Khamis, November 05, 2009

Hampir seminggu tak sihat

Minggu lepas hari Jumaat tekak rasa pedih...bila ke sekolah bagai dihiris-hiris saja tekak ni bila menjerit dalam kelas. Balik rumah mula dah batuk-batuk...astaghfirullah...apalah dosa yang Allah nak ampunkan ni...

Bila Sabtu mula berkurung dalam bilik, rasa tak larat nak bangun, memang sah demam. Nak pergi klinik, memang la malas [memang diri ini tak suka pi klinik, lebih suka guna antibodi badan sendiri melawan penyakit]. Malam tu mula dah ragu-ragu nak pergi ke tidak Retreat KRJ Johor disamping itu cemburu menghantui dek kerana geng alumni akhawat nak pergi rehlah di Starhill, bestnye korang.

Bila Ahad pagi rasa lemah jugak badan tapi kuatkan juga lah diri dan berkurunglah juga dalam aircond di Iman ELC tapi alhamdulillah, banyak juga input dan isu yang dapat dibincangkan.

Bermula minggu ini, aduh...rasa nak MC je rasanya tapi tak apalah...bukannya kaki tangan tak mampu bergerak, batuk je...

Bila diingatkan semula bab sakit spesifiknya batuk memang diri ini lambat sembuh dari penyakit ni sampai sebulan pun ada bila dah melarat. Zaman kampus dulu sampai kawan-kawan tegur teruk sangat batuk. Bila ke klinik dapat la ubat tapi macam tak berkesan je rasanya...in the end pergi ke klinik di USIM yang baru beroperasi waktu tu. Best betul ubat batuknya, sangat pekat dan sungguh berkesan!!! mungkin USIM memang tak bagi pelajarnya cuti lama-lama kot, he,he,he. Bila kenangkan kisah tu memang dah susah nak percaya ubat-ubat kat klinik swasta, maaf la ye para doktor semua.

Raya 2 tahun lepas pun kena batuk-batuk yang lama, macam-macam ubat batuk kat famasi yang dibeli, makan habis, makan habis, hampir 2-3 botol jugala habis...kebal betul batuk ni dengan ubat ye.

Ai, kalau la boleh dapat ubat yang dimakan waktu di USIM dulu kan best, dikeluarkan oleh CCM, rasanya dibotolkan ikut kandungan yang sepatutnya dan original la kot,entah lah....

Kembali kepada fitrah...

Sakit itu penghapus dosa...ingat 'penghapus dosa'. Sungguh terasa sangat disayangi oleh Allah atas ujian kepada diri, malah banyak lagi ujian sebenarnya cuma kadang-kadang dalam minda dilabel sebagai masalah, sebagai sampah, sebagai mengarut...itulah manusia...

Moga-moga segera sembuh supaya semua amanah yang digalas dapat dikerjakan dengan sempurna...amin.

Tiada ulasan: