikgu ni??? atau hanya sekadar menurut nasihat mama dan abah??? Sepanjang proses permohonan memang di hati ini hanya sekadar ingin mencuba nasib namun satu persatu panggilan ku terima bermla dengan ujian Mtest dan kemudian panggilan temuduga. Selepas sesi temuduga hampir separuh harapan hilang dek kerana gagal menjawab soalan dalam bahasa arab almaklum dah beberapa tahun meninggalkan bahasa Al-Quran itu walaupun setiap hari kubaca Al-Quran itu (nampak sangat tak hayati maksud bacaan Al-Quran...huh!)
Banyak juga pertimbangan yang dibuat tetapi apa salahnya kalau diteruskan saja niat murni menjadi guru, insyaAllah, ada hikmahnya lebih-lebih lagi bila keputusan itu mendapat restu dan sokongan mama dan abah. Namun begitu payah juga terasa bila aku diminta melapor diri di IPG KDRI, Batu Rakit, Terengganu, ahh, belasah la...nasib diri la bila mahu terikat dengan kerajaan.
Alhamdulillah selesai saja orientasi, pening juga terpaksa mengulang JB-Terengganu untuk beberapa kali dek kerana cuti dan penempatan sekolah yang belum ditetapkan. Dalam kekalutan menanti dan ketidakpastian penempatan itu aku tersenyum gembira bila penempatan sekolahku di Selangor. Abah kata tak sangka pula dapat disitu...aku pula kata, i'm expected walaupun tak mohon tapi dah rezeki...thank you Allah.
SK Taman Desaminium. Ya, itulah nama sekolah tempat aku berkhidmat hiingga kini walaupun hanya sekadar guru pelatih lagi. InsyaAllah seusai tamat latihan KPLI ini dalam Jun/Julai 2012, aku bakal dilantik menjadi guru berbekalkan segulung diploma perguruan, doakan yang terbaik, amin...
Karenah dan telatah anak murid memang pelbagai, ada yang membuatku tersenyum, ada yang membuatku naik angin tapi itulah medan perjuangan seorang guru. Marahnya seorang guru itu marah yang sayang akan muridnya agar tidak melakukan kesilapan, senyumnya seorang guru itu bukan memilih kasih hanya pada seorang murid tapi senyumnya memikat hati semua murid agar lebih bersemangat untuk belajar dan belajar. Mungkin usia murid sekolah rendah tidak begitu terkesan untuk memahami pengorbanan seorang guru namun cukuplah dengan kejayaan, kefahaman, penghayatan dan amalan dari ilmu yang dipelajari, itu sudah memadai buat penawar lelah dan keringat guru.
Tidak dinafikan memang besar cabaran guru masa kini. Kadang diugut bukan hanya dari murid malah dari ibu dan ayah, ada juga yang menjadi mangsa futnah, tak kurang juga yang dibelasah mahupun dihina pelajar. Belum cukup dengan karenah murid, karenah pentadbiran sekolah dan sistem pendidikan kini sememangnya menuntut komitmen yang begitu tinggi. Tercabar juga diri ini, mampukah aku mengharung cabaran era globalisasi ini? mampukah aku mendidik anak murid ku sehingga menjadi insan berguna?
Ya Allah, andai Kau takdirkan aku di medan ini sebagai seorang guru, jadikan aku seorang guru yang tabah, sabar dan cekal. Berikan aku kekuatan agar mampu berdepan dengan dunia perguruan yang mencabar ini. Berikan ketenangan dalam jiwa agar mudah aku mendidik anak muridku. Lancarkan tuturku, elokkan langkahku, lapangkan mindaku, ilhamkan yang terbaik dalam fikiranku agar aku menjadi guru, cikgu, pendidik, ustazah, mu'allimah, murabbi yang cemerlang dunia dan akhirat, aminnn...
Buat semua para guru....Nahnu Du'at Qabla Kullu Syai'in

Tiada ulasan:
Catat Ulasan