Sungguh, memang bertuah diri ini mengenali begitu ramai pelajar dari pelbagai negara. Yang paling ramai kukenali adalah dari negara-negara arab.
Mungkin orang menyangka orang arab ni betul-betul amalkan Islam, aku juga PERNAH beranggapan begitu TAPI realitinya...aduh, semua manusia sama sahaja...bezanya cuma amal dan taqwa, ITU KENA INGAT YE!
Seronok sebenarnya dapat mengenali mereka tapi cukuplah sekadar hubungan profesional antara pegawai dan pelajar dan mungkin setakat berkawan sahaja. Orang kata mereka kaya, YA. Orang kata mereka Islam, YA. Orang kata mereka baik, YA. Bayangkan jika aku bukan jujur orangnya, pasti dah lama aku ambil kesempatan atas mereka. Alhamdulillah Allah kurniakan akal untuk berfikir jauh supaya aku boleh menilai baik buruk tindakan aku. Cukuplah sekadar berkawan, mejadi kakak atau adik mereka.
Teringat suatu insiden salah faham yang pernah terjadi ke atas ku. Dek kerana nak membina hubungan baik dan rapat dengan mereka aku sentiasa berhubung dengan mereka tak kira melalui apa pun kecuali panggilan telefon kecuali jika terdesak. Email, YM, MSN Mesengger, BB Messenger, Skype and paling utama tentulah Facebook. Bab balas-membalas komen di FB suatu perkara biasa. Suatu hari aku komen di FB seorang kawan dan entah macam mana terdetik cemburu dihati gadis istimewanya. Aduh, tak pasal pulak aku disuruh menjelaskan situasi sebenar...well, that is not happening coz i'm too busy to think about it, that boy have to solve it on his own and beside her girl was the one that come up with the misunderstood so i just let it go....fair enough i think! Aduh, tak bina hubungan baik pun salah dan ada hubungan baik pun salah jugak?
Lebih dari kawan mungkin tidak buat diriku dengan mana-mana arab. Bukan tak suka tapi perbezaan budaya sangatlah sukar buat diriku untuk menyesuaikan diri. Mana mungkin orang arab menerima wanita yang cukup sibuk bekerja, yang cukup ramai kenalan, yang jarang-jarang di rumah, yang sentiasa memerlukan kebebasan, yang selalu berani menegakkan hak dan bersuara, owh...tidak...cukup hanya sekadar menjadi kawan, menjadi adik, menjadi kakak kepada mereka.
Aku cukup hargai hubungan baik dengan mereka tapi cukuplah sekadar hubungan itu dapat merapatkan ukhuwah. Seiously, i'm happy to meet them and i hope the bond between all of us will always in our heart.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan