Alhamdulillah...akhirnya aku bekerja juga di sebuah firma konsultan. Kerjaya yang bakal memberi peluang aku menimba pengalaman dalam bidang yang aku citakan...
Mungkin pelik bila orang dengar kerjaya sebagai setiausaha syarikat dan mesti ramai yang membayangkan kerjaya itu adalah kerja setiausaha yang biasanya mesti kelihatan cantik disamping bos tapi kerjaya aku lain....
Sebagai setiausaha syarikat ni samalah seperti menjadi pengurus kepada pengarah-pengarah syarikat dan oleh kerana aku bekerja di firma jadi banyak juga hal-hal yang perlu aku uruskan untuk setiap syarikat. Kalau silap sikit atau lewat hantar laporan memang kena kompaun je la jawabnya, bukan seringgit, dua tapi ribuan ringgit...mesti mau tahu undang-undang tau!!!
Alhamdulillah bos aku plak tak menekan sgt sebab dia tahu aku masih belajar selok-belok kerjaya ku ini. Tapi....takkan la selamanya 'tak tahu' kan....aku mesti cuba tingkatkan prestasi kerja, insyaAllah....
Betul lah kata org bila bergelumang dgn hal duniawi ni macam-macam cubaan yang bakal kita hadapi dan kadang-kadang merunsingkan kita bila ia menyalahi syara', susah, kan???
Aku cuba kuatkan iman dengan semua dugaan ini, aku hanya mampu berdoa moga Allah kekalkan dan kuatkan iman dalam diri. Yang penting dalam hidup aku sekarang moga aku terus istiqamah di jalan dakwah walau sesibuk mana hal duniawi dan seteruk mana dugaan duniawi ini......
Ini baru dugaan dalam zaman solo belum lagi dalam kehidupan be'rumah dan ber'tangga'...hmmm....dugaan, dugaan....
Ya Allah, Kau yang memiliki hatiku ini....berilah aku kekuatan untuk terus mengharung dugaan dan cabaran yang dianugerahkan olehMu...Sesungguhnya anugerah ini tanda cintaMu padaku, tanda sayangMu padaku.....kusyukuri tiap anugerahMu dan aku percaya tiap dugaan dan cabaran yang dianugerahkan dapat kuhadapi sepertimana Kau amanahkan diri ini menjadi khalifahMu....amin...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Mabruk dah kerja, timba pengalaman banyak2 mana tau leh buka firma konsultan sendiri. Good Luck my dear!
Catat Ulasan